Yang pertama, terima kasih Indonesia kerana mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.
Kedua, Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago berkata tindakan nelayan Indonesia menyelamatkan hampir 100 pelarian Rohingya yang terkandas di perairan negara itu semalam memberikan mesej yang besar terhadap pemimpin Asean. Ya itu betul.
Persoalan siapa yang tidak ada perikemanusiaan tidak timbul. Ia satu kenyataan yang 'subjektif'. Dalam keadaan dunia dilanda pandemik Covid19 sudah pasti keadaan berjaga-jaga jadi keutamaan.
Saya tidak kata kenyataan Charles salah tetapi saya mempersoalkan motif itu berpaksikan kemanusiaan atau politik. Ini kerana saya tidak nampak tindakaan susulan atau usaha beliau atau partinya ketika menjadi kerajaan untuk menyelesai atau mengambil berat isu ini.
Isu Rohingya ini bukan baru. Kerajaan BN pernah memjadikan isu kekejaman, pembunuhan etnik Rohingya ini menjadi isu global hingga berjaya menghantar sebuah kapal belayar untuk membawa lebih 2300 tan bekalan makanan untuk mereka. Lebih 200 sukarelawan pelbagai negara bersolidariti bertaruh nyawa dalam pelayaran itu. Dunia membuka mata dan tekanan diberikan kepada kerajaan junta Myanmar supaya menghentikan pembunuhan etnik Rohingya dan kembali ke meja rundingan.
Saya masih ingat ketika itu, betapa komitednya KP1M mewakili kerajaan, rendahnya hati PAS mengetepikan politik demi kemanusiaan dan beesungguhnya NGO-NGO dari seluruh dunia untuk menyelesaikan isu kemanusiaan paling dahsyat dalam sejarah dunia.
Walaupun hingga kini isu itu masih belum selesai tetapi kita tidak pernah berhenti mencari jalan. Kerajaan Malaysia sendiri terlibat secara langsung dalam rundingan-rundingan damai dengan kerajaan Myanmar dan terus memberi tekanan kepada negara junta tersebut.
Oleh itu saya berpendapat jika Charles benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab, beri jalan dan usahakan. Bukan memberi ulasan dan menyalahkan pihak itu dan ini yangsaya lihat bermotif politik.
Saya 'salute' Indonesia. Saya juga ucap teroma kasih Malaysia kerana mengutamakan keselamatan rakyat.
No comments:
Post a Comment