Si Luncai dengan Labu-labunya dan Si Sabu dengan Pencacainya...
Si Luncai menceritakan sikap kebijaksanaan yang digunakan pada jalan yang salah di mana seorang rakyat biasa dapat memperdaya pemerintahnya dengan begitu mudah sedangkan si raja manusia yang cerdik pandai namun boleh terpedaya oleh seorang rakyat biasa.
Si Sabu Pula ceritanya seorang yang tidak cerdik, kuat menipu, kaki sapu bini orang, tambah pula bodohnya tidak dapat membezakan jenis kenderaan dan buta sejarah tetapi modus operandinya sama iaitu menipu pencacai-pencacainya terutama dalam Parti PAS.
Si Luncai digambarkan sebagai watak rakyat biasa yang menggunakan kebijaksanaannya pada jalan yang salah telah menjadi sindiran masysarakat tradisional kerana tidak menggunakan kebijaksanaannya untuk membantu perkembangan negara dan masyarakat.
Si Sabu sengaja tidak menggunakan kabijaksanaanya walaupun telah berjaya mendaki tempat kedua dalam Parti PAS dengan caranya tersendiri, Si Sabu cuba telah ter-over acting apabila menyangka tempat dan kedudukannya itu membolehkan dia berbuat apa saja biarpun ianya mengguris hati orang-orang yang bermatian mengorbankan nya demi agama, bangsa dan tanahair.
Si Sabu memutarbelitkan sejarah sambil menyangka ianya akan menambahkan popularitinya untuk mencapai impian mana tahu dapat mendaki ke tempat pertama parti atau mungkin untuk mendapat tempat besar jika kononnya mereka menang besar dalam PRU 13 nanti.
Kebiasaannya,orang yang bijak mempunyai banyak akal untuk memajukan dirinya namun tidak semua orang itu menggunakan kebijaksanaannya ke jalan yang benar, dalam cerita Si Luncai kita dapat lihat ketamakannya untuk menjadi senang dengan mencari jalan memperdayakan raja di negerinya sendiri dan di zaman moden ini pula kita dapat melihat Si Sabu dalam mengejar kesenangan hidup melalui cara pemikiran yang sama seperti yang dilakukan oleh si luncai cuma dari segi praktisnya saja yang berbeza.
Dalam agama islam, manusia dilarang menggunakan akal mereka untuk kepentingan sendiri tetapi islam menggalakkan kita menggunakan akal sebaik-baiknya.Maksudnya kita dilarang untuk menggunakan akal kita ke arah yang boleh memudaratkan orang lain seperti menipu dan berdusta.
Falsafah yang terkandung dalam cerita si luncai kini diadaptasikan ke dalam dunia moden oleh Mat sabu iaitu Timbalan Presiden PAS sendiri yang mana secara terangnya menterjemahkan apa, siapa, bagaimana dan untuk apa sebenarnya PARTI PAS ditubuhkan.
Ingatlah bangsaku, dunia dulu bukan dunia kini tetapi teladan mahupun dongeng dunia dulu adalah untuk kita teladani di dunia kini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment