Tertarik dengan pandagan sdr Zul dalam corong radio pagi ini. Katanya, apa yang berlaku di rumah anak yatim itu satu hikmah dari Allah S.W.T.
Sebelum ini ramai yang lupa tentang anak yatim, mereka hingga kini berada dimana-mana stesen minyak, restoran, bank dan merata lagi bagi mengutip derma.
Mereka kutip derma ini untuk siapa? bukankah mereka ada penjaga? dan persoalannya "Siapa yang jaga Siapa"?.
Kejadian yang menyayat hati ini sebenarnya telah membawa ramai orang dekat kepada anak yatim ini tanpa disedari.
Hingga hari ni masih ramai lagi yang datang melihat teempat kejadian dan tak kurang ramai juga yang memberikan pelbagai komen menunjukkan simpati mereka terhadap golongan ini.
Oleh itu, sebelum terlambat marilah kita sama-sama kembali menganbil peranan dengan cara masing-masing membantu anak-anak yatim ini dan jangan biarkan mereka terus menderita setelah kehilangan orang yang mereka sayangi.
No comments:
Post a Comment