[Video] EDISI ROMPAK : Gali "Tasik Air" Bawah Tanah untuk Hasilkan Air dan Pasirnya Boleh Dijual - Khalid Ibrahim #PRKKajang #PilihMeiFun #TolakWAWI


Menteri Besar Selangor dalam ceramahnya hari ini di Kajang telah memaklumkan bahawa krisis air akan berakhir tidak alama lagi kerana hujan sudah mulai turun di Selangor.

Beliau juga memaklumkan Kerajaan Selangor telah membuat kajian untuk mengepung air dari Sungai Selangor untuk dijadikan sumber air baru bagi negeri Selangor.

Bekas-bekas lombong yang terdapat kolam air tawar berada bersebelahan Sungai Selangor akan dikorek untuk memasukkan paip ke bawah tanah dimana dipercayai Kerajaan Selangor telah menemui satu "Tasik Air" di bawah kolam-kolam tersebut.



Kerja-kerja penggalian tersebut akan menghasilkan pasir yang bernilai lebih RM 300 juta dan akan digunakan bagi  manampung kos menggali tanah tersebut yang dianggarkan menelan belanja RM 250 juta.

Apa yang dinyatakan oleh Khalid ini adalah semata-mata untuk menghalalkan mereka mengorek lebih banyak pasir di Selangor seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

Jika benar kata Khalid, mengapa kolam-kolam yang terhasil daripada perlombongan pasir di Berjuntai Bestari selama ini terbiar?

Mengapa tidak digunakan untuk tujuan penghasilan air terawat di Selangor?

Ini semua adalah taktik kotor yang dengan sengaja mahu menghalalkan rompakan-rompakan yang mereka buat di Selangor.

Malang buat Rakyat Selangor mempunyai Kerajaan yang hanya tahu merompak tanpa memperdulikan nasib rakyat yang ditimpa bencana akibat kerakusan nafsu yang gilakan kekayaan..

No comments: