SAYA MENGGULINGKAN PATUNG SADDAM, KINI SAYA MAHU DIA KEMBALI.





Apakah kesan perang Iraq terhadap rakyat Iraq sendiri?

Seorang lelaki yang mendapati dirinya berada di tengah-tengah momen perang paling hebat - kejatuhan patung terkenal Saddam Hussein di pusat Baghdad - ialah Kadhim Sharif Hassan Al-Jabbouri.


Bercakap kepada BBC, dia berkata dia menyesal membantu menundukkan patung itu dan sebolehnya dia mahu Saddam kembali.

Saya tidak tahu samada posting saya ini akan dianggap sebagai menghasut atau percubaan untuk mencetuskan suasana tegang tetapi secara realitinya saya mahu mengaitkan dan mendidik sebilangan rakyat hari ini yang dilihat melampau dalam meraikan kemenangan PRU ke-14 baru-baru ini.

Saya lihat beberapa video dan gambar yang menunjukkan kebencian melampau seperti video di satu sekolah ketika menurunkan gambar Mantan Perdana Menteri Najib Razak dengan melemparkannya dan disambut sorakan oleh pelajar sekolah.

Keadaan itu dilihat sebagai suka-suka dan lawak untuk menghina mantan pemimpin sampai sedemikian rupa. Budaya ini bukan budaya kita rakyat Malaysia.

Jangan tanam kebencian dan berkelakuan seperti itu, Regim Saddam yang ditumbangkan lama dulu juga seakan begitu. Sampaikan tiada sedikitpun rasa simpati untuk menilai jasa beliau kepada rakyat. Saya tidak menyamakan tetapi jangan sampai nanti jadi begitu.

Juga jangan nanti menyesal seperti Kadhim Sharif Hassan Al-Jabbouri.

Sekadar untuk pendidikan dan ingatan buat semua. Jangan terlalu taksub dengan kejayaan hari ini kerana perjalanannya baru bermula....

Lihatlah video ini dan fikirkanlah. Sudah menang binalah negara.

No comments:

Powered by Blogger.