Polis haramkan aktiviti Seksualiti Merdeka
KUALA LUMPUR: Polis mengharamkan serta merta segala aktiviti Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan hubungan sejenis, berikutan kebimbangan dan rasa kurang senang pelbagai pihak.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Khalid Abu Bakar, mengarahkan penganjur berkenaan supaya menghentikannya serta merta program itu atau berdepan tindakan tegas polis.
Beliau berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penganjuran program berkenaan dan akan memanggil semua penganjur termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, memberi keterangan secepat mungkin. Baca penuh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment