#JelajahAnkMsiaSabah Berakhir Di Kota Kinabalu


Jelajah Anak Malaysia Di Bawah Bayu 2.0 hari ini menutup tirai Siri Jelajah Anak Malaysia dengan Majlis Makan Malam dan Penutupan program tersebut yang berlangsung di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah.

Dalam majlis yang meriah itu turut tidak dilupakan bekas-bekas peserta yang pernah bersama dalam Jelajah Aman Kampus tahun lalu untuk turut bersama memeriahkan majlis tersebut.


Acara penutupan Siri Jelajah Anak Malaysia Di Bawah Bayu 2.0 itu telah dirasmikan oleh Datin Maizatul Akmam Hj. Alawi merangkap Setiausaha kepada YAB Ketua Menteri Sabah.

Dengan rasminya majilis penutupan itu maka berakhirlah sudah Siri Jelajah Anak Malaysia yang bermula sejak awal bulan Januari di Semenanjung Malaysia, di Sarawak pada bulan Februari dan berakhir di Sabah pada bulan ini.




Terlihat wajah wajah sedih dikalangan peserta dan urusetia yang telah bersama selama hampir 14 hari, mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis, tawa riang, suka dan duka namun semua itu kini bakal tinggal kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Tahniah kepada barisan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini dan tahniah juga kepada semua peserta kerana berjaya mengharungi jelajah ini hingga keakhirnya.

Semoga apa yang dilakukan ini akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT  dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya. 

No comments: