MESTI BACA!! KONSPIRASI PEMBANGKANG MUSNAHKAN NEGARA?



Kejadian amuk di JPM Putrajaya tempohari dimana 2 orang suspek bersenjatakan pedang samurai menceroboh bangunan tersebut menimbulkan kekecohan bukan satu kebetulan.

Jika dilihat dari sudut lain kejadian ini boleh dikaitkan sebagai kospirasi terancang untuk menimbulkan kekecohan dan menjadikannya alasan untuk mereka membuat huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan.


Pendedahan dalam video di atas boleh dijadikan panduan untuk kita mengenali taktik kotor yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggujawab dengan niat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Melihat pula bagaimana mereka menggunakan orang lain yang terdesak atau yang telah rosak pemikirannya dan ditokok tambah dengan pelbagai fitnah sehinga orang tersebut melakukan perkara yang  tidak masuk akal seperti kejadian tersebut.

Aku bukan mahu menuduh sesiapa tetapi bertujuan mengajak pembaca berfikir di luar kotak pemikiran yang biasa kerana kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini agak meragukan seperyi yang berlaku dalam beberapa siri Himpunan Bersih anjuran pihak pembangkang.



Baru-baru ini juga kecoh apabila Debat Perdana anjuran Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP) mempertemukan Dato Dr' Hasan Ali dengan Dr Abd Rani Osman dalam satu debat bagi mencari penyelesaian kepada pertelingkahan yang berlaku sekian lama untuk masyarakat membezakan mana yang salah dan mana yang betul.

Mungkin kerana takut tembelangnya pecah, Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak hadir dan ramai penyokongnya marah kepada penganjur yang dikatakan sengaja bertujuan memalukan beliau sebagai orang tertinggi dalam pemerintahan PAS Selangor.


Laporan polis seorang petugas diserang dengan parang
Lalu dalam kemarahan itu penyokong beliau bertindak memotong semua banner program yang dipasang, seorang petugas ternampak perbuatan itu kemudian menegur pengkhianat tersebut tetapi tindakannya itu dibalas dengan ugutan dan diacukan parang.


Dalam kejadian lain pula semasa Karnival Selangorku di stadium Kuala Selangor apabila seorang pemuda dibelasah beramai-ramai oleh penyokong tegar Pakatan Pembangkang hanya kerana mereka berdemo membantah kehadiran Anwar Ibrahim yang menyokong Yahudi Zionis.




Dalam beberapa kejadian tersebut boleh dirumuskan bahawa Pakatan Pembangkang yang terdesak kerana sokongan masyarakat terhadap ereka yang kian merosot terpaksa mengguakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai matlamat mereka.

Mereka mahu meniru seperti apa yang berlaku di Mesir dan beberapa negara yang menumbangkan kerajaan mereka dengan cara kekerasan.

Dengan cara meraih simpati rakyat ditambah pula dengan pelbagai fitnah dan janji palsu membuatkan rakyat yang terdesak dan berada dalam kesusahan bangkit menentang kerajaan tanpa mereka sedari yang mereka dipergunakan dan diperbodohkan demi kepentingan politik Pakatan Pembangkang.

Betul atau tidak konspirasi ini hanya dapat ditentukan sendiri oleh kita sebagai rakyat malaysia yang cintakan keamanan.

Kesimpulannya, kesedaran harus dipupuk untuk mengelakkan rakyat negara ini dipergunakan, mereka yang menimbulkan kekecohan harus ditangkap bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Mari kita semua menjaga negara bangsa kita dari anasir buruk bagi menjamin kesejahteraan negara demi anak cucu kita masa hadapan. 

No comments: