Bertuah sungguh kita rakyat Malaysia sebab tidak lama lagi Agama Persekutuan akan ditukar dari Agama Islam ke Agama Kristian. Maka tercapailah hasrat puak-puak Jahanam Rakyat dalam perjuangannya. Nak tau lanjut lagi baca kat bawah atau Klik Sini...
TUMPAT 7 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini membuat laporan polis di seluruh negara berhubung laporan berita yang mendakwa wujudnya agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga petang ini sudah 10 laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat segera laporan itu yang dianggap serius.
"Ini soal sensitiviti dan ia sangat serius dan sebab itu Perkasa membuat laporan polis ini untuk menyiasat segera perkara ini agar tidak berlarutan.
"Jika benar seperti yang dilaporkan, Perkasa begitu kecewa dan khuatir kerana ia membabitkan soal agama yang sangat sensitif,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut itu.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa sebagai penganjur kepada pertemuan paderi dari seluruh negara bagaimanapun menafikan pembabitan beliau, dan menyatakan hanya menghadiri satu majlis kesyukuran diadakan secara tertutup sebagai tetamu.
Di Balai Polis Kota Baharu, laporan polis dibuat Timbalan Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Muhammad pada pukul 2.30 petang.
Beliau berkata laporan itu meminta polis membuat siasatan kerana jika benar, agenda itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara.
"Perkasa Kelantan memandang serius perkara ini kerana ia telah dipersetujui oleh semua kaum bahawa Islam adalah agama rasmi. Ia tidak harus dibincangkan oleh mana-mana pihak dalam hal ini,” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment