Ya Allah... Benarkah Tuduhan DrMaza ke atas Ustaz Fathul Bari ni?... Berat Dosanya Kalau Ianya Tak Benar!!!

Baru-baru ini kecoh puak pembangkang apabila Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DrMaza) mengkritik Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya yang kononnya memberikan kenyataan seperti berikut;


"Dalam Islam memang kita perlu ada bukti untuk buat pertuduhan. Tapi dalam perang psikologi dengan pihak pembangkang kita boleh tipu" - Fathul Bari, Ulama Muda UMNO, Forum Media, 3 Julai 2012.

Apa yang aku nak ketengahkan disini bukanlah berkenaan hukum dan hadis tetapi persoalannya adakah DrMaza memeriksa dahulu bahan yang hendak diposkan di twitter atau tidak?.






Jika merujuk pada gambar yang dipapar dan dimainkan oleh pihak pembangkang, Forum yang dimaksudkan adalah Forum yang berlangsung di Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang berlangsung pada 14 Julai 2012 bertempat di Tingkat 8, Grand Ballroom, Hotel Regency, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.
Banner Promosi Program


Video Promosi Program dan lihat tarikh diupload iaitu 8 Julai 2012
Tetapi apa yang di tampal di gambar yang digunakan oleh DrMaza di dalam 'posting' twitternya bertarik pada 3 Julai 2013.

Bagi menjelaskan keadaan sebenar mari saksikan video penuh ucapan Ustaz Fathul Bari dalam forum tersebut;

dan bagi menjelaskan fitnah yang dilemparkan, ustaz Fathul Bari menjawab walaupun ia bukan melibatkan kenyataan beliau;


Jadi apa yang perlu dibincangkan disini ialah bagaimana boleh kita percaya kenyataan DrMaza dalam twitter sedangkan sumber yang dirujuknya salah sama sekali.
Jika tarik program itu sudah salah, adakah kita boleh percaya isi kandungan kenyataan yang dikerat-kerat itu?
Aku tidak mahu menilai DrMaza kerana beliau sememangnya orang yang sangat  berilmu tetapi aku cuma musykil mengapa orang yang berilmu tidak mampu memeriksa kesahihan bahan yang dibawa sebelum disebarkan.

1 comment:

Xpas said...

Yg berilmu pun tidak semestinya benar sentiasa, dan tidak semestinya tidak melakukan kesalahan. Org beriman bila salah, mengaku salah, bertaubat dan memperbaiki kesalahan, bukan menafikan dan mengabaikannya.