Pendaftaran BRIM 2017 dilanjut sehingga 13 Jan

Tempoh pendaftaran baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 dilanjutkan sehingga 13 Januari depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://ebr1m.hasil.gov.my atau di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara percuma.

Sebelum ini, kementerian itu menyatakan permohonan dan kemas kini maklumat BR1M 2017 dibuka mulai 5 Dis hingga esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober lepas mengumumkan pemberian BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, beliau mengumumkan pemberian BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

Individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula BR1M dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. - BERNAMA

No comments:

Powered by Blogger.