YB Dr Hj Abd Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor Kempen Nak Jadi MB Selangor Ke?



Rupanya dalam kecoh-kecoh pertelingkahan antara Dr Rani Osman dengan Hassan Ali ada udang dibalik batu.

Aku bukan nak menuduh tak tentu hala, tapi aku pelik bila aku ternampak banner ini di simpang 3 Assam Jawa, Kuala Selangor yang mana beliau menucapkan tahniah kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor atas kurnian pingat tertinggi dari Kerajaan Perancis.

Yang menjadi persoalannya hanya banner dia je yang terpasang disimpang itu dan secara sengaja meletakkan lambang parti dan pangkat jawatannya pada banner tersebut, adakah ini kempen beliau untuk jadi MB Selangor akan datang dengan mengheret muka DYMM Sultan Selangor didalamnya?

Seingat aku satu ketika dahulu bila UMNO pernah memasang banner mengalu-alukan kehadiran DYMM Tuanku Sultan Selangor ke Kuala Selangor dan kerana adanya lambang UMNO pada banner tersebut, maka dengan sepantas kilat Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengarahkan banner tersebut diturunkan.

Jadi aku harap pihak yang sama akan mengambil tindakan yang sama pada banner tersebut. Sekian.

No comments: