Food Flotilla For Myanmar: bantuan diagih kem kem pelarian


Misi flotila kemanusiaan dari Malaysia semalam mula mengagihkan bekalan makanan di kem pelarian Rohingya Kutupalong selepas Nautical Aliya berlabuh kelmarin.

Di Kem Kutupalong sebanyak 300 pek keluarga dan kit kebersihan diagihkan kepada 300 keluarga pelarian di kem itu dengan dipantau Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Ketua Misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata penyerahan bantuan itu adalah simbolik kepada 2,000 tan bantuan yang disalurkan di Bangladesh.

Katanya, pengagihan sebenar akan mengambil masa satu hingga dua minggu dan membabitkan pemantauan oleh IOM dan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladeah (BRCS).

"Flotila ini bukan hanya mengenai bantuan sahaja tetapi menyedarkan komuniti dunia tentang isu pelarian Rohingya yang dihadapi rantau ini.

"Kita mahu isu ini diselesaikan dalam jangka masa panjang menerusi semangan negara ASEAN dan negara Islam," katanya selepas melawat Kem Kutupalong di Ukhiya kira-kira satu jam setengah dari Cox's Bazar.

Nautical Aliya yang berlayar dengan muatan 2,300 tan bantuan kemanusiaan digerakkan NGO ASEAN dan antarabangsa untuk membantu menyelesaikan isu pelarian Rohingya.

Ia dianjurkan KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan disokong lebih 30 NGO dalam dan luar negara.

No comments:

Powered by Blogger.