Anwar Ibrahim Nabi Umat PAS Malapetaka Bagi Rakyat Selangor (Tulisan Terakhir Sebelum PRK)


Berpaling muka saling tidak memandang, dalam hati penuh dendam, tiada lagi sebenarnya ruang untuk bermaafan kerana pertembungan yang berlaku sudah sampai ke penghujungnya, namun lakonan terpaksa diteruskan demi mempertahankan pemimpin songsang yang di anugerahkan oleh Tuhan kepada Wan Azizah.

Kononnya untuk mengimbangi pertelagahan maka Pilihanraya Kajang dicipta, penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan dengan sengaja untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding, menang dan sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor dengan menyingkirkan Khalid Ibrahim.

"Kajang Move" gelaran yang diberi bagi menampakkan perletakan jawatan ADUN PKR secara sengaja itu seakan-akan sebuah gerakan berstrategi yang berfungsi untuk menyelesaikan masalah rakyat yang telah sekian lama teraniaya oleh kezaliman Kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat penyokong kuat Pakatan Rakyat yang terpedaya tanpa berfikir panjang percaya, menyokong dan yakin dengan gerakan itu, tetapi tanpa mereka sedari sebenarnya "Kajang Move" hanyalah sebuah drama bagi mengalihkan perhatian mereka tentang pergolakan dalaman parti PKR yang sudah sampai ke kemuncaknya dan tak mampu dipertahankan lagi.

Dalam keyakinan penuh setelah rakyat penyokong mereka ditipu maka Anwar Ibrahim tanpa segan silu dan dengan penuh yakin mengumumkan akan bertanding sekaligus akan menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selepas kemenangannya nanti.

Segala persiapan dibuat, banner, bunting, poster dicetak dan berbagai ceramah digerakkan menunjukkan ketidaksabarannya untuk menguasai Kerajaan Selangor yang penuh dengan kekayaan.

Kuasa Allah SWT Yang Maha Agung tidak membenarkan, Anwar Ibrahim didapati bersalah kerana meliwat Saiful Bukhari dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun menyebabkan kegilaannya terhenti dan segala yang telah dirancang punah ranah dan segala impian hancur berkecai.

Wan Azizah terus dilantik menjadi penggantinya, seorang isteri dan ibu kepada anak-anaknya yang telah diperbodohkan sejak dari dulu lagi menerimanya demi menanggung "KEMALUAN" Anwar yang teramat besar dan tidak boleh disorok maka lawan tetap lawan!

Tanpa disedari segala perancangan yang dibuat tidak mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi Parti dan sekutu mereka yang sangat Islam, PAS yang sejak awal membangkang tidak menunjukkan komitmen penuh dalam PRK kali ini menjadikan Wan Azizah terumbang-ambing hingga ada saatnya Wan Azizah dihalau oleh rakyat Kajang.

Pagi ini penentu kepada menang kalah Wan Azizah, persoalannya jika Wan Azizah menang maka jawatan Menteri Besar Selangor akan disandang olehnya yang akan menyebabkan semua yang telah berhempas-pulas selama ini berputih mata-berputih tulang.

Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar Selangor, Cina DAP sampai mati pun tetap tidak akan dapat kuasa yang diidamkan selama ini, PAS akan terus menjadi Keldai pengangkut harta yang akan disalurkan kepada golongan tertentu dalam PR manakala rakyat kajang akan terus menjadi mangsa penindasan Pakatan Haram PKR, PAS dan DAP.

Akhirnya, jika benar Wan Azizah menang.., jika benar Wan Azizah akan menjadi Menteri besar..., jika benar rakan pakatan akan berputih mata...., berbalik kepada persoalan asal apakah yang Rakyat kajang dapat?... Apakah yang Rakyat Selangor dapat?... dan apakah perebutan kuasa mereka akan berakhir....

Memberikan kemengangan kepada Wan Azizah adalah satu malapetaka..., membenarkan Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor akan membinasakan Negeri Selangor..

Pilihan anda untuk anda Rakyat Kajang... Pilihan anda untuk Negeri Selangor... Tolak Anwar Nabi Umat PAS!!!  Elakkan malapetaka!!! Undi BN!!!!