TARIAN BOGEL, SEKS BEBAS DAN FLASH MOB DI KUALA LUMPUR UNTUK MALAYSIA BARU.



Mungkin pemandangan seperti dalam gambar di atas amat asing bagi anda sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan adat budaya ketimuran, bersopan santun dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Tapi kini semua itu tidak mustahil berlaku kerana peredaran waktu dan kemodenan yang mendesak untuk kehidupan sosial yang biasa, luar biasa dan terlarang diamalkan tanpa sebarang halangan.

Perjuangan cara hidup ini di Malaysia sudah lama diperjuangkan dan kemuncaknya dapat dilihat kebelakangan dalam tahun 2011 dan 2012 dimana perjuangan untuk mendapatkan hak bernikah lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan didesak secara terbuka.

Amalan seks secara bebas juga dituntut oleh masyarakat Lesbian, Gay, Bisexual, and Transgender (LGBT) sekaligus mengiktiraf amalana songsang mereka sebagai suatu amalan yang sah tanpa halangan.

Cerita di atas hanyalah satu bahagian daripada ratusan cerita yang akan berlaku selepas parti pembangkang mengambil tampok pemerintahan negara.

Melihat kepada kesungguhan mereka melakukan pelbagai cara memperlihatkan usaha mereka bukanlah usaha main-main yang boleh dipandang remeh oleh pihak kerajaan dan rakyat Malaysia.

Selepas Keputusan PRU ke 13 dibacakan, pihak pakatan pembangkang amat tidak berpuashati dengan keputusan tersebut lalu menuduh pihak kerajaan menggunakan taktik kotor dan menipu pilihanraya.

Justeru, pendekatan lebih radikal diambil untuk merealisaikan impian mereka menuju ke Putrajaya.

Setiap minggu hingga ke setiap hari rancangan diatur bagi menunjukkan kemarahan rakyat, Pelbagai himpunan diadakan untuk memprovokasi pihak kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap mereka bagi membolehkankan mereka menuduh pihak berkuasa melakukan kekerasan dan tidak berperikemanusiaan.

Kerajaan akan dipersalahkan atas tindakan itu, lalu menghalalkan mereka bagi melakukan kerosakan dan keganasan yang lebih liar dan besar yang akhirnya menunjukkan kepada dunia bahawa negara Malaysia ini sudah tidak lagi stabil dan selamat.

Seterusnya apa akan jadi?.. aku akan kupaskan mengikut cara aku pada tulisan aku yang akan datang dan pada aku kalau ada yang tidak puas hati terpulanglah kepada mereka kerana aku tidak pernah memaksa sesiapa untuk membaca blog aku ini.....




1 comment: