Farhana KULN Mohon Maaf dan Beri Penjelasan Mengenai Blogger UMNO Lambat jawab Isu


Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan bertemu empat mata dengan Farhana yang mencetuskan kontroversi semalam dalam kenyataannya yang mengheret blogger dalam ucapan selaku wakil Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

Dari semalam saya telah jelas dengan apa yang diucapkan cuma saya bertanya mengapa mengheret DS Rosmah Mansor bersama blogger untuk jadi adunan ucapan beliau untuk sedap didengar barangkali.

Berikut saya selitkan video santai Farhana bersama seorang blogger yang minta penjelasan dari Farhana.



Setelah berbincang, dengan jelas beliau menyatakan tidak ada niat untuk mempersenda mana-mana individu atau sesiapa sahaja apatah lagi memeprlekeh peranan blogger dalam mempertahan Umno sebagai Parti Keramat Orang Melayu.

Farhana menyatakan pandangan berkenaan nasib blogger yang dipandang sepi tanpa ada peruntukan khusus bagi mereka menyerang dengan lebih berkesan.

Justeru, beliau berharap dalam ucapannya kerajaan memberi penekanan dalam pemerkasaan media sosial supaya serangan-serangan selepas ini lebih pantas, efektif dan telus.

Farhana menjelaskan, blogger-blogger dilihat lambat bertindakbalas melalui pandangan mereka kerana tidak cukup sumber dan fakta untuk melawan dakyah pembangkang selain masalah peruntukan khusus yang merencatkan gerakan tersebut.

Kerajaan perlu lebih serius untuk memperkasa peranan blogger dan pengamal media sosial di Malaysia jika mahu menang dalam peperangan siber yang telah digunakan sepenuhnya oleh pihak pembangkang sekarang ini.

Farhana juga memohon maaf jika ada ucapannya yang mengguris mana-mana hati kerana beliau tidak terniat langsung untuk berbuat demikian selain menyampaikan pandangan yang dikongsi bersama ahli-ahli Kelab Umno Luar Negara (KULN).

Dengan itu saya rasa berpuas hati dengan penjelasan Farhana dan saya juga telah memohon maaf kepada beliau jika tulisan saya menyebabkan beliau tertekan.

Selepas pertemuan itu, saya lihat Farhana sebenarnya seorang yang bersemangat dan berjiwa besar serta mampu menyerap tekanan untuk menjadi pemimpin yang baik dan telus pada masa akan datang.

Saya ajak sahabat untuk beri peluang pada Farhana dan promosikan beliau sebagai “Ikon” anak muda yang mahu jadi pemimpin pada masa akan datang.

[Video] Blogger Umno dihina wakil Kelab Umno Luar Negara (KULN) kerana mahu 'Bodek' Rosmah.


Bertindak balas atas kenyataan wakil Kelab Umno Luar Negara (KLUN) mengenai Blogger Umno lambat pertahan Rosmah.

Pada PAU 2013, kita blogger-blogger dengan rasa senang hati memberi publisiti percuma kepada Exco Pemuda Umno Malaysia, Ibdillah Ishak, yang baru dilantik ketika itu kerana kenyataan beliau yang terlebih lajak dari laju (terlebih cangan sebelum perlaksanaan) dan pada kali ini (PAU 2014) saya seru sahabat blogger untuk memberikan Farhana ini keutamaan.

Farhanan dalam ucapannya menyalahkan blogger Umno kerana lambat membalas dakyah dan berita palsu yang dilemparkan oleh blogger-blogger parti pembangkang.

Menyalahkan blogger Umno gagal mempertahankan Rosmah merupakan satu tuduhan berat dan berniat jahat apatahlagi menyebutnya secara umum (blogger Umno) tanpa menyatakan secara khusus sasaaran sebenar tuduhan tersebut.

Yang pertama, saya mahu tanyakan kepada farhana, siapakah yang dimaksudkan dengan Blogger Umno?.

Kebanyakan blogger yang pro kerajaan termasuk saya mempertahankan bukan sahaja Rosmah tetapi Umno itu sendiri dan adakah itu dimaksudkan sebagai blogger Umno?

Yang kedua, bagaimana bentuk pertahankan yang Farhana maksudkan?.

Secara Ilmiah? Fataniah? atau Makiniah? jika Farhana tidak nampak mungkin Farhana ini tidak membaca politik tempatan atau Farhana ini sibuk berosial di luar negara?

Yang ketiga, Farhana fahamkah politik blogger dalam negara ini atau farhana ini hanya tembak semberono?

Video ucapan Farhana saya naikkan semula disini supaya pembaca faham bagaimana maksud Farhana.



Kefahaman saya dalam ucapan Farhana ini sebenarnya hanya untuk menjilat (bahasa orang muda) First Lady.

Farhana hanya bertujuan sebenarnya menunjuk pandai kononnya Pelajar KULN ini sahaja yang hebat boleh pertahankan Rosmah hinggakan tiada langsung peranan atau sumbangan orang lain (blogger) dalam peperangan siber politik Malaysia.

Hebat sangatkah orang (blogger) KULN ini?

Saya dengan ini mencabar Farhana membentangkan gerakerja blogger KULN yang digelar Young Blogger (YB) untuk mempertahankan Rosmah.

Selepas 3 bulan sila bentangkan keputusan capaian pembaca yang telah membaca blog-blog KULN bagi membuktikan tulisan Farhana sampai kepada sasaran dan buktikan blogger pembangkang telah patah hujahnya dengan penulisan tersebut.

Farhana jangan hanya pandai melambung untuk membodek Rosmah supaya nanti boleh mendapat tempat sebagai orang penting.

Buktikan kehebatan gerakerja Farhana bukan setakap cakap kosong yang akhirnya memalukan keseluruhan ahli KULN dan alumninya.

Akhirnya tetapi bukan yang terakhir, Saya menganggap kenyataan yang keluar dari mulut Farhana hari ini adalah kenyataan dari kelab Umno Luar Negara (KULN) yang memeprlekeh blogger-blogger yang siang malam mempertahankan Umno Bn.

Saya cabar Farhana dan KULN bermula sekarang.

Evolusi UMNO, Si Pejuang Menjadi Si Bebal


Kita selalu memandang serong, tak kurang yang menghentam apabila kartunis Zunar menampilkan karyanya ke mata umum.

Kartunis yang tekenal dengan kontroversi ini sering mengaitkan DS Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka lawaknya untuk menarik perhatian mesyarakat sebelah sana supaya terus membenci Rosmah.

Penghinaan demi penghinaan ditunjukkan dalam kartun miliknya yang menunjukkan UMNO tidak berguna dan punca kepada segala permasalahan rakyat dalam negara yang diterajui kepimpinan DS Najib Razak.

Kadangkala bukan semua karyanya itu tidak berguna, lihat kartun yang diberi tajuk EVOLUSI UMNO di atas.

Tidakkah kamu merasa atau terasa apa yang dilukiskannya itu adalah REALITI yang berlaku dalam UMNO hari ini?

Dari perjuangan membentuk sebuah negara yang merdeka, laungan perjuangan tidak pernah putus keluar dari mulut setiap pejuang UMNO.

Agama, Bangsa yang membentuk negara dipertahan tahun demi tahun, dekad demi dekad dan kerana itu UMNO kekal releven di mata hati umat melayu di Malaysia.

Tetapi dalam perjalanan masa yang panjang itu, kerakusan hawa nafsu membuatkan ia semakin sukar dan terus sukar.

Kalau dulu akar umbi yang membentuk pepohon kepimpinan UMNO disuburi dengan usaha kerajaan untuk memberi kehidupan dan masa depan yang lebih baik pada bangsa melayu, tetapi kini akar umbi tidak ubah seperti keldai tua yang sudah tidak mampu bekerja.

Kalau dulu keldai itu diusung kesana-kemari untuk membawa beban laungan perjuangan untuk meneruskan survival melayu yang akan memastikan Islam akan terus menjadi Agama Rasmi di negara ini tetapi pada hari ini mereka tidak diperlukan lagi.

Keperluan mereka hanya bila ada pemilihan untuk merebut jawatan dan sesudah itu mereka dilupakan.

Lukisan Zunar itu merujuk kepada kepimpinan hari ini yang menjadi semakin tidak bijak yang kembali kepada kehidupan zaman batu.

Mereka buat sesuka hati, makan apa saja, tidak fikir masa depan, asalkan bagi mereka tembolok mereka terisi. Bila ada yang menegur, mereka marah malah sanggup membunuh.

Aku bukan mahu derhaka tapi sekian lama aku pendam ianya akan menjadi barah yang boleh membunuh semangat bangsa yang ada dalam diri aku.

Sempena Himpunan Orang UMNO seluruh negara minggu depan, aku harap akan berubahlah hendaknya hati pemimpin bangsa melayu ini, moga benak dihati mereka diterangkan Allah swt supaya mereka sedar bangsa dan agama mereka kini sudah berada di pinggir gaung.

Bangkit jatuh bangsa agama kita UMNO sajalah yang mampu mempertahankannya, nak harapkan PAS terbalikla dunia ni pun mereka tetap dengan gelap hati mereka.

Aku rasa aku 'landing' kat sini dulu artikel aku sebab cerita ini nanti akan panjang lagi sampai habis Himpunan Orang UMNO nanti.



Ketua Cawangan UMNO Letak Jawatan Tanda Protes Presiden Umno

Memetik laporan Selangor Press, Ketua UMNO Cawangan Simpang Morib, Zulkefli Mohamed Ghouse dikatakan meletak jawatan sebagai tanda protes terhadap kepimpinan presiden parti itu, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang disifatkan gagal mendengar suara akar umbi terutama melibatkan isu berkaitan kepentingan Islam dan Melayu.

Beliau membuat keputusan itu setelah menilai kegagalan pentadbiran Najib dalam mempertahankan Akta Dalam Negeri (ISA) dan keputusan terbaru Presiden UMNO untuk menghapuskan pula Akta Hasutan yang dianggap tidak menepati kehendak ahli UMNO dan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Perkara ini tidak boleh dipandang remeh, menjelang Perhimpunan Agung UMNO sudah pasti banyak perkara yang akar umbi harap dapat dibawa untuk pendengaran khasnya kepada Presiden Parti.

Seperti biasa, kebanyakan suara mereka hanya sampai di dalam buku persidangan yang akhirnya akan menjadi penghuni tong sampah dan berkesudahan di tempat pelupusan sampah.

Akar umbi bukan mahu minta Presiden belikan 'Porsche', mereka hanya mahu usul mereka dibincangkan dan dibuat keputusan walau kebanyakannya dan seperti selalunya ia tidak memihak kepada mereka.

Sebagai umat Melayu beragama Islam sudah pastinya mereka mahu bangsa dan agama mereka utuh, Parti Keramat UMNO sekian lama menjadi pelindung, Kerajaan BN hari ini ditunjangi UMNO tetapi sayangnya bangsa dan agama sudah tiada dalam buku kerajaan.

Kerajaan hari ini mahu negara ini jadi satu bangsa tetapi lain-lain agama.

Kerajaan hari ini mahu melayu hormati bangsa lain, kerajaan hari ini mahu umat islam tunduk rendahkan diri supaya tidak menyinggung perasaan penganut agama lain.

Kerajaan hari ini terpaksa serahkan hak melayu yang sedikit ini untk dikongsikan dengan bangsa lain dengan alasan hak kesamarataan, diskriminasi dan toleransi.

Kerajaan hari ini terpakasa mendengar, memahami dan menyelsaikan masalah dan rungtan bangsa lain tetapi tidak untuk bangsa melayu umat islam kerana mahu undi.

Siapa Kerajaan?

Siapa Menteri?

Siapa Perdana Menteri?

Apa parti mereka?

Hari ini seorang Ketua Cawangan meletak jawatan.. 

Ketua Cawangan tidak besar, tidak punya banyak ahli, tidak sekaya pemimpin atasan dan tidak dikenali oleh Presiden Parti.

Tetapi mungkin mereka di atas sana lupa, Cawangan itu akar, tanpa akar masakan ada pokok..

Satu cawangan tidak beri kesan tapi jangan sampai cawangan bersebelahan turut serta, nanti panjang ceritanya dan sukar dikawal yang akhirya akan merosakkan parti.

Jangan kerana satu cawangan kita kalah perang PRU nanti.

Akar umbi hanya mahu suara mereka didengari, membuat keputusan hak perti tetapi biar akar umbi dilibatkan sekali.

Jangan "Gah" di PWTC tetapi UMNO nanti tumbang di Akar Umbi.



#KempenSenyap Chegu Bard: Xavier Buat Akuan Sumpah Tarik Balik Sokongan Wan Azizah Sebagai MB

Azmin sangka bila dia jadi MB semuanya akan selesai dan dia akan jadi yang paling berkuasa dalam negeri dan politik PR.

Wang yang banyak dalam simpanan negeri Selangor boleh digunakan sesuka hati untuk membeli rakyat dan ahli parti supaya nanti boleh menyembahnya menjadi Pemimpin paling berkuasa.

Namun malang baginya bila #KempenSenyap yang digerakan oleh akar umbi parti dibantu oleh Reformis 98 mula memberi kesan besar besar dengan pendedahan demi pendedahan.

Terbaru Chegu Bard mendedahkan surat penarikan balik sokongan untuk menjadi MB yang dicalonkan PR oleh Xavier Jayakumar.

Menurutnya, Xavier telah ingkar arahan parti apabila membuat akuan sumpah baru untuk bersama dalam kem Azmin yang melobi diri sendiri jadi MB Selangor.

Dalam surat tersebut Xavier menyatakan dia menarik diri sokongan kepada Wan Azizah bukan atas paksaan mana-mana pemimpin atasan PKR tetapi kerana mematuhi perintah DYMM Sultan Selangor yang kononnya mahukan Azmin sebagai MB.

Dalam kes ini Chegu bard menyatakan Xavier telah ingkar arahan yang dikeluarkan oleh parti yang mana hanya membenarkan satu nama saja diangkat untuk dicalonkan kepada DYMM Sulatan aitu nama Wan Azizah.

Dengan jelas surat yang siap dengan cop Pesuruhjaya Sumpah tersebut telah membuktikan Xavier telah ingkar dan ia sama dengan TS Khalid yang dipecat dan digulingkan kerana ingkar arahan parti.

Jika begitu, Azmin adalah dengan sengaja membina pasukan secara senyap untuk ingkar arahan parti dengan niat melobi dirinya sendiri menjadi MB selepas menggulingkan TS Khalid.

Azmin, Xavier dan beberapa yang lain wajib dipecat dari parti sepertimana yang dilakukan terhadap TS Khalid.

Pemecatan mereka sebenarnya akan membuktikan bahawa PR selama ini mengamalkan budaya keadilan yang betul tanpa mengira pemimpin atauu rakyat. Yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.

#KempenSenyap Chegu Bar hari ini terus menyusuri aliran bawah dalam parti yang emmbawa suara akar umbi sebagai perjuangan.

Mampukah Chegu Bard mengubahnya atau akan senyap akhirnya bila diberi habuan tutup mulut nanti..

RON97 Turun, Hanya Orang Minyak dan Kementerian Orang Minyak Sahaja Faham...

Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.55 seliter daripada RM2.75 seliter berkuat kuasa 12 tengah malam tadi.

Pengurangan harga miyak itu mungkin sukar diterima oleh rakyat biasa kerana menganggap RON97 adalah minyak orang kaya manakala RON9 minyak rakyat marhaen yang kekal pada harga lama.

Harga Minyak Dunia yang Turun Serendah (US$77.44) menjadi punca kepada penurunan harga tersebut tetapi ia hanya berkuatkuasa kepada RON97 sahaja.

Harga minyak RON95 dunia juga turun tetapi mengapa harga dipasaran Malaysia tidak turun adalah disebabkan ia masih belum melepasi harga RM2.30 minyak bersubisi Malaysia seperi yang dikatakan oleh Ahmad Maslan.

Untuk makluman, harga petrol di Indonesia meningkat sebanyak 2,000 Rupiah (RM0.55) daripada 6,500 Rupiah (RM1.78) kepada 8,500 Rupiah (RM2.33) seliter akibat daripada penguranan subsidi minyak yang diumumkan oleh Presiden Negara Indonesia.

Jokowi turut mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 2,000 Rupiah (RM0.55) menjadikan harga bahan bakar itu meningkat kepada 7,500 Rupiah (RM2.10) seliter berbanding harga sebelum ini pada 5,500 Rupiah (RM1.55) seliter.

Kenaikan harga petrol dan diesel di negara itu juga berkuat kuasa tengah malam tadi.

Malaysia turun... Indonesia naik....

Walaupun saya sendiri kurang faham tetapi saya yakin Orang Minyak dan Orang Kementerian Orang Minyak faham....

Gugurkan Noh, Selesaikah Masalah?

Jika kehendak menggugurkan Noh dari kerusi yang didukinya sekarang datang dari mulut PM sendiri maka saya juga akur dan menerimanya dengan baik.

Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini terlalu banyak spekulasi dan konspirasi yang diketengahkan menyalahkan Noh sebagai penyebab kepada kegagalan Selangor menang dalam pilihanraya yang akan datang.

Beberapa blog sedang berperang dengan beberapa blog dengan idea dan pendapat masing-masing tetapi ia tetap menjurus kepada menyalahkan Noh dengan Majoriti.

Pada PRU yang lepas PM sendiri menjadi Pengurusi Perhubungan manakala Ir. Zin sebagai koordinator BN Selangor berhempas pulas dengan berbagai strategi untuk menang tetapi keputusannya Selangor terlepas ke tangan pembangkang.

Saya bukan menyalahkan kepimpinan lalu, jauh sekali mahu menidakkan usaha yang dibuat pemimpin tersebut tetapi kegagalan tersebut berpunca dari rakyat yang melihat Umno Bn sudah tidak releven bagi mereka.

Umno dan parti komponen (dengan izin) sibuk dengan projek membiarkan rakyat terkapai tanpa hala tuju hingga mereka merasakan Umno Bn ini kurang lebih sama saja dengan Persatuan Kontraktor yang fokus membincangkan projek dan wang.

Saya bersetuju dengan beberapa blog yang dilebel sebagai blog pemantau Noh, adakah dengan tumbangkan Noh maka Selangor ini akan menang dengan jayanya?

Saya juga mengakui dan setuju dengan pandangan beberapa blog lain yang mahu muka baru diketangahkan untuk memberi nafas baru kepada Umno Selangor tetapi adakah mereka benar muka baru atau recycle?

Kalau mahu muka baru maka letakkan saja muka baru dan serentak dengan barisan yang baru atau rombakan penuh (dengan izin).

PRU 13 BN hanya menang 5 Parlimen dan 12 DUN, PRU 14 nanti berapa agaknya?...

Spekulasi Tukar Noh Sebab Perpecahan UMNO Selangor


Dari kenyataan Noh Omar yang di siarkan di dalam akhbar tempatan semalam yang akan menemui Presiden Parti didalam waktu terdekat ini bagi mendengar nasihat untuk menentukan hala tuju dan masa depan UMNO Selangor.
Postmetro.net memetik Kknyataan itu telah disalah ertikan hingga membawa kepada spekulasi rombakan penuh UMNO Selangor yang akan digantikan oleh beberapa pemimpin yang 'ditembak-tembak' saja namanya.
Tindakan seperti ini hanya akan menyebabkan perpecahan yang lebih besar dalam pentadbiran UMNO Negeri dan tidak membawa keuntungan untuk ahlinya juga.
Mereka ini sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian untuk merampas kembali selangor dengan perancangan dan tindakan yang betul dan tersusun.
Melaga-lagakan pemimpin-pemimpin ini hanya akan menguntungkan musuh terutamanya musuh dalam parti.
Selesaikan dulu masalah mengikut potfolio yang telah diberi dan laksanakan tugas dengan penuh amanah dan telus.
Noh Omar telah mengusahakan segalanya untuk mentadabir UMNO Selangor dengan baik tetapi dari kalangan orang dalam sendiri yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka dapat telah menyebabkan perpecahan ini semakin parah.
Tukarlah sepuluh pemimpin pun kalau ketua-ketua diperingkat Bahagian dan Cawangan tidak fokus kepada pemulihan UMNO maka ianya akan berulang dan terus berulang.

Aku bukanmahu menyalahkan sesiapa tetapi pandangan aku begitu.

Kalau UMNO Selangor ini hancur baru puas hati agaknya.

Azmin Ali Punca Rakyat Selangor Mati

"... Isu denggi, walaupun ada kesannya kepada masyarakat, tetapi ia bukan tanggungjawab kerajaan negeri sepenuhnya.

Selain soal kesihatan merupakan tanggungjawab kerajaan pusat, apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri hanyalah memastikan kebersihan persekitaran untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak.

Meskipun demikian, tugas kerajaan negeri juga terhad. Dalam banyak kes, denggi juga merebak kerana kecuaian penduduk sendiri mengenai kebersihan dengan membiarkan air bertakung dalam bekas pasu, tayar buruk, tin dan sebagainya." - Selangorkini


Lidah rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Surat Khabar Online Menteri Besar Selangor menyalahkan penduduk kerana membiarkan air bertakung hingga menyebabkan kematian.

Sepanjang masa berlalu dalam Azmin dan barisan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor menyaksikan mereka asyik sibuk dengan bergaduh dan merampas kuasa. 

Azmin dan pimpinan Pakatan Rakyat menghabiskan terlalu banyak masa merangka "Langkah Kajang" untuk menjatuhkan kepimpinan Khalid Ibrahim yang mereka lantik sebelum ini tetapi tidak mampu merangka pelan khusus untuk menangani Wabak Denggi sepanjang mereka mereka memerintah Selangor selepas merampasnya dari kerajaan BN.

Kerajaan Azmin sebaliknya membidas Noh Omar kerana memperbesarkan perkara ini yang dianggap remeh dan tidak sensasi seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa rekaan mereka. Sensasinya cerita tersebut hingga  Khalid Ibrahim tumbang tanpa mereka membuktikan salahlakunya.

Hari ini mereka mangatakan "Wabak Denggi" ini tidak penting. Ibu bapa yang anaknya mati kerana wabak ini dinafikan hak kerana yang membunuh anak mereka itu sebenarnya adalah mereka sendiri.


Lihat statistik terkini kes denggi seluruh negara dan lihat pula Negeri Selangor yang berada di tempat pertama dengan jumlah kes harian sebanyak 208 kes dan terkumpul sebanyak 43,460 kes.

Tidak ada satu negeri pun yang mencapai jumlah 3 angka kes harian selain selangor dan adakah ini salah kerajaan pusat?


Lihat Kawasan Hotspot Wabak yang merupakan lokasi yang telah berlaku wabak berpanjangan melebihi 14 hari dan dimanakah lokasinya?

Apa peranan Majlis daerah dan Majlis Bandaran yang ada dalam Selangor?

Sampah sarap, longkang tersumbat projek terbengkalai, persekitaran yang tidak diselenggara dan berbagai lagi tugas yang sepatutnya dibuat oleh Kerajaan Negeri tetapi yang salah adalah kerajaan pusat.

Noh Omar membawa masalah ini ke depan kerana ianya berada di tahap yang sungguh membinmbangkan. Negeri yang kaya, moden tercemar imejnya hanya kerana kegagalan kerajaan negerinya mengurangkan masalah denggi.

Hari ini pakatan Rakyat terus bergolak dan Azmin pula terpaksa berlakon siang dan malam untuk memenangi hati ahli parti tetapi yang berada dalam bahaya dan nyawa bakal melayang adalah Rakyat Selangor yang tidak berdosa.

Rujuk : Selangorkini




yang bermasalah bukanlah Kerajaan atau parti tetapi yang bermasalah adalah rakyat itu sendiri..' - Ku nan


Saya tertarik dengan kenyataan Ku Nan, SUA UMNO ketika bertemu beliau kelmarin berkata;

'....yang bermasalah bukanlah Kerajaan atau parti tetapi yang bermasalah adalah rakyat itu sendiri..'

Jangan melenting dengan kenyataan itu kerana aku hanya mengambilnya separuh dan aku akan ulas apa yang dikatakan oleh beliau itu ada benarnya..

Ku Nan bersetuju bahwa rakyat hari ini amat terbeban dengan masalah kewangan yang sungguh serius, malah beliau juga menyatakan jika paras kemiskinan itu dikira dari gaji bawah RM 1500 adalah salah sebaliknya beliau merujuk kepada kemiskinan bandar ianya patut dinilai dari gaji RM 3500 kebawah.

Orang Kerja Kerajaan yang tidak menyokong kerajaan pula Ku Nan menegaskan kesalahan itu tidak harus diletakkan kepada mereka bulat-bulat tetapi kita dipihak kerajaan harus mengkaji dan menyelami hati dan perasaan mereka mengapa mereka sanggup menentang majikan yang membayar gaji mereka.

Di DBKL contohnya kata Ku Nan, Pekerja yang memberikan borang memiliki rumah kepada rakyat, mereka sendiri sebenarnya tidak memiliki rumah. Mereka yang rata-ratanya hanya menerima gaji dibawah RM 1500 tinggal nun jauh dipinggir bandar seperti Balakong, Sungai Buluh, Sepang... dan ini amat jauh dari tempat kerja mereka dan melibatkan kos bahan api, petrol yang tinggi untuk mereka sampai ke tempat kerja.

Sebahagian dari cerita itu sebenarnya menunjukkan Pemimpin dan Kerajaan amat faham dengan masalah yang meninpa rakyat dan mereka telah sedaya upaya menyelesaikannya dengan pelbagai cara.

Dengan sebab itu beberapa langkah yang tidak popular telah diambil kerajaan seperti Penarikan Balik Subsidi Minyak dan Pelaksanaan Cukai GST  yang sebanarnya bertujuan untuk mengembalikan kesenangan rakyat pada masa hadapan.

Namun seperti perenggan permulaan tadi, permasalahan ini sebenarnya masalah rakyat yang terikut-ikut budaya luar yang kononnya berteraskan reformasi hinga menggelarkan diri Rakyat Hakim Negara.

Budaya itu yang kini merosakkan perpaduan dan keamanan negara, rakyat dihasut kononnya mereka ditindas dan dizalimi hingga mengheret mereka ke jalanan menuntut hak mereka dikembalikan.

Persoalannya, beberapa negeri yang telah mereka rampas apa sudah jadi?..

Sepatutnya rakyat di negeri tersebut sudah jadi kaya raya dan puas bermewah-mewahan tetapi hingga kini mengapa masih menyalahkan kerajaan?

Sebagai kesimpulan, Nafsu tidak akan pernah puas dan tanpa usaha rezeki tidak akan datang bergolek. Rakyat harus faham dan beri peluang untuk kerajaan melunaskan apa yang telah dijanjikan tetapi dalam masa yang sama rakyat harus bersabar untuk kerajaan mengusahakan dan mengembalikan kestabilan ekonomi negara.

#Marah nyamuk bakar kelambu, nyamuk tak mati nak bakar rumah pula....

MUZIUM KUALA SELANGOR TERBAKAR

"KUALA SELANGOR: Muzium permainan tradisional rakyat di Bukit Malawati, di sini terbakar, 8 pagi tadi dipercayai akibat litar pintas di suis utama bangunan berkenaan.

Api bagaimanapun berjaya dikawal sejam kemudian dan kerosakan hanya membabitkan 50 peratus bumbung bangunan dan barangan kecil sahaja."




Di atas tadi adalah laporan berita daripada Portal Berita Harian bertarikh 15 Jun 2011 mengenai kebarakan yang berlaku di bagunan muzium tersebut. [KLIK SINI]

Hingga hari ini sudah lebih 3 tahun 5 bulan kejadian tersebut berlaku namun usaha untuk membaikpulih bangunan tersebut masih gagal dilaksanakan.

Menurut salah seorang pegawai muzium yang aku temui berkata, lebih 100 ribu pengunjung setahun dicatatkan mengunjungi Muzium Sejarah Kuala Selangor dan jumlah itu juga pasti mengunjungi Muzium Permainan Tradisional Rakyat di atas Bukit Melawati jika ia boleh beroperasi.

Kegagalan membaikpulih muzium tersebut dilihat sebagai satu kelemahan besar Kerajaan Negeri Selangor dan kerana itu Kuala Selangor khasnya dan Negeri Selangor telah mengalami kerugian yang maha besar dari sudut impka pelancongan.

Pengunjung yang datang dari luar negara hanya dapat melihat bangunan yang pagarnya berkunci tanpa dapat membawa balik cerita dan pengetahuan tentang permainan tradisional Orang Malaysia akibat daripada kebodohan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor ketika ini.

Akibat daripada itu, Kuala Selangor yang dulunya terkenal dengan "Lotong" dan "Bukit Melawati" sudah taiada lagi.

Sebaliknya Kuala Selangor kini lebih pula dikenali dengan "Cendol Bakar" dan Karipap Gergasi atau King Kong" yang dipoluparkan oleh peniaga tepi jalan di Kuala Selangor.

Bayangkan kalau tiada peniaga tersebut, adakah orang boleh sebut KUALA SELANGOR?

Jadi tukarkan saja nama "KUALA SELANGOR INDAH DAN BERSEJARAH" kepada "KUALA SELANGOR CENDOL BAKAR DAN KARIPAP GERGASI KING KONG".

Berikut saya sertakan petikan kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Facebook mereka sejurus selepas kejadian kebakaran tersebut:

"Muzium Permainan Tradisional Rakyat di Bukit Malawati di sini, rosak setelah terbakar yang dipercayai berpunca akibat litar pintas pada suis utama bangunan itu hari ini.

Kebakaran bermula pukul 8 pagi itu mengakibatkan kerosakan hampir 70 peratus bumbung bangunan namun semua artifak dan kelengkapan berjaya diselamatkan hasil kepantasan kakitangan muzium memadamkan api menggunakan alat pemadam.

Ketua Muzium Kuala Selangor, Rizal Mohd. Janah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu daripada kakitangan muzium pada pukul 8 pagi.

"Seperti hari biasa kakitangan kami akan menyalakan lampu bangunan dan menjalankan kerja pembersihan sebelum muzium dibuka kepada pelawat pada pukul 8.30 pagi.

"Seorang kakitangan tiba-tiba terlihat asap di bahagian suis utama dan terus menghubungi pihak bomba sambil berusaha memadam api menggunakan alat pemadam di bangunan itu," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, api bagaimanapun terus marak hingga mencecah bahagian bumbung kerana bangunan itu diperbuat daripada kayu.

Penolong Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Sabri Shamsudeen berkata, seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Bestari Jaya dan Tanjong Karang bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8 pagi dan api berjaya dikawal setengah jam selepas itu.

"Masalah pili bomba yang jauh dari lokasi kejadian menyebabkan kerja memadam api sukar tetapi pihak bomba bertindak pantas memadamkan kebakaran dengan kekuatan tiga jentera bomba," katanya..."

bersambung.......