Ekzos Saiful Masih Berdenting – Che’gu Bard


Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard, kelmarin, meminta keadilan terus dipertahakan dalam Kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana wujud keraguan terhadap bukti yang dikemukan kepada pihak mahkamah.

Memetik kenyataan Che’gu Bard, dalam ceramah di tapak Karnival Usahawan Kajang, keraguan tersebut timbul disebabkan laporan perubatan menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang penetrasi ke dalam lubang dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan.



“Laporan perubatan menyatakan, lubang ‘ekzos’ (dubur) itu elok tak berusik, jentik berdenting lagi bunyinya.

“Saya faham, kawan-kawan faham, lepas peristiwa ini, kita cari Google. Dia kata liwat itu apa? Liwat itu mesti dekat ‘ekzos’ itulah, sudah ekzos itu tak bocor, nak liwat tang (di) mana?,” kata Che’gu Bard kepada 100 orang pengunjung tapak Karnival tersebut.

Che’gu Bard turut mendakwa bahawa bahan bukti dikemukan kepada mahkamah telah tercemar disebabkan wujud DNA-DNA lain dalam spesimen berkeaan.

“Mereka sendiri memperakui spesimen itu telah tercemar. Malah bukan sahaja ada satu DNA, ada pula DNA lain bercampur dah. Berapa orang buat kerja?,” kata Che’gu Bard lagi.

Maklumat dikemukan Che’gu Bard itu jelas bertentangan dengan kenyataan Majlis Peguam, sebelum ini, yang mendakwa bahawa kejadian liwat tersebut sememangnya berlaku, tetapi atas dasar suka sama suka.

Mahkamah Rayuan, baru-baru ini, memutuskan Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana didapati meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari, pada tahun 2008.



No comments: