@YB Dr Dzulkifli Ahmad Pakar Strategik PAS dan Perempuan Bogel Rumah Urut Kuala Selangor , Apa kaitannya? Mohon Pencerahan!!!

Susah untuk aku percaya apa yang aku lihat dalam gambar itu adalah pelacur yang sarangnya terletak dikampung halamanku sendiri di Kuala Selangor. Video ini yang diambil oleh MKL-Crimedesk-D7SGNews pada 24 Oktober 2012 telah membongkar jenayah atau aktiviti pelacuran yang berlaku di sana.





Sebenarnya itu hanyalah sebahagian daripada aktiviti tesembunyi yang berlaku di Kuala Selangor tetapi aktiviti sebenar yang berlaku didepan mata masih banyak dan tidak diambil peduli terutamanya oleh pemerintah kawasan itu sendiri yang diberi mandat oleh rakyat Kuala Selangor iaitu YB Dr Dzulkifli Ahmad sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor.

YB Dr Dzul pernah memberitahu aku bahawa ini semua bukan tugas atau kerjanya sebagai Ahli Parlimen tetapi aku tetap bertegas mengatakan dia ada hubung kait dan ada kuasa untuk menghalang aktiviti itu dari terus berlaku dan bertambah. Pada tengah tahun lepas sahaja aku berjaya merakamkan 7 buah rumah urut yang baru dibuka disekeliling pejabat Pusat Khidmat Rakyatnya dan sebagai Wakil Rakyat dan Pakar Strategi Parti Paling Islam Dalam Dunia apakah tindakan beliau untuk menangani masalah tersebut.


Beliau mempunyai kuasa tersebut untuk memberi tekanan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bertindak menghentikan pembinaan lebih banyak rumah urut dikawasan itu. Tetapi sehingga kini aku lihat semakin banyak rumah urut yang dibuka dan ianya bertambah setiap masa.

Persoalannya, apakah yang sebenarnya berlaku hingga tiada langsung tindakan dan usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dan disebabkan itulah timbul banyak persepsi yang mengaitkan YB Dr Dzul sendiri dalam konspirasi rumah urut di Kuala Selangor.

Jangan salahkan orang lain dan jangan asyik nak sama bila orang kata YB Dr Dzul dapat habuan daripada hasil perniagaan tersebut? Jika tidak mengapa tidak YB Dr Dzul sebagai Manusia paling Islam dalam Parti Paling Islam Di Dunia menentangnya. Ini adalah maksiat depan mata yang harus di hapuskan jika tidak mahu bala Allah swt melanda.

Jangan katakan bahawa tiada maksiat berlaku dan tiada aktiviti pelacuran berlaku kerana aktiviti yang dimaksudkan hanya akan berlaku selepas kerja urut-mengurut habis dijalankan dan ada juga maklumat mengatakan yang mereka ini boleh dibayar dan dibawa pulang selepas tugas mereka selesai.

Jika begitu, punca maksiat itu berlaku dari rumah urut itu sendiri dimana mereka berkenalan dan mengatur untuk melakukan zina ditempat lain tetapi puncanya adalah di rumah urut tersebut yangmana mungkin salah satunya berada di lingkungan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor sendiri.

YB Dr Dzul jangan asyik nak berdolak dalik hingga sanggup menghalalkan yang haram semata-mata mahu menjaga periuk nasi politik YB Dr Dzul sendiri. Kerana takutkan hilang undi dari kaum Cina dan bukan Islam YB Dr Dzul sanggup menutup mata walaupun maksiat itu berlaku di depan mata dan tahu ianya dosa namun tak mampu berbuat apa apa.

Ayuh YB Dr Dzul buktikan bahawa kamu tidak terlibat dalam sindiket maksiat dan pelacuran ini dan buktikan bahawa kamu tidak menerima sebarang habuan daripada aktiviti tersebut!!!

Mohon pencerahan......




Siri Jelajah Anak Malaysia Akan Bermula, Jom Beri Sokongan Kepada Mereka


Program Jelajah Anak Malaysia yang bertemakan Transformasi Rakyat akan diadakan dari 30 Jan hingga 12 Mac ini bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia.



Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut turut mendapat sokongan daripada 46 NGO yang akan bersama menjayakan jelajah kali ini.

Menurutnya lagi, program itu akan dijalankan dalam tiga bentuk fasa iaitu 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac(Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah. 

Terdapat 11 kategori aktiviti ketika kami menjalani program tetapi program yang utama adalah Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service Centre). 

Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong gerakan anak muda ini dan berilah mereka peluang untuk merasai sendiri pengalaman bersama rakyat akar umni disepanjang perjalanan mereka.

Kita doakan semoga mereka berjaya dan terus berjaya kerana mereka inilah yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang.. Insyaallah...

PAS Kena Pecat Ustaz Nasharuddin Kerana Bantu Palestine



Kunjungan Perdana Menteri ke Palestine baru-baru ini mendapat reaksi positif rakyat Malaysia.   Ia juga mengukuhkan lagi pandangan luar terhadap Malaysia sebagai negara yang benar-benar serius dan tidak hanya beretorik dalam memperjuangkan keamanan dunia.   

Biarpun kunjungan tersebut disambut sinis oleh pihak pembangkang, iaitu kononnya sebagai publisiti atau modal politik pilihanraya, tetapi yang penting, satu usaha ke arah keamanan telah pun berjaya dimulakan.   

Mengambilkira penderitaan penduduk Palestin dan hakikat keganasan Israel yang berlarutan sehingga berdekad-dekad, menuduh kunjungan Perdana Menteri sebagai mencari publisiti murah membuktikan yang pihak pembangkang langsung tidak prihatin, malah lemas dalam politiking merebut kuasa.  

Ini kerana kunjungan tersebut merupakan satu langkah berani di pihak Perdana Menteri dan isteri, yang nekad berkunjung ke ‘medan perang’, mengambil risiko ke atas keselamatan diri dan nyawa, demi menerima jemputan pihak Palestine yang bersungguh-sungguh meminta bantuan Malaysia untuk mencari titik kefahaman antara Hamas dan Fatah.   

Hanya dengan perdamaian kedua pihak ini maka kekuatan akan dapat dicapai bagi mempertahankan negara dan rakyat Palestine dari keganasan dan pencerobohan rejim Israel.   

Oleh itu, komitmen Dato’ Seri Najib untuk membantu saudara seagama, tidak wajar dilihat dari sudut politik semata-mata.   Ia seharusnya dilihat sebagai isu umat Islam sejagat, isu global dan isu agama oleh semua umat Islam tanpa mengira negara atau bangsa dan jauh sekali parti politik.  

Walaubagaimanapun, pandangan sinis pembangkang ke atas usaha menyatukan parti politik di Palestine sebenarnya tidaklah menghairankan.  Ini kerana PAS, iaitu salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan Islam, cukup sinonim dengan perpecahan.  

Bukan kita tidak tahu bahawa antara ‘kepantangan’ di dalam PAS ialah penyatuan ummah.   Kita juga tahu ada penyokong PAS yang rela mati memerangi saudara seagama atas apa saja alasan demi untuk melihat partinya bertakhta di Putrajaya.   

Oleh yang demikian, kita tidak hairan apabila PAS langsung tidak berkongsi harapan dan kebanggaan yang dirasai oleh rakyat Malaysia yang lainnya, atas usaha Perdana Menteri untuk menyatukan umat Islam di Palestine.  

Sikap PAS yang amat memusuhi ‘penyatuan ummah’ ini terserlah dengan pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura Ulama yang diumumkan sejurus selepas beliau pulang dari Palestine mengiringi Perdana Menteri.    

Terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, bahawa bagi PAS, segala-galanya adalah politik, dan tiada yang lain selain politik dan politik semata-mata - termasuk nasib umat Islam Palestine.   Justeru, tindakan Ustaz Nasha mengiringi Perdana Menteri ke Gaza, dianggap PAS sebagai tindakan membelot kepada parti.   

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Hadi Awang dalam Amanatnya yang melarang memisahkan agama dan politik iaitu; menyuruh umat Islam agar merangkumkan agama ke dalam politik sehingga politiklah yang menjadi panduan kepada agama, dan bukan sebaliknya.  

Atas pegangan inilah maka kita melihat ketika umat Islam di Palestine diserang, dan umat Islam di seluruh dunia mendoakan keselamatan mereka, PAS pula berdoa agar UMNO K.O.  

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa bukan Perdana Menteri, tetapi PASlah yang menjadikan Palestine sebagai alat politik untuk mencari publisiti semata-mata dengan menggembar-gemburkan kisah kononnya mereka turut membantu serta menyebarkan gambar-gambar bendera parti mereka yang berkibar di sana.    Namun, tiada pemimpin PAS yang berani ataupun mampu berbuat apa-apa untuk membantu Palestine secara bersungguh-sungguh.  Manakala, apabila ada pemimpin mereka yang berpeluang bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk berbuat demikian, seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula, dianggap sebagai membelot.  

Apapun, kita bangga menjadi umat Islam warga Malaysia yang mana kerajaannya cukup kukuh untuk bersuara lantang dan negaranya cukup makmur untuk menghulurkan bantuan bagi memperjuangkan keamanan, terutama di negara Islam.   Lebih dari itu, kita juga bangga mempunyai pemimpin yang berani, bijak dan ikhlas yang tetap berjaya membawa Malaysia ke tahap ini walaupun masyarakat diancam perpecahan akibat ada di antara kita yang termakan hasutan syaitan.  

Pendedahan: Kera Di Hutan Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan..


Aku tiada niat untuk menyinggung sesiapa apatah lagi untuk mengkhianati kerajaan yang selama ini amat berjasa kepada aku yang aku anggap paling terbaik hingga kini dalam menentukan hala tuju negara.

Tujuan aku menulis ini adalah untuk mendapatkan penjelasan dan pencerahan yang secerah-cerahnya tentang masalah dalaman yang menlanda BTN ini disebabkan oleh Ketua Pengarahnya yang tidak telus.

Mungkin bagi sahabat-sahabat yang sayangkan kerajaan, ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita membincangkan hal ini tapi bagi aku pula jika tidak dibincangkan sekarang mahu dibincangkan bila lagi?

Aku lihat terlalu hebat kuasa yang ada pada Raja Arif ini sehingga sekarang dia buat tak tahu saja tentang semua tuduhan yang dilemparkan padanya seolah-olah dia tidak bersalah.

Aku ingin tegaskan disini jika perkara ini tidak diambil berat dalam musim pilihanraya yang makin hampir ini mungkin boleh memudaratkan kerajaan jika tidak dipantau sebaiknya.

Dan kali ini lagi pendedahan dibuat (BACA SINI) tentang beliau.

Aku tahu ramai yang marah sebab aku masih menulis tentang Raja Arif ini tapi bagi aku ianya hanyalah sekadar tulisan dari hati aku.... So kalu nak marah-marahla.... 


Mohon Pencerahan......

Pasang ASTRO sampai 4 Bijik Sebab Kaya Jadi Penceramah PAS?


Hebat penceramah PAS ni.. Patutlah berpusu-pusu orang yang kononnya terkenal nak masuk PAS sebab nak berceramah di pentas PAS. Bayangkan punyela banyak duit sampai pasang ASTRO 4 bijik!

Aku bukan nak menuduh tapi ada benarnya jugak apa yang ditulis oleh blogger Shah Alam Rebels (klik sini).. susah sangat ke nak bagi penjelasan terperinci tentang harga rumah tu?..

Atau ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuan umum?.... baca lanjut di sini...

***Hehehe Kalau tak betul nafikan saja.. Mohon Pencerahan......


Kajian Kenapa Cina Lebih Suka Anwar Jadi PM?




Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) sekali lagi menjalankan kajiselidik mengenai pilihanraya pada 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 yang melibatkan 1409 responden.  Sebelum ini, kajiselidik yang sama telah dilakukan pada 31 mac 2012 - 15 april 2012 yang melibatkan 2282 responden dan 1 september 2012 – 16 september 2012 yang melibatkan 1536 responden.

Penemuan kajiselidik UMCEDEL sebelum ini menunjukkan 50% peratus memilih BN dan 30% atas pagar, namun ianya telah disambut sinis oleh penyokong BN sendiri kerana menganggap UMCEDEL sebagai ‘menyambung tugas’ Merdeka Center, iaitu pusat kajiselidik yang didalangi pihak asing dan tidak boleh dipercayai.  

Apatah lagi dengan mengambil latar-belakang Pengarah UMCEDEL iaitu Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman yang merupakan bekas Presiden ABIM yang juga masih setia kepada Anwar Ibrahim serta bersifat ‘mesra’ dengan idea-idea liberalisasi.  Selain itu, Prof. Redzuan juga dipersoal mengenai kelayakannya untuk mengendalikan banci politik memandangkan beliau adalah dari Fakulti Sejarah dan Sastera.  

Justeru, apabila beliau mengumumkan penemuan kali ini menunjukkan penurunan sokongan terhadap BN, maka ia sebenarnya telahpun dijangka.  Sudah menjadi strategi standard pihak Merdeka Center untuk menunjukkan  sokongan menurun di saat PRU semakin hampir bagi menjatuhkan moral BN, dan sudah menjadi ‘tugas’ UMCEDEL untuk mengikut langkah yang sama.  

Walaubagaimanapun, bagi berlaku adil, kita wajar mengambil sikap terbuka dan menerima penemuan yang dibentangkan oleh UMCEDEL, yang mana menunjukkan 78% daripada 1409 responden meragui BN atas isu integriti dan salahguna kuasa dan daripada 78% itu, 95% daripadanya ialah kaum Cina, sekaligus memberikan petanda bahawa parti komponen MCA berdepan dengan kesukaran untuk mendapat semula kerusi mereka.

Lebih menarik ialah, isu NFC, Lynas, dan Deepak juga dikatakan menjadi isu besar di kalangan rakyat dan mampu mengancam BN.   

Manakala di pihak pembangkang, isu yang menjadi keutamaan rakyat ialah perbahalan dalaman.  Walaubagaimanapun, amatlah menghairankan kerana hanya 59% peratus yang menganggap ia sebagai isu utama, manakala 21% tidak pasti dan 20% lagi tidak peduli jika diperintah oleh kerajaan yang sering berbalah sesama sendiri.  

Isu-isu seperti PTPTN, tol percuma dan penurunan harga minyak pula menunjukkan yang 50% responden benar-benar percaya kepada janji-janji pembangkang yang mereka mampu menunaikannya.  Sekali gus menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gagal memahami penjelasan dan logik urustadbir ekonomi negara dan juga dunia untuk mempercayai bahawa kerajaan mampu melakukan semua ini tanpa berhadapan dengan masalah kewangan dalam masa yang singkat. 

Apapun, sekiranya kita mengambilkira yang 1409 responden itu benar-benar mewakili suara rakyat Malaysia, maka satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecenderungan bangsa Cina untuk memilih PR atau menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Kita yakin yang kaum Cina tidak semudah itu untuk termasuk dalam 59% yang percaya bahawa PR mampu menunaikan janji-janji manis mereka yang tidak logik sama sekali.  

Sokongan kaum Cina kepada PR, atau Anwar Ibrahim jika benar, dilihat adalah lebih kepada faktor pendirian PR yang liberal dan bersedia untuk menghapuskan klausa ‘Negara Islam’ dalam perlembagaan serta menghapuskan hak keistimewaan Melayu.  Lebih dari itu, PR juga diketahui begitu kuat menyokong aktiviti Kristian sama ada secara langsung atau tidak langsung serta terbuka kepada kumpulan songsang LGBT.  

Walaupun PAS seharusnya menjadi ‘pengimbang’ kepada desakan liberalisasi di dalam PR, tetapi umum tahu bahawa suara PAS tidak laku iaitu tidak punya nilai walaupun satu sen di dalam pakatan itu.  PAS tidak mampu berbuat apa-apa selain menentang secara lisan, atau paling teruk memijak bendera DAP.  Itu saja.  

Ini kerana PAS cukup takut jika ditendang keluar dari PR dan tidak akan bertindak lebih dari sekadar membuat bising di akhbar bagi menunjukkan seolah-olah mereka tidak berdiam diri apabila Islam diperkotak-katikkan.  

Hakikatnya, PAS tidak boleh mengharapkan PKR untuk turut membela Islam walaupun parti itu diterajui oleh Anwar Ibrahim, seorang Melayu Islam.   Anwar berfahaman plural, berjiwa liberal dan lebih selesa bersama DAP Kristian Evangelist-Liberal daripada PAS Islam Wahhabi-Syiah yang sekejap ekstrem sekejap terbuka.   Kekeliruan dan flip-flop PAS menghapuskan terus saki-baki maruah mereka yang tinggal selepas pertama kali Hadi memeluk Kit Siang.  

Dalam kata lain, kewujudan PAS di dalam PR selain dari penyumbang kepada tenaga demonstrasi dan ayam sabung untuk bertemu UMNO, parti itu bolehlah diabaikan saja.  

Justeru, kita tidak hairan kenapa kaum Cina memilih PR dan kita tidak hairan jika mereka sanggup menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.  Memandangkan segala rahsia Anwar di dalam genggaman DAP, penemuan kajiselidik UMCEDEL bahawa kaum Cina lebih cenderung kepada PR mungkin mempunyai kredibiliti untuk dipercayai.   

Namun, yang mungkin perlu dipersoal ialah motif mereka menyokong PR kerana kita percaya bahawa integriti kerajaan bukan isunya.  Jika ini yang menjadi isu, maka integriti DAP dari segi rasuah dan menipu undi adalah lebih teruk lagi, begitu juga PKR dan PAS.  

Kesimpulannya, kaum Cina memilih PR kerana PR sanggup menghapuskan Islam sebagai agama rasmi serta hak istimewa Melayu. Kaum Melayu pula memilih PR kerana konon ingin menghapuskan rasuah, walaupun ia bermakna menggadaikan Islam dan Melayu. 

Jika Kitab Bible Dibakar Guan Eng Harus Dipersalahkan?



Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar.

Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang. Dasar hipokrit betul.

Itu sudah menjadi standard Majlis Peguam yang kiblatnya sejak dulu condong memihak kepada pembangkang, lagipun dalam bab putar belit sebegini sudah terlalu sinonim dengan mereka.

Dalam pada itu, ramai juga pemimpin PR dan pihak gereja Kristian tumpang sekaki mendesak Kerajaan Pusat bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali kononnya demi memelihara hak kebebasan agama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tapi hak agama Islam yang dijamin sebagai agama Persekutuan serta penganutnya dilindungi daripada hasutan dan dakyah agama lain tidak pula para hipokrit politik dari PR dan puak Kristian ini mahu ambil kira untuk dihormati sama.

PR yang secara kasarnya kelihatan dikuasai pemimpin beragama Islam rupa-rupanya lebih sensitif bila timbul isu melibatkan kitab Bible, pelik bin ajaib betul. Kalimah Allah s.w.t sengaja mahu dinodai untuk disamakan dengan konsep ketuhanan triniti Kristian tidak pula mereka sensitif untuk pertahankan kesuciannya.

Sepatutnya sebelum mereka mencemuh Ibrahim Ali dan NGO yang diketuainya, lebih elok mereka cermin wajah sendiri dan kaji dari mula siapakah yang mula-mula mencetuskan isu kalimah Allah s.w.t untuk dimasukkan dalam kitab Bible Bahasa Melayu.

Jika tidak kerana mulut lancang dan kurang ajar dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menimbulkan isu ini dalam ucapannya semasa perutusan Kristmas 2012, perkara sebegini tidak akan timbul langsung.

Tapi dek kerana DAP begitu kemaruk mahukan undi penganut Kristian untuk berdepan dengan PRU 13 maka mereka dengan sengaja mencetuskan kembali tuntutan kalimah Allah s.w.t sekaligus menyebabkan suasana harmoni di antara orang Islam dengan minoriti Kristian di negara ini kembali hangat.

Tambah memanaskan keadaan bila mana para mubaligh Kristian keturunan Cina di Pulau Pinang kelihatan seperti sengaja mencurah minyak pada api yang sedang marak dengan menyebarkan kitan Bible yang mengandungi tulisan jawi dan kalimah Allah s.w.t kepada para pelajaf Melayu Islam di beberapa buah sekolah menengah di sana.

Nyata sekali pihak yang sepatutnya perlu dikecam dan dipersalahkan ialah DAP serta para aktivis Kristian dan bukannya Ibrahim Ali atau Perkasa yang hanya menyuarakan kemarahan terhadap tindakan kurang ajar DAP dan pihak pendakyah Kristian.

Jika benar ada kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t terutama sekali yang disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang itu akan dibakar, maka Lim Guan Eng dan DAP lah yang patut menanggung akibatnya, bukan begitu?

Harakahdaily Tak Mengaku Pertahan Kalimah Allah




Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.    

Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP.   Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat.  Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.  

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian.    Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.  

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.  

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan “DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah”.   Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.    

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.  

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya?   Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan?   Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?  

Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS.  Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP.    Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.   

Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN)  sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.  

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.  

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.  

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.   

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.   

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.  

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?



"Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London"



"Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan."

Diterajui oleh mantan PM kita iaitu Dr Mahathir Mohamed,projek hebat yang berlaku pada sept 1981 di mana Malaysia mengejutkan Kerajaan British dengan pengambil alihan Guthrie, Sime Darby n Golden Hope (Ketiga-tiganya sykt British masa tu) melalui projek khas dikenali Projek Serbuan Subuh dengan membeli saham di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. Apa yang menariknya projek yang diterajui oleh Tun M yang menghantar 4 orang (Ku Li, Ghafar Baba, ?3,?4) bukan saja berjaya membawa kembali beratus ribu ekar tanah milik Malaya, malah tanah-tanah lain kepunyaan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut di seluruh dunia dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM36 Billion.


Ada satu versi lagi yang mengatakan pada April 1981, Tun M melancarkan ASN. Rupa2nya tujuan ASN tu bukan sahaja sebagai tabung pelaburan rakyat, tapi sebagai cara untuk mengumpul wang bagi tujuan dawn raid project. 5 bulan kemudian (Sept 1981) dengan duit ASN itulah yang digunakan untuk membeli semua saham2 Guthrie di LSE. Walaupun guna duit ASN, tapi projek tu amat berbaloi kerana jumlah aset Guthrie yang dimiliki adalah jauh lebih besar iaitu sebanyak 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie. Seolah-olah Guthrie diperolehi secara percuma.

Margeret Thatcher

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. Tapi akhirnya Tun M dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

Setelah dimalukan di atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya
mengadakan kempen Buy British Last dan memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.

Najib Sanggup Bahayakan Diri Demi Saudara Islam Di GAZA... Anwar Sanggup Juga Tapi Ke Israel?

Aku bersyukur kehadrat Allah swt kerana memberikan aku seorang pemimpin negara yang hebat, berani dan berjiwa islam. Najib seorang pemimpin yang berjiwa besar dan tabah dalam membawa negara Malaysia ke satu tahap tertinggi yang disegani dunia.


Kata-kata aku ini bukan menidakkan kebolehan pemimpin-pemimpin Malaysia yang terdahulu tetapi bagi aku apa yang Najib hadapai sekarang dalam mentadbir dan membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi bukanlah sebuah usaha yang boleh dipandang ringan dan mudah. 

Beliau tidak pernah kenal erti penat dalam mencari jalan untuk memberikan keselesaan dan meringankan beban rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai tuduhan, fitnah dan konspirasi ditjukan kepadanya namun beliau tetap bersahaja dan tenang menghadapai semuanya seolah-olah tiada apa yang berlaku dan beliau terus melakukan kerjanya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendekati rakyat.

Dan dalam semua itu, yang paing hebat pada aku dan tiada pemimpin pembangkan g yang berani melakukannya ialah sewaktu kunjungan beliau ke GAZA baru-baru ini. Dalam keadaan yang masih bergolak dan pada-bila-bila masa saja bom boleh meletup di didepannya, Najib langsung tidak pernah taku untuk bersama melihat kemusnahan GAZA secara langsung di depan mata dan do lokasi kemusnahan itu sendiri.

Itulah semangat seorang Perdana Menteri yang berjiwa rakyat dan berjiwa Islam yang sanggup meletakkan dirinya dalam bahaya ditanah perang bagi merasai sendiri penderitaan saudara Islam di GAZA.

Selain itu, kesungguhan PM Najib yang mahu mencari kesepakatan dan menghentikan kemusnahan di GAZA amatlah menyentuh hati. Bayangkan betapa hebatnya Malaysia dalam usaha-usahanya untuk memperkuatkan negara-negara Islam di serata dunia yang akhirnya akan membawa Islam kembali hebat seperti dahulukala.

Pakatan pembangkang di Malaysia seharusnya mencontohi usaha yang dilakukan Oleh PM Najib dalam mengembalikan kegemilangan ISlam di dunia dan bukannya memusnahkannya.































Panas!! Shahidan Kassim Jadi Penceramah PAS? Merajuk Ke Apa ni?


Ape nak jadi la politik melayu sekarang ni?.. Aku tekejut jugak dengarberita ni tapi apa nak buat kalau dah sampai buat keputusan macamtu takde siapa yang boleh larang.


Tapi kisah sebenarnya bukan begitu, Dato Sri Shahidan Kassim bukan pengkhianat seperti mereka yang ada dalam PAS dan PKR hingga sanggup menjual tuhan mereka dengan harga yang murah kepada Parti DAP.

Untu kisah lanjut sila baca sini...

CINA DAP KOMUNIS Cerita Pasal KALIMAH ALLAH Salahkan UMNO BN. DIa Siapa?

Hari ni Nik Aziz sendiri dah kata dan dah keluar kat Tv3 dalam berita tadi bahawa kalimah Allah tidak akan diguna kepada agama lain. Menurutnya, dalam Bible yang disebut tuhan itu ada 3 dan di dalam islam Allah itu tuhan yang satu dan bagaimana mungkin kalimah itu hendak digunakan dalam Bible?

Tetapi yang amat peliknya Pakatan Rakyat masih mempertahankan yang kalimah Allah berhak digunakan untuk agama lain dan antara pejuangnya ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Hari ini juga Lim Kit Siang masuk dalam harakah degan kenyataannya "Pecahkan PR : Senjata Terakhir Selamatkan UMNO BN".

Kenyataan seperti ini tidak boleh digunapakai kerana tidak ada sangkut paut antara penggunaan Kalimah Allah untuk mengelirukan Umat Islam dengan politik kepartian.UMNO BN tidak pernah mengunakan agama untuk tujuan politik apatahlagi menggunakan Kalimah Allah.

Tidak seperti PAS yang mengaku sebagai pejuang islam tetapi demi matlamat politik dan ingin berkuasa sanggup meletakkan agama dan tuhan sebagai bahan taruhan untuk mencapai matlamat tersebut.

Lim Kit Siang sepatunya menarik balik kenyataan tersebut jika tidak mahu timbul lebih banyak masalah dan jika berlaku jangan salahkan umat islam kerana kenyataan nya kelihatan sangat rasis dan seolah-olah mahu menimbulkan ketegangan antara agama.

Ini kerana PAS sudah menegaskan dan Majlis Syura juga telah membuat keputusan bahawa kalimah Allah hanya boleh diguna oleh umat islam supaya tidak mengelirukan masyarakat negara ini yang majmuk. Tetapi mengapa ketetapan itu tidak boleh dihormati oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang mengaku selama ini mereka memahami antara satu sama lain.

Kelihatan seperti ada sesuatu yang amat penting untuk mereka menggunakan Kalimah Allah ini dalam perancangan mereka menuju ke putrajaya dan bukannya untuk tujuan dakwah dan agama.

Jika diteliti, jelas siapa yang sebenarnya yang memainkan isu perkauman dan agama sehingga boleh mencetuskan huru-hara dan adakah ini yang mereka mahukan supaya kerajaan boleh dipersalahkan seterusnya mengajak rakyat turun ke jalanan untuk meniru gaya "Arab Spring" yang akhirnya kerajaan akan tumbang supaya mereka boleh menerajuinya.

Rakyat seharusnya faham tentang perancangan jahat meraka ini yang sejak dulu gagal. Kali ini mereka menggunakan Tuhan kita pula sebagai bola untuk disepak terajang dan mengajak kita bermain bersamanya.

Adakah kita sanggup melihat Tuhan kita dihina sedemikian dan yang paling menyedihkan peloppor kepada permainan ini adalah Cina DAP Komunis yang sejak dulu berangan mahu memerintah negara keramat ini.

Bangkit semua wahai saudara Islamku, Bangkit semua wahai pejuang Agamaku, Bangkit semua para pejuang Tuhan Yang Maha Satu, Ayuh kita pertahankan dengan apa cara sekalipun kerana Allah swt Hanya Satu tiada Dua dan Tiada Tiga, Maha Pencipta dan Maha Segala. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk perjuangan ini dan jika kita gugur kita serahkan padaNya kerana hanya Dia yang mengetahui segalanya.

PM NAJIB RAZAK DOAKAN PAS..??



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Saudara dan Saudari sekalian,

Sesungguhnya kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. Maka pada 12 Rabiulawal 1434 Hijriah bersamaan dengan 24 Januari 2013 Masehi, sekali lagi kita meraikan sambutan yang penuh barakah ini di negara kita.
Rasulullah SAW merupakan pemimpin terunggul ummah yang begitu menyayangi umatnya dengan meninggalkan Al-Quran dan As Sunnah sebagai petunjuk kehidupan manusia sepanjang zaman. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah ayat 15 yang bermaksud :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
Rasulullah SAW adalah qudwah yang mengamalkan wasatiyyah dalam hidupnya. Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul kali ini iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, kita melihat konsep wasatiyyah yang baginda tunjukkan telah melahirkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di seluruh dunia. 
Kesederhanaan yang diamalkan oleh baginda telah membawa kepada momentum dalam memacu kemajuan setiap bangsa dan negara di dunia ini.
Justeru, momentum ini perlu diteruskan untuk memastikan misi kita untuk membina negara maju dan berdaya saing mampu untuk dicapai. Sememangnya keyakinan mengenai kemampuan Malaysia dalam merapatkan hubungan antara barat dan Islam sepertimana yang diutarakan oleh bekas Setiausaha Agung Sekretariat ASEAN (Dr. Surin Pitsuwan) adalah contoh kejayaan pendekatan wasatiyyah yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia dalam menangani pelbagai isu dan konflik di rantau ini. 
Kita yakin amalan kesederhanaan yang diamalkan Malaysia menjadi contoh terbaik kepada negara Islam lain bagi menyelesaikan isu serantau. Kejayaan negara sebagai mediator dalam krisis selatan Filipina membuktikan Malaysia dihormati bukan saja dalam kalangan negara Islam, bahkan negara Barat.
Saya sendiri telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Negara Palestin bagi menunjukkan sokongan penuh kita terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman rejim Zionis di Gaza dan kita percaya pembentukan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah merupakan kunci kepada kejayaan perjuangan masyarakat Palestin. Malaysia bersedia membantu ke arah ini. 
Hakikatnya dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai suara pendamai yang penting. Makanya, kita perlu mengekalkan negara kita sebagai kerajaan yang berwibawa dan dihormati pada peringkat antarabangsa.
Mengakhiri perutusan, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam kepada baginda Rasullullah SAW sebagai tanda kasih dan sayang kita terhadap baginda. Sesungguhya Rasulullah SAW merupakan insan yang paling unggul dan hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. 
Saya mendoakan, agar sambutan Maulidur Rasul kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya-Allah.
Wabillahi Taufik wal Hidayah. Wassalamu ‘alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SUMBER : GEWE KELATE

Roboh Gerai Haram MPSJ Tak Berani Sebab Ahli Majlis Halang?



Betol ke seorang ahli Majlis MPSJ telah menghalang penguatkuasa untuk roboh gerai haram di Puchong Jaya? Apa pasal dia mau halang? Ini macam kes salah guna kuasa je..Ahli Majlis yang dimaksudkan adalah Michael Tamil...adakah benar dia halang? Jeng..jeng..jeng..

Kitorang tak main la tulis-tulis je..ni gambor nye..


Haaa...macamana? Kalau bukan salah guna kuasa nak kata apa ni?