‘KEUTAMAAN AGENDA REFORMASI, BUKAN JADIKAN ANWAR PM’


Keutamaan kerajaan baru yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah melaksanakan reformasi yang dijanjikan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Apa yang kita mahu ialah kerajaan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan dengan lancar, dapat membawa perubahan yang kami mahukan.

"Terutamanya agenda reformasi, itu yang akan kita utamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Pemulihan Cheras, di ibu negara hari ini.

Selain itu, ketika ditanya lanjut, Wan Azizah yang juga presiden PKR menjelaskan bahawa tidak akan keperluan melantik Anwar menjadi perdana menteri secara “terburu-buru”.

"Oh tidak (Anwar tidak akan jadi perdana menteri secara terburu-buru).

"Semua ini adalah sebahagian daripada apa yang kami rancangkan," katanya.

Dalam temubual bersama Straits Times Singapura, Pengerusi Majlis Penasihat Putrajaya Tun Daim Zainuddin berkata adalah "tidak bijak" untuk tergesa-gesa melantik Anwar yang merupakan ketua umum PKR sebagai perdana menteri.

Beliau berkata peralihan kuasa daripada Dr Mahathir seharusnya berlaku ketika "pertengahan" penggal.

Anwar dijangka dibebaskan daripada penjara esok.

Sebelum ini, Dr Mahathir telah berjanji untuk membenarkan Anwar menggantikannya selepas dua tahun.

1 comment:

Anonymous said...

DAH MULA "U-TURN" Ler tu... - Kata ilmuan itu namanya "MUNAFIQ" kot?