'Ada usaha angkat Ku Li jadi PM'

Oleh Shukor Kasim
bhnews@bharian.com.my
2011/11/15
Abdul Rahim dakwa pembangkang rancang pelantikan jika menang PRU-13

ALOR GAJAH: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendakwa beliau ada maklumat pihak tertentu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau mendakwa, bagi menjayakan usaha itu, pihak terbabit sedang mencari sekurang-kurangnya 20 ahli politik Melayu berpengaruh, memiliki reputasi tinggi dan intelek untuk dicalonkan bertanding di kawasan majoriti kaum itu yang ditandingi semua komponen Barisan Nasional (BN) kecuali UMNO.
“Mereka sedang mengenal pasti tokoh seperti ini di seluruh negara dan jika berjaya mendapat orang ini dan berasakan bakal wujud keadaan 50-50 antara BN dan pembangkang, mereka dikatakan mampu menjadi penentu siapa bakal menjadi pemerintah selepas PRU-13,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program penerangan isu semasa anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Machap, malam kelmarin.

Turut menyampaikan ceramah, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip; Naib Ketua Bahagian Alor Gajah, Nordin Ali; Ketua Wanita bahagian, Datuk Norpipah Abdul dan Ketua Penerangan bahagian, Abdul Ghafar Misdar.
Abdul Rahim yang juga Pengerusi RISDA berkata, pendedahannya adalah sebagai peringatan kepada semua pihak bahawa usaha itu tidak boleh diterima di negara ini terutama BN.

“Perancangan berkompromi seperti ini boleh menggugat kestabilan politik dan menjadikan pemerintahan negara ke tahap lemah pada masa depan.

“Saya pulangkan kepada pujuk pimpinan tertinggi UMNO membincangkan perkara ini supaya BN menang dua pertiga pada PRU13 tanpa boleh dikompromi,” katanya.

Sementara itu, Tengku Razaleigh ditemui pada satu majlis di Kota Bharu, semalam enggan mengulas mengenainya. Baca penuh..

No comments:

Powered by Blogger.