Kekuatan Islam Perlu Dipertahankan, PAS Sasar Tawan Empat Negeri
ALOR SETAR - Pas perlu mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan Kelantan selain kembali memerintah Terengganu dan Kedah, termasuk menerajui Selangor serta memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar beroleh majoriti 112 kerusi namun Pas berasa bertanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah negara ini.
“Jika kita berjaya, baharulah Umno tidak angkuh atau sombong seperti dahulu, selain membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara,” katanya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, kelmarin.
Menurutnya, ketika itu Pas menjalin tahaluf siyasi bersama pembangkang hampir menumbangkan BN apabila memenangi 89 kerusi parlimen. Pas 21 kerusi, PKR (30) dan DAP (38).
Katanya, wujud keadaan tidak seimbang dalam kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan Pas melakukan muraja’ah semula terhadap tahaluf siyasi.
“Mungkin ada yang tidak menyedari kedudukan 89 kerusi pembangkang itu. Ini perlu difahami, daripada 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan untuk lakukan undi tidak percaya untuk ubah kerajaan,” katanya.
Menurutnya, dengan menambah 30 kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan sekali gus membentuk kerajaan baharu dengan kedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.
“Pas bukan bersikap perkauman namun realiti di negara ini yang harus kita akur, Islam merangkumi 65 peratus, Cina (25 peratus) dan India serta lain-lain (10 peratus), ia Siyasah Syar’iyyah yang perlu difahami,” katanya.
Abdul Hadi berkata, adakah wajar bagi kerajaan diperintah oleh Islam dengan 39 kerusi, di mana kerusi bukan Islam memiliki jumlah yang lebih besar?
“Ini tidak tepat, asas bangunan apa yang kita mahu letak di atasnya? Mereka yang tidak faham itu menubuhkan Amanah, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukannya tanpa mempedulikan Islam,” katanya.
Abdul Hadi berkata, Mahathir pernah melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya semata-mata mahu menyingkirkan Pas, apabila menjadikan jumlah pengundi mencecah 120,000 dalam satu parlimen di Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding di Johor sekitar 20,000 sahaja.
Mengenai pindaan Akta 355, Abdul Hadi berkata, pindaan pindaan adalah untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Katanya, isu melibatkan kepentingan umat Islam perlu diberikan lebih masa untuk difahami semua pihak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Please share to all Malaysian MCA Members,
Some MCA leaders such as YIP KUM FOOK (lawyer, MCA Gombak) and Yip Jiun Hann (MCA Gombak youth) are immoral and their names are very bad in Selangor. Especially in Kepong, Selayang, Rawang and other places, such as eating money SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, damaging other people's families …… ..behaving so badly.
They are trying to tell us to support Donald lim Siang Chai, if this group wins in the MCA party, I am sure the MCA party will sink forever in Malaysia
Don't fall into the trap, support Dr. Wee Ka Siong
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
Saudara dan saudari yang mencintai Dharma
Biar saya ceritakan sejarah tentang SAMNAK SAMBODHI, TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR. Kali terakhir kami menjadi ahli kuil tetapi kini kami berjauhan kerana kini Ahli Jawatankuasa amat berbangga dengan aktiviti dan tugas kuil.
Sebaliknya, presiden kuil sekarang ialah YIP KUM FOOK dan anaknya YIP JIUN HANN. Anaknya selalu berkata kepada para penganut: KUIL INI ADALAH KUIL BAPA SAYA. Atau ayah saya punnya harta …kami semua diam, kerana Kami tahu kuil ini dari mana asalnya...
Kini AHLI JAWATANKUASA kuil adalah satu-satunya kumpulan mereka sahaja. Orang lain tidak boleh menyertai sebagai ahli dan menggunakan sami Myanmar hanya untuk perkhidmatan dan berkat. Hanya sami Myanmar sahaja yang sangat fikiran cerdik (Semua sami dari Myanmar berpangkat DR atau PH. D), tetapi penganut di sini sangat keliru kerana penganut Buddha di sini tidak pernah mendengar nama itu (gelaran).
Jika kita faham ajaran Buddha yang mencipta KARMA BURUK. akan menerima apa yang telah dilakukan
oleh Jawatankuasa sebelumnya
Samnak Sambodhi, Desa Jaya, Kepong, KL
Post a Comment