Maaf dengan niat mengejek DYMM YDP Agong


Mohd Faiz yang viral dengan status di laman Facebooknya menghina dan mengaibkan DYMM YDP Agong dengan kata-kata antaranya;

"Kalau sekadar nak jadi ahli ibadah, letak saja jawatan Agong.." 

"Apa manfaat yg rakyat dapat dari keabidan Sultan Kelantan. Dia rajin solat, so whatt?? Rakyat dapat apa?"

Hari ini Mohd Faiz melalui akaun Facebooknya memohon maaf dengan kenyataan media yang berbahasa indah tetapi dalam kenyataan maafnya itu juga tidak kelihatan ikhlasnya untuk memohon maaf.

Mohd Faiz berkata dia terlanjur kata dalam menyampaikan buah fikiran di laman media sosial kononnya dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

Saya melihat tujuan Mohd Faiz tidak lebih untuk mendapat populariti segera, dengan sengaja menimbulkan isu yang amat sensitif dan mendatangkan kemarahan rakyat.

Apapun yang berlaku, tindakan tegas mesti diambil terhadap manusia tidak beradab ini!

Saya mahu melihat samada ANAK KELANTAN ADA TELOR ATAU TIDAK dalam isu penghinaan Sultan Kelantan,



Berikut adalah kenyataan maaf yang dibuat Mohd Faiz;

[Kenyataan Media]

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ingin diakui keterlanjuran kata dan bahasa diri ini dalam menyampaikan buah fikiran saya didalam media sosial ini, dengan merujuk kepada posting fb yg sebelum ini tentang kuasa YDPA dan Institusi Majlis Raja-raja.

Saya merafak sembah dan memohon maaf kepada YDPA dan sekalian rakyat Malaysia atas kenyataan yang dilihat menyinggung. Posting itu dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan melayu di Malaysia ini. Itulah yang dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini. Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial). Negara unggul yang kita impikan tentunya Negara yang membahagiakan dan sekaligus membanggakan. Atas dasar itu lah, peranan YDPA dan Raja-Raja serta institusi islam lainnya dapat berfungsi dengan baik.

Dalam menyemangati hubungan Raja-Rakyat, haruslah kita meneladani janji antara Demang Lebar Daun (rakyat) dan Seri Teri Buana(raja) , berkenaan kesetiaan Melayu yang bersyarat dan bersyariat. Kata Demang Lebar Daun ,

"Seperkara lagi. perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu itu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan janganlah ia difadihatkan. dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh,tuanku; jangan tuanku aibi".

Demang lebar Daun memberikan taat setia kepada Seri Teri Buana, yang dibalasnya dengan ;

"Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya,jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga."

Inilah waad (perjanjian) taat-setia rakyat kepada Rajanya , bersendikan syariat. Pantang anak Melayu itu dinista dan dikeji tanpa sebab. Adapun pantang juga anak melayu itu dipuja melambung-lambung tanpa sebab. Kita tidak mahu nama Agong itu fungsinya dilihat secara literal pada namanya, Contohnya jika dia seorang guru, dia bukan hanya digurukan, malah bibapakan, dimurabbikan, dimentorkan. Kita tidak mahu nama Agong itu hanya tinggal di Agung agungkan, tanpa sebarang peranan yang besar.

Sebolehnya saya mahu mengelakkan salah faham yang berpanjangan atas posting saya yang sebelum ni. Dan mahu melihat negara ini bersama semua pemimpin dan rakyat terus hidup makmur semakmurnya dan sebahagianya.

Wallahualam

Mohd Faiz
17 Disember 2016




5 comments:

Anonymous said...

Macamana penjilat Juburi ni nak 'mengukuhkan Islam dan institusi Raja Raja....'???

Dengan menjadi anjing baruah BERSHIT kpd DAPIGS yg terang2 ADALAH ANTI MELAYU, ANTI ISLAM DAN ANTI RAJA2!!

Pondan laknat LGBT memang cakap tak serupa bikin. Ubah2 citer.

hah! said...

Dia boleh minta maaf atas yang tersurat tapi apa yang tersirat dari kata2nya tidak boleh dimaafkan. Ada ka patut mengatakan orang yang rajin sembahyang (abid) tidak mengindahkan sosial...................mana dia tahu?
Kita pun boleh kata dia tak pernah sembahyang sebab mana pernah tengok dia sembahyang pun!

Anonymous said...

Mohd Faiz, adalah lebih baik anda berhenti saja dari menulis dari sekarang. Anda cuma pandai merosakkan persepsi orang terhadap pelbagai pihak lain, akibat daripada tulisan anda itu. Kini zaman sebaran media yg terlalu pantas. Dengan memohon maaf itu, ia sudah terlambat. Akan ada pihak yg akan ekspoit tulisan anda itu untuk kepentingan memusuhi dan propaganda pihak lawannya.

LEBIH BAIK ANDA JANGAN TUNJUK PANDAI MENULIS KE DALAM MEDIA. CUKUP.

WiraPendita said...

Dasar dayus... Tak mengaji sejarah... Tak tau malu... Kalu zaman dulu dah kena pancung budak ni...

Anonymous said...

bebal dari keturunan dia ni..maksud nya dah mmg bebal dari nenek moyang