MOGA PRESIDEN UMNO DIBERI KEKUTAN - JANGAN SALAH PILIH SEKUTU
Kita menunggu berita baik keberanian Jenderal Perang nombor satu UMNO. Peperangan bukan hanya didominasi oleh kepimoinan dan pegawai sahaja. Ia mestilah diselaraskan dengan bala tenteta pangkat bawahan. Koordinasi yang baik akan membawa kemenangan kepada setiap peperangan.
Tentera yang dikerah bagai hamba abdi akan menjadikan angkatan itu lemah. Berlaku adil-lah kepada kepada mereka dan mereka akan memberikan sepenuh tenaga untuk melawan musuh.
Kalah menang dalam perang pasti ada, cuma kita mahu perang PRU15 akan datang menjadi kemenangan besar buat kita.
Selama kita berperang dalam PRK selepas PRU14, kita kalah beberapa kali dan kemudian menang banyak kali. Kemenangan yang kuta capai adalah hasil penyatuan Muafakat Nasional UMNO PAS. Tiada PPBM kmasa itu, malah mereka melawan kita dengan sepenuh hati.
Tiada bantuan mereka di PRK Chini, mereka hanya kelihatan menyibuk dengan "Velfire" dan beberapa apit lempang yang beegaya bangsawan yang ntah apa dibuatnya. Pemimpin mereka ketika itu yang kebetulan menteri berucap malah memperlekehkan UMNO. Mereka hanya melukut ditepi gantang, penyibuk yang tak tahu apa nak buat.
Tak ada PPBM kita tetap menang, ada PPBM tak menambah apa-apa. Jangan masuk perangkap berkali-kali. Jangan hidupkan parti yang mahu membunuh parti kita berkali-kali. Jika mereka mahu masuk UMNO silakan.. Bubarkan sahana parti PPBM yang tak bermanfaat itu.
Semoga DS Zahid Hamidi diberi kekuatan dan keberanian untuk menentukan bala tentera perang PRU15. Jangan salah pilih sekutu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment