2 ADUN PAS Belot Sokong Wan Azizah Dapat RM 2 Juta Seorang???


Isu MB Selangor semakin menarik ekoran sokongan penuh daripada Adun PKR dan DAP kepada Wan Azizah untuk diangkat menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid, pelbagai drama pula sedang diatur untuk menjayakan rancangan mereka.

Cerita terbaru yang aku dengar ialah 2 ADUN PAS yang tiba-tiba beralih arah mengikari arahan dari pimpinan Parti PAS supaya semua ADUNnya menyokong Kepimpinan TS Khalid Ibrahim.

Apa sudah jadi?

Menurut maklumat Anwar dikatakan sudah memberi wang saguhati berjumlah 2 JUTA ringgit Malaysia setiap seorang kepada 2 Adun PAS untuk menongkah arus membelakangi keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat.

Benar atau tidak?

Jika benar, maka bertambah seksalah Ibrahim Libya dan angkatan perangnya yang kononnya mati syahid memeprjuangkan agama yang dibawa PAS.

Mereka sanggup mati untuk perjuangkan Agama PAS tapi hari ini Kepimpinan Parti itu pula dengan mudah dibeli dengan wang ringgit. dulu mereka jual kalimah Allah dan kali ini mereka jual diri pula....

Itulah nilai seorang Adun Pas yang sanggup melihat negeri kucar-kacir hanya kerana digelapkan oleh wang yang 'sedikit'.


latarbelakang Hasnol, ADUN Morib ini dulunya ahli PKR tapi bertanding atas tiket PAS, jadi memang tidak mustahil jika Hasnol sokong Wan Azizah, ikut arahan Anwar yang bagi peluang dia bertanding PRU13 lepas.

Selidik punya selidik, rupanya si Hasnol, Adun Morib ni dulunya ahli PKR tapi bertanding di Morib atas tiket PAS. Jadi tak mustahil lah kalau Hasnol sokong Wan Azizah, ikut arahan Anwar yang bagi peluang dia bertanding PRU13 lepas.

Si Hasnol juga dikatakan cenderung kepada gerakan Pas moden yang dipelopori oleh Mat Sabu.

Tak hairan kalau dia flip flop dan sanggup mengingkari arahan PAS. Memang dia tak berbaiah.

Saari Sungip, Adun Hulu Kelang pulak memang terang-terang mengugut PAS yang dia tak akan U-Turn atas keputusannya sokong Azizah dan sanggup dipecat daripada parti.

Gila PAS ni!!!

Benar atau tidak kita tunggu statement dari mereka...

#MohonPencerahan

No comments: