Header Ads

27 June 2020

PRK CHINI - TIDUR DI RUMAH BOSSKU

Image may contain: Aemierulrizaki Rambli, Ateh Azreeq, Iqbal Khalid and Effy Haridth EH, people standing and shoes


Kami tiba di Pusat Latihan Felda Chini lebih kurang jam 7.00 malam. Selepas makan malam kami menuju ke Felda Chini Timur Satu untuk program Bossku Najib Razak dengan pesilat negara. Suasana tenang dengan kawalan ketat SOP PKPP oleh anggota PDRM.

Habis program kami tiada hala tuju kerana tujuan kami hanya untuk melihat-lihat keadaan di sini. Khabarnya ada gelora yang melanda. Khabarnya ada sabotaj terhadap calon dan ada penolakan dari orang dalam. Kami hadir kalau-kalau boleh membantu.


Kami dipanggil ke rumah Bossku. Sampai disana ada rezeki makan malam. Dapat jumpa ramai kawan-kawan. Puas bersembang.

Kami tak ada bilik, hotel penuh sebab kami tak buat tempahan awal. Alhamdulillah kami ditawar tidur di rumah kakitangan di dalam kawasan "Kediaman Seri Kenangan" (Rumah Bossku di Pekan).

Pagi ini kami bangun awal dan sarapan bersama abang Zul di dapur rumah Bossku. Selepas ini kami teruskan perjalanan dan lihat apa maklumat yang kaki dapat.

Saya lihat calon N23 Chini ini boleh menang. Cuma kita kena kerja kuat untuk maksimumkan majoriti.

Setakat itu dulu.

1 comment:

Susan said...

A huge collection of all the Celebrity net worth of the world. How much is celebrity worth? Compare yourself to your favorite celebrity.

Back To Top