RM 100 Jadikan PAS Kecut Telor!


Pemberian wang sebanyak RM100 kepada para pelajar di seluruh negara sejak minggu telah berjaya diedarkan seperti yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 yang lalu.

Kejayaan kerajaan itu telah membuatkan PAS ter-kecut telor apabila menyifatkan pemberian wang tersebut sebagai umpan murahan Umno BN kepada rakyat bagi mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, pemberian wang RM100 itu sebenarnya tidak mempunyai sebarang erti kepada rakyat jika dihitung dengan keadaan sekarang.

Itu kata Orang PAS Nyanyok, tapi ini pula kata segelintir rakyat Malaysia yang berterima kasih atas bantuan tersebut. Petikan ini aku ambil dari ..Klik Sini.. dengan butiran di bawah..

Wang bantuan RM100
Salam sejahtera semua..

banyak sekolah menyampaikan bantuan persekolahan 2012 pada hari ini... dan esok.
kepada yang anak ramai, dan pastinya susah.. bantuan ini memberi erti yang sangat bermakna buat mereka sebagai persediaan anak-anak ke sekolah tahun hadapan..

mungkin kepada yang "berada", apalah sangat bantuan RM100 itu..
namun begitu bagi kami sekeluarga.. tetap bersyukur dan akan digunakan sepenuhnya untuk anak-anak. Terima kasih kepada kerajaan...

Tersentuh hati bila membaca sebuah akhbar menceritakan perihal seorang anak yang memberikan separuh daripada wang tersebut kepada rakannya kerana dia tahu ayah rakannya itu hanya bekerja sebagai pengutip sampah...

Terima kasih juga kepada semua guru yang terlibat sama mengedarkan wang tersebut kepada ibubapa. Ibubapa janganlah marah kalau terpaksa menunggu lama dan beratur panjang.. sabar ... jangan risau.. semua dapat..


No comments: