Ads Top

Dewan Pemuda PAS Malaysia Rayu Muhyiddin Yassin Selesaikan Masalah Air Kelantan



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberikan jaminan untuk membekalkan air bersih kepada rakyat di negeri Kelantan jika diberi mandat dalam PRU ke-13 sebagai hanya kenyataan politik berbaur ugutan kepada rakyat Kelantan.

Tambahnya, Muhyiddin mungkin telah melupai bahawa jawatan beliau selaku Timbalan Perdana Menteri adalah amanah rakyat yang perlu ditunaikan.

“Sebagai pemimpin negara, beliau bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah dan keperluan rakyat tanpa mengira di mana mereka berada.

“Seluruh rakyat di negara ini, sama ada Kelantan atau lain-lain lagi tertakluk di bawah pemerintahan beliau dan beliau wajib menunaikan amanah ini tanpa mengira latar belakang mereka,” ujarnya lagi.

“Sebaiknya, masalah air di Kelantan boleh diselesaikan segera kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri di Malaysia, dan Kelantan adalah salah satu negeri di bawah pentadbiran negara ini,” katanya.

* Tak Payah nak tuduh TPM angkuh, kata saja yang Kelantan memang tak mampu nak selesaikan masalah air yang dah bepuluh tahun tak selesai-selesai dan minta TPM atau lebih jelas kerajaan Pusat bantu Kelantan kerana masalah ni dah tenat.. hahaha..*

psttt! .. tau pulak ko mintak tolong ngan kerajaan BN yee.

1 comment:

servant of Allah said...

faham tak konsep Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman..? kalau awak faham, tentu awak akn faham akan jugak tentang pembahagian bidang kuasa di negara ini. Setelah itu, awak jugak takkan komen dgn ayat seperti di bawah:
"
* Tak Payah nak tuduh TPM angkuh, kata saja yang Kelantan memang tak mampu nak selesaikan masalah air yang dah bepuluh tahun tak selesai-selesai dan minta TPM atau lebih jelas kerajaan Pusat bantu Kelantan kerana masalah ni dah tenat.. hahaha..*

psttt! .. tau pulak ko mintak tolong ngan kerajaan BN yee."

cakap biar berlapik, bicara biar berfakta. jgn main terjah semberono.

Powered by Blogger.