[KHAS] Korban Tragedi Simunul Diberi Penghormatan Oleh Anak-Anak Muda #JelajahAnkMsiaSabah

 

Inanam - Konvoi Jelajah Anak Malaysia Di Bawah Bayu 2.0 hari ini merasa amat bertuah kerana diberi penghormatan untuk menganjurkan Majlis Kenduri Doa Selamat, Tahlil dan Bacaan Yasin untuk Allayarham Sarjan Mejar Baharin Hamit yang terkorban dalam tragedi serangan di Kampung Srijaya, Simunul.

Dalam kejadian itu 5 lagi rakan beliau turut terkorban iaitu Superitenden Ibrahim Lebar, ASP Michael Padel, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Majlis tersebut diadakan di rumah kakak kandung balu Allahyarham, Sumiati Suarah  di kampung Darau Lama, Inanam di dalam daerah Sepanggar, Sabah.


Program yang dianjurkan oleh Jelajah Anak Malaysia Di Bawah Bayu 2.0  in bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan pejuang-pejuang negara yang sanggup mengorbankan nayawa demi keamanan dan kesejahteraan negara.

Disamping itu ia juga memberi pengajaran kepada anak-anak muda tentang betapa pentingnya menjaga keamanan negara seiring dengan mesej yang dibawa oleh Saudara Mohd Shahar Abdullah, Presiden Gabungan Generasi Muda (G2M) yang bertanggungjawab dalam mengatur dan menjayakan program jelajah ini.


Beliau sering mengingatkan perserta dan penduduk kampung yang dilawati tentang kepentingan menjaga keamanan dan ketenteraman negera.

Negara ini telah dibina dengan penuh kesusah payahan oleh datuk dan nenek moyang kita dan sebagai balasan kita juga harus menjaga negara ini dengan lebih baik supaya ianya dapat diwariskan kepada anak cucu kita pada masa depan dan seterusnya.

Takziah buat keluarga pejuang-pejuang yang telah gugur di medan pertempuran demi menjaga maruah negara dan memastikan negara ini terus kekal aman dan tenteram.

No comments: