Pemimpin UMNO dan Kerajaan jangan dihentam!!! Mereka MAKSUM!!!!


Sebelum PRU 13 ramai dari kalangan blogger yang Pro Kerajaan bermati-matian berperang dengan Cybertrooper dari parti pembangkang hingga ada dikalangan mereka yang diugut bunuh dan tak terlepas juga yang ditahan oleh pihak polis kerana dikatakan menghasut dan perkauman.

Kini PRU 13 sudah berlalu dan blogger-blogger masih terus menulis kerana memang sudah menjadi hobi, kesukaan dan pekerjaan mereka untuk menulis mendedahkan atau menyatakan apa yang mereka mahu.

Tetapi sekarang ramai pula pemimpin dari pihak kerajaan dan dari Parti UMNO sendir yang tidak puas hati dan menyalahkan blogger kerana mendedahkan keburukan dan salahlaku mereka.

Apa kelebihan yang pemimpin kerajaan dan pemimpin UMNO ada hingga mereka mahu dikecualikan daripada kene hentam atau dipersoalkan kewibawaan mereka?

Mereka ini 'MAKSUM' atau dari "KETURUNAN NABI' sampai tak boleh ditegur?

Kalau dulu pemimpin parti pembangkang sampai tak boleh nak duduk atas kerusi kerana mereka akan sentiasa diperhatikan dan akan diserang bila melakukan kesilapan.

Hari ini sebagai contoh apabila Nazri Aziz diserang kerana menjadikan anaknya pembantu khas, ramai dari kalangan pemimpin UMNO menyalahkan blogger Pro Kerajaan kerana tak membantu.

Itu kesilapan siapa? mengapa perlu buat benda yang dengan mudah menjadi persoalan? tidak adakah lagi orang yang layak untuk jawatan tersebut?

Bayar atau tak gaji kepada anaknya rakyat tak akan percaya kerana sudah menjadi lumrah siapa yang bekerja pasti akan ada gaji dan dari manakah datang duit untuk bayar gaji anaknya.

Duit bapak dia la.. Bapak dia kan menteri..

Betol tapi bila dipusing-pusing sudahnya terbelit leher sendiri kata kerajaan yang bayar dengan duit projek.

Jadi jangan salahkan rakyat bila rakyat bangkit menentang...

Dan jangan salahkan blogger bila blogger datang menghentam...

Jaga diri.. hiasi peribadi.. sekian.

No comments: