Exco Perak Paul Yong hari ini didakwa atas tuduhan merogol seorang warga Indonesia yang menjadi pembantu rumahnya.
Yong yang merupakan adun Tronoh dari DAP mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.
"Saya faham (pertuduhan yang dibacakan) tetapi saya tidak pernah melakukannya," kata Yong, setelah juru bahasa membacakan kertas pendakwaan.
Dia diwakili peguam Leong Cheok Keng yang juga adun Malim Nawar. Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh juga sebahagian daripada pasukan pembelaan.
Yong didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh. Terdahulu, sejumlah sembilan anggota DAP Tronoh berkumpul di Kompleks Mahkamah Ipoh untuk memberi sokongan kepadanya.
Turut hadir ialah Speaker DUN Perak Ngeh Koo Ham, Exco kerajaan negeri dan Ketua Pemuda DAP Howard Lee, Anggota Parlimen Taiping Teh Kok Lim, dan empat adun DAP Perak iaitu Teoh Yee Chern (Astaka), Chong Zhemin (Keranji), A Sivasubramaniam (Buntong) dan Leow Thye Yih (Pokok Asam).
No comments:
Post a Comment