Kecik-kecik taknak sekolah ! dah besar nyusahkan orang!


Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR merangkap Timbalan Pengerusi PKR Selangor menyatakan, dia sanggup berhadapan dengan UMNO di mahkamah, apabila UMNO Hulu Selangor memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap Zuraidah dan PKR. Zuraidah sebelum ini dalam satu ‘pembongkaran’ mendedahkan bahawa UMNO Hulu Selangor cuba mendapatkan status penduduk tetap yang kemudian ditukar kepada permohonan kerakyatan penuh kepada 2000 orang pendatang asing bagi membolehkan UMNO menang di Selangor pada PRU13 nanti.
Ketua Wanita PKR yang diketahui sangat gemar menjilat Anwar Ibrahim itu, kelam-kabut apabila diberitahu bahawa Penduduk Tetap tidak ada hak untuk mengundi. Lebih menggigil apabila surat berkenaan tiada cop terima daripada pejabat Kementerian Dalam Negeri. Malah tandatangan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Mohammad Idris Abu Bakar, tidak sama dengan tandatangan asli. Ejaan nama Mohammad Idris Abu Bakar juga telah tersalah taip.
Namun sebagaimana yang dijangka, PKR sentiasa mendakwa mereka mempunyai bukti-bukti kukuh. Taktik sama yang digunakan oleh Ketua Umum mereka, Anwar Ibrahim, yang seringkali mendakwa mempunyai pelbagai bukti penting untuk setiap perkara yang didakwanya tetapi sehingga kini, tidak ada satu bukti pun yang dipaparkan, sungguhpun dalam tempoh 13 tahun, terlalu banyak dakwaan dibuat di pentas-pentas ceramah.
Zuraidah juga seperti itu. Sebelum ini dia mendakwa UMNO hendak merampas Selangor seperti mana ‘UMNO merampas Perak’. Katanya, dia ada bukti, tetapi sehingga sekarang, bukti yang didakwa belum lagi dipamerkan. Bukan itu sahaja, dia sebaliknya berpusing pula dengan surat yang boleh ditaip, direkabentuk dan dicetak di bilik tidur dengan mendakwa itulah bukti pentingnya.
Paling menarik ialah apabila Zuraidah berkata pendatang asing yang terbabit, enggan tampil memberi keterangan sungguhpun mendakwa pendatang-pendatang asing tersebut datang kepadanya. Dengan kata lain, Zuraidah sebenarnya mengakui, dia tidak ada bukti melainkan rekaan cerita karut, dongeng dan penuh dengan mitos untuk menyelamatkan Ketua Umumnya yang sedang mengalami tekanan perasaan yang sangat teruk apabila kejahatan kemaluannya didedahkan kepada umum.

No comments: