TERKINI: Pemisah Ukraine serahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada Malaysia


Gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.
Sementara itu di Ukraine, dilaporkan pemberontak Donetsk People’s Republic menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Grabovo, Donetsk kepada wakil Kerajaan Malaysia kira-kira.jam 1 pagi tadi (6 pagi waktu Malaysia).

Ia sekali gus mengakhiri misteri kehilangan dua kotak hitam berkenaan dari lokasi kejadian yang sebelum ini dilaporkan dihantar ke Moscow, Russia oleh kumpulan pemisah terbabit.

Penyerahan kotak hitam itu, yang mempunyai data penerbangan MH17 dipercayai dapat membantu proses siasatan punca sebenar nahas pesawat berkenaan ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Ia diserahkan sendiri oleh ketua pemberontak, Alexander Borodai kepada wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Delegasi Pasukan Siasatan Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar mengesahkan perkara itu, namun tidak.mengulas lanjut. Bagaimanapun, sumber memberitahu, kedua-dua kotak itu didapati berada dalam keadaan baik walaupun pada bahagian luarnya mengalami sedikit kerosakan.

“Tumpuan penyiasatan untuk meneliti maklumat MH17 dari mula berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol, Amsterdam sehingga ke titik koordinat terakhirnya kehilangan komunikasi dengan menara kawalan (ATC) sebelum.dilaporkan ditemui terhempas dan terbakar. “Kita juga berharap ia mengandungi rakaman apa yang berlaku dalam kokpit sebelum kejadian,” katanya.

- See more at: http://www.selangorpress.com/?p=1182#sthash.fQRe6ns9.dpuf

No comments: