Gangguan bekalan 7 kawasan di Selangor akan ambil masa yang lama



KUALA SELANGOR 30 Ogos - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menghentikan sementara operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang kerana berlaku kejadian minyak diesel memasuki sumber air di Hulu Sungai Selangor.

Kejadian tersebut mengakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor


Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tumpahan minyak berlaku apabila sebuah lori tangki diesel terbalik dan muatannya melimpah dan mengalir ke dalam Sungai Selangor pada kejadian kira-kira pukul 8 pagi ini.

Berikutan insiden itu, beliau berkata empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor, iaitu Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SPP2) dan Fasa 3 (SPP3) serta LRA Rantau Panjang ditutup bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, Mahdzir berkata proses pembersihan minyak sedang dijalankan dan dijangka mengambil masa yang lama.

Sungai Selangor merupakan sumber bekalan air untuk dirawat oleh empat loji berkenaan sebelum disalurkan ke rumah pam dan kolam-kolam.

Beliau berkata penutupan empat LRA itu menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di sekitar Gombak, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Kuala Langat.

Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) akan membuka bilik operasi untuk membantu memberi maklumat secara berterusan kepada penduduk.
Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkata pihak pengendali loji masih melakukan kerja-kerja pembersihan dan tempoh pemulihanan dijangka mengambil masa.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred, dalam kenyataan, berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan kejadian itu dari masa ke semasa.

SEMENTARA ITU GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR DAN GOMBAK EKORAN HENTITUGAS TIDAK BERJADUAL RUMAH PAM WANGSA MAJU

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah di beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak berikutan berlakunya hentitugas tidak berjadual di Rumah Pam Wangsa Maju. Ekoran dari itu, kolam-kolam simpanan air utama SYABAS di beberapa kawasan yang terlibat mengalami penurunan paras air yang kritikal dan menjejaskan bekalan air kepada pengguna.


Sebagai makluman, penurunan paras kolam air yang berlaku adalah disebabkan berlakunya kejadian hentitugas tidak berjadual di rumah pam Wangsa Maju yang dikesan berlaku pada sekitar jam 4.00 petang semalam, 25 Ogos 2013. Punca kejadian adalah disebabkan rumah pam tersebut mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama walaupun kesemua pam beroperasi dalam keadaan baik. 

Pada masa ini, pihak SYABAS dan kontraktor yang dilantik sedang berusaha mengambil tindakan segera untuk membaikinya bagi membolehkan pam dapat beroperasi seperti biasa. Walau bagaimanapun, tempoh pembaikan bagi kerja-kerja ini masih belum dapat dipastikan pada masa kenyataan ini disiarkan.

Disebabkan kejadian ini, pihak SYABAS telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Hijau bagi Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 8.00 pagi (26 Ogos 2013) apabila dianggarkan sejumlah 91,963 akaun pengguna yang melibatkan sebanyak 98,637 pintu rumah di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual termasuklah tekanan air rendah. Antara kawasan yang dikenalpasti terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah termasuk:-

Wilayah Kuala Lumpur

1 Flat DBKL Dato’ Keramat
2 Jalan Padang Tembak
3 Jalan Semarak
4 Jalan Gurney
5 Kementah
6 Pulapol
7 Wisma Tanah
8 JUPEM
9 UTM
10 FELDA
11 Pusat Latihan Telekom
12 Jalan U Thant
13 Jalan Ampang Hilir
14 Taman Pandan Jaya
15 Taman Cempaka
16 Taman Bakti
17 Taman Nirwana
18 Kampung Pandan Dalam
19 Taman Cahaya
20 Pandan Cahaya
21 Taman Dagang
22 Taman Shamelin
23 MINDEF
24 Taman Tenaga
25 Taman Miharja
26 Taman Kobena
27 Desa Pandan
28 Flat Sri Melaka
29 Jalan Kent
30 Taman Putra Sulaiman
Jumlah Akaun : 29,375

Wilayah Gombak

1 Kampung Baru Ampang
2 Kampung Melayu Ampang
3 Taman Hillview
4 Bukit Jobina
5 Taman Dato Ahmad Razali
6 Taman Bukit Indah
7 Taman TAR
8 Kampung Tasek Permai
9 Ukay Heights
10 Ampang Jaya
11 Dataran Ukay
12 Pinggiran Ukay
13 Sri Ukay
14 Beverly Heights
15 Ampang Indah
16 Ampang Saujana
17 Ampang Water Front
18 Bandar Baru Ampang
19 Bukit Ampang Permai
20 Bukit Indah
21 Desa Lembah Permai
22 Desa Setapak
23 Jalan Ampang
24 Kampung Bukit Sungai Puteh
25 Keramat AU 1 hingga AU 5
26 Kampung Ampang Campuran
27 Kampung Indah Mulia
28 Kampung Kemensah
29 Kampung Lembah Jaya
30 Kampung Pinggir Tiga Jaya
31 Kampung Tengah Lembah Jaya
32 Lembah Jaya Utara
33 Lembah Jaya Selatan
34 Sri Rampai
35 Taman Ampang
36 Taman Dagang Permai
37 Taman Pandan Ria
38 Taman Permai Jaya
39 Taman Permata
40 Taman Saujana Ampang
41 Tasek Tambahan
42 Taman Ampang Mewah
43 Taman Ampang Utama
44 Taman Bukit Ampang
45 Taman Cahaya Ampang
46 Taman Dagang Jaya
47 Taman Halaman
48 Taman Kesuma Ampang
49 Taman Kosas
50 Taman Mulia Jaya
51 Taman Rasmi Jaya
52 Taman Sri Ampang
53 Taman Watan
54 Wangsa Melawati
55 Bukit Antarabangsa
56 Ukay Perdana
57 Ukay Bistari
58 Kelab Ukay
Jumlah Akaun : 62,588
JUMLAH KESELURUHAN AKAUN: 91,963 (98,637 PINTU RUMAH)

Pada masa ini, SYABAS menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki dan 525 tangki statik diletakkan dalam keadaan tunggu sedia untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat. Sementara itu, pihak SYABAS mengharapkan agar para pengguna dapat memahami keadaan ini dan menggunakan air sebaik-baik mungkin dan dengan cara yang paling berhemah bagi mengelakkan sebarang pembaziran dari berlaku. Walau bagaimanapun, pihak SYABAS akan memantau keadaan ini secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa. 

Bagi para pengguna yang memerlukan maklumat lanjut disarankan agar melayari laman web syabas di www.syabas.com.my atau boleh membuat aduan terus di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. Para pengguna juga boleh menghantar sebarang aduan ataupun pertanyaan melalui SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar ke 39222, selain digalakkan untuk menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.


2 comments:

Anonymous said...

Bale bale !

Anonymous said...

SYABAS SYABASSSS!