Bukan nama bangsa pada borang jadi penentu survival dan kejayaan kaum Melayu #Muhasabahdiri #1Malaysia @azwanbro @khairykj

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu Belaun yang menyatakan Kabinet bersetuju untuk menggugurkan ruangan identiti kaum seperti di dalam semua borang jabatan kerajaan telah mendatangkan kemarahan banyak pihak terutamanya dari Orang Melayu.

Belum sempat reda kemarahan itu maka timbullah pula kenyataan yang lebih mendatangkan kemarahan iatu dari Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun  sendiri. 
Bukan nama bangsa pada borang jadi penentu survival dan kejayaan kaum Melayu #Muhasabahdiri #1Malaysia 

Kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun

Itulah kenyataan dalam Twitter beliau yang seolah-oleh merendahkan mertabat kaum Melayu..

Memang benar kita akui ruangan bangsa itu bukan penentu tetapi sebagai Anak Melayu, bangsa Melayu kita telah menerima banyak manfaat daripada ruangan bangsa di dalam borang tersebut. Malah dalam Perlembagaan Persekutuan

Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Tanah untuk Orang Melayu, Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

Jawatan dalam Kerajaan, Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa, Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.
Bantuan Ekonomi, Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dengan semua keistimewaan itu berbaloikah kita menghilangkan ruangan bangsa atau kaum dalam borang tersebut? Kita bukan "Rasist" tetapi ini adalah hak kita!!

Merujuk kembali kepada kenyataan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun, saya mengambilnya dari sudut positif dimana apa yang diungkapkannya itu jika diamati ada juga maknanya yang penting buat Bangsa Melayu Sendiri.

"Survival Bangsa & Kejayaan"hanya boleh dicapai dengan usaha yang gigih dan tabah. Mengisi borang dengan meletakkan nama "Melayu" saja di situ tidak cukup untuk memberikan apa yang kita mahu apatah lagi kejayaan.

Bangsa Melayu harus berusaha lebih gigih untuk menyaingi bangsa lain yang kian jauh meninggalkan kita.

Berkenaan dengan keputusan samada untuk meletakkan atau membuang ruangan itu biarlah kita serahkan kepada kebinet untuk memutuskan tetapi bagi pihak kita yang berbangsa Melayu bangkitlah dari tidur dan kita usahakan sesuatu untuk mengembalikan kegemilangan bangsa. Kita rapatkan 'saf' kita jauhkan perbezaan da kita elakkan pertelingkahan kerana ianya tidak memberi searang makna...