Perbualan 'intim': Tak tahu, kata Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita.

scandal mat sabu normah"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman itu antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim.

Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu.

"Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok. Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita.

Portal pro-BN Agendadaily pada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku 'begitu teruja' mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia "amat seiras dengan suara Mat Sabu".

http://www.malaysiakini.com/news/175801

No comments:

Powered by Blogger.