Projek Ko Bagi Sape? Jawab La Khalid !


SHAH ALAM 6 Mac — Barisan Nasional (BN) Selangor mahu supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab dakwaan Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan PKR negeri ini memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak pembangkang memerintah negeri ini pada 2008.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata, Abdul Khalid perlu menjelaskan dakwaan itu bagi membuktikan janji yang dibuat olehnya pada April 2008 untuk menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor bumiputera bagi mengelak monopoli pihak tertentu adalah ditepati.

"Abdul Khalid perlu buktikan dakwaan ini jika tidak beliau ”cakap tidak serupa bikin”. Perkara itu dinyatakan Abdul Khalid selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-22 gabungan Iktisas dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor di Shah Alam pada April 2008.

"Pada majlis itu, Abdul Khalid pernah berjanji untuk menghapuskan pemberian tender secara runding terus kepada kontraktor bumiputera dan jika ia perlu ini bermakna beliau melanggar aku janji yang dibuatnya sendiri,” kata Mohd Zain pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mohd Zin mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik pendedahan Raja Petra bahawa kerajaan PKR Selangor memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri itu.— BERNAMA

No comments: