BELIA DAN JATIDIRI


Persepsi di dalam minda tentang jati diri adalah suatu pengetahuan tentang siapa diri kita. Ada yang mendefinisikan jati diri itu adalah suatu manifestasi ideologi hidup seseorang, kehidupan didalam bentuk positif terhadap apa jua keadaan juga membentuk jati diri. Sentiasa penuh keyakinan dan percaya pada keupayaan diri juga faktor mempengaruhi kehidupan.

Pada lingkungan umur akil baligh sehingga 30 tahun merupakan status yang memerlukan pembinaan dan pemupukan jati diri sebagai wahana untuk menumbuhkan nilai, persepsi dan sikap positif serta produktif dalam menjalani kehidupan selanjutnya.

Dalam proses mencari jati diri, pembentukan karakter yang sebenarnya pada diri seseorang, sudah tentu akan melalui masalah dan tentangan, baik masalah itu bermasalah dari dalam diri mahupun dalam lingkungan persekitarannya. Di sinilah Badan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan dalam memastikan belia-belia dapat memahami jati dirinya yang sebenar.

Selain dari pelajaran akademik di sekolah atau institusi pengajian. Kehidupan berpesatuan juga faktor pembimbing dalam membentuk jati diri belia. Sedia maklum belajar atau menuntut ilmu, yang merupakan kewajiban mutlak bagi setiap belia. Pengetahuan adalah instrumen penting dalam kehidupan.

Oleh itu, membaca kitab-kitab agama adalah jalan untuk menambah dan memantapkan akidah. Ilmu, amal dan berfikir secara sihat adalah pembimbing ideal dalam mengatasi setiap kejadian dan masalah kehidupan.

Dengan ilmu yang ada, seseorang mempunyai kemampuan memahami dan menyelesaikan permasalahan kehidupan. Setiap belia perlu menguatkan keimanan dengan meyakini hati terhadap pencipta alam semesta, menerima serta taat segala perintah dan firmanNya.

Semakin kuat iman seseorang, maka manifestasinya semakin jelas dalam berbagai dimensi wujud manusia. Belia juga harus bijak dalam pergaulan. Pengawasan yang ketat adalah harus dilakukan iaitu dengan memberi pengertian tentang akibat dan bahayanya pergaulan yang buruk.

Di sini NGO dan persatuan dapat menjadi tempat belia membuat rujukan melalui medium media sosial (FB, twitter, instagram) setiap NGO itu. Jati diri belia adalah hal penting untuk dibangunkan kerana belia memerlukan pemahaman tentang dirinya yang dilahirkan dan dibesarkan sebagai generasi penerus bangsa.

Rasa percaya diri itu faktor penting untuk membangun masa depan yang gemilang. Dengan menghadapi dunia globalisasi dan kearah pemantapan nilai2 murni supaya menjadi bangsa yang berjaya, kita mesti tingkatkan jati diri. Supaya bangsa kita sentiasa menjadi satu bangsa yang berjaya dan berdaya saing. Ayuh belia-belia kita tingkatkan jatidiri kita. Kerana kita lah penyambung legasi ibubapa dan negara kita.


KELANA PUTRA MUHAMAD

No comments: