Mesti Baca 2: Bukan Tujuan mahu menghentam UMNO tetapi menyuarakan keluhan dan kekecewaan.


.....Sambungan mesti baca 1,

Bukan tujuan penulis untuk menghentam pemimpin-peminpin parti atau kerajaan tetapi ini semua adalah bertujuan untuk menyuarakan keluhan dan kekecewaan terhadap segelintir pemimpin yang gila kuasa.

Gila kuasa yang dimaksudkan adalah jenis pemimpin yang gila mahu bertanding tetapi bila sudah mendapat jawatan mereka melupakan rakyat yang memilih mereka dan terus melakukan aktiviti rompakan besar-besaran harta kerajaan atau melobi untuk pergi ke jawatan lebih besar dengan tujuan yang sama.

Penulis tiak mengatakan salah berbuat demikian tetapi apa yang penulis nak ingatkan apakah janji yang mereka telah taburkan kepada rakyat semasa mereka gila menangis, meroyan berguling-guling minta undi?

"Baru 100 hari la bro dorang pegaang jawatan bagi la dorang masa sikit"...kata mereka.

Dan dengan alasan itu mereka katakan penulis gila kerana mendesak pemimpin untuk melakukan perubahan dalam tempoh yang pendek.

Penulis bukan gila bro... apa yang penulis katakan ini adalah cerita lama, cerita tentang perjuangan yang tak pernah selesai..

Janji yang mereka buat ini semuanya sama saja dari dulu hingga kini iaitu nak jaga rakyat dan nak tolong rakyat.

Mana janji itu? dari dulu hingga kini mana janji itu?

Sebagai contoh beberapa minggu lepas penulis ada menulis tentang cerita Ahli Parlimen Kuala Selangor yang memperjuangkan nasib golongan Profesional dan Ijazah tetapi tidak menyebut golongan bawahan. (kita cerita nanti dalam siri lain)..

Lalu kerana tak puas hati, penyokong pemimpin berkenaan mempertikankan tulisan penulis dan mengatakan penulis tidak faham termasuk mengatakan penuli tidak dapat apa yang penulis mahukan lalau menghentam Ahli Parlimen tersebut.

Disini sudah dengan mudah kita lihat bagaimana pemimpin dalam UMNO rosak dek kerana orang sekeliling yang tidak tahu apa-apa tetapi atas sifat membodek dan mengampu mereka cuba menjawab persoalan yang mereka sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.

Jawapan yang mereka berikan sebenarnya hanya menambahkan api kemarahan ofrang yang sudah sedia marah dan secara otomatik yang mendapat nama buruk adalah pemimpin itu bukannya si tukang jawab.

Sudah dari dulu apa yang penulis persembahkan adalah persepsi dan pertanyaan.. Sudah namanya pertanyaan maka sudah tentulah ianya perlukan jawapan tetapi janganlah lari atau marah bila ditanya kerana sudah menjadi tugas pemimpin untuk menyelesaikan masalah buaknnya menimbulkan masalah.

Kalau tak boleh mnyelesaikan masalah jangan jadi ketua.. jadi kuli lagi baik buat bodoh dan buat tak tau saja.

Jadi, apa yang terbuku dihati sudah dikeluarkan cuma menanti jawapan daripada yang punya badan untuk menyelesaikannya...

Jika perlu jurucakap carilah yang terbaik dan yang tahu tentang apa yang patut dan tidak dia cakapkan supaya tidak menimbulkan persoalan yang lebih besar.

Jangan melenting bila ditanya!

... ada sambungan....

No comments: