PAS Terkencing bila Hasan Ali Jelajah Negara Untuk Beri Penjelasan


Dalam satu sidang media pagi tadi, Datuk Dr. Hasan mendakwa wujud kumpulan parasit di kalangan kepimpinan tertinggi PAS yang merosakkan asas dan perjuangan parti itu.

Dan beliau antara yang menjadi mangsa kepada percaturan kumpulan parasit itu yang tunduk kepada pihak tertentu itu.

DATUK DR. HASAN ALI / ADUN GOMBAK SETIA
Pemecatan saya itu tidak gunakan prosedur yg biasa diamalkan oleh mana-mana pertubuhan termasuk pertubuhan politik. Lazimnya tertuduh diberi peluang utk membela diri terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan oleh pihak tertuduh. bagi saya, PAS yg mengamalkan prinsip-prinsip Islam dlm organisasi tidak amalkan prinsip-prinsip di atas. Jelas, keputusan itu idbuat secara autokratik, tidak demokratik dan menyimpang pada asas-asas pengurusan manusia dan organisasi mengikut prinsip-prinsip Islam.

Justeru, satu sesi jelajah ke seluruh negara akan digerakkan beliau bagi memberi penjelasan kepada umum serta mendedahkan siapa parasit yang dimaksudkan.

Baginya, tindakan pelucutan jawatan exco yang dipegangnya juga dibuat secara terburu-buru kerana beliau masih dalam tempoh rayuan kepada Majlis Syura Ulama.

DATUK DR. HASAN ALI / ADUN GOMBAK SETIA
Inilah yg sedang berlaku dlm PAS. Golongan parasit dng jumlah yg lebih besar dan menggunakan strategi yg licik telah berjaya mengubah arah tuju PAS termasuk dlm kes pemecatan saya. Pemecatan saya bukan atas atas dasar kesilapan saya yang saya lakukan. saya semata-mata menegur pimpinan PKR yg menghadapi kes mahkamah yg saya kata bersifat peribadi. Saya juga hairan bagaimana PAS boleh tunduk pada tekanan PKR yang meminta saya dipecat.Apakah pas sudah hilang maruah diri?

untuk Video Klik sini

No comments: