"Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman dilaporkan Harian Metro mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini selepas kerajaan menetapkan keputusan mengenai larangannya sebelum ini."
"Beliau dipetik berkata KDN bertegas dengan larangan kerajaan sebelum ini untuk tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia. Jelasnya, kerajaan kekal dengan dasar melarang abu mayat Chin Peng dibawa masuk sebagaimana diputuskan sebelum ini dan akan menyiasat kesahihannya."
KDN dikatakan mahu menyiasat perkara ini tetapi kita sebenarnya sudah tahu apa keputusannya kerajaan PH iaitu sama seperti kes-kes rasuah, pembunuhan, skandal dan penyalahgunaan kuasa termasuk ekstrimis keganasan. Mereka akan melepaskan atau memurtarbelitkan isu dan fakta hingga rakyat lupa apa yang telah berlaku.
Tidak mampu saya tuliskan di blog ini tentang keganasan dan kezaliman komunis ini. Hanya orang tua kita dan pasukan keselamatan sahaja yang tahu apa yang komunis ini lakukan. Tapi malang bagi kita yang sayangkan negara apabila kita ada kerajaan yang begitu lemah, tidak menghormati jasa pejuang-pejuang yang telah berkorban nyawa untuk keamanan negara ini.
Hasilnya ialah kerusi empuk, pejabat, kereta besar dan gajii puluhan ribu yang dinikmati oleh menteri-menteri kerajaan hasil dari pengorbanan pasukan keselamatan yang menentang komunis.
Tapi apakan daya kerana kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan komunis berkolar putih yang tidak membawa senjata tetapi berjaya menduduki kerusi kerajaan dengan tipu daya dan memperbodohkan segelintir orang Melayu pembelot pengkhianat seperti Mahathir Firaun yang kini menjadi orang suruhan.
Pulangnya "abu mayat" ini ke negara kita merupakan kemenangan besar komunis DAP yang menguasai kerajaan. Tiada apa lagi yang boleh menghalang mereka. Rakyat tak akan sedar betapa bahayanya mereka ini sehinggalah nanti dihalau dari bumi tanah tumpah darah kelahiran mereka sendiri.
Untuk pasukan keselamatan (Polis dan Tentera), ucapan tahniah kepada kalian semua kerana hasil undian menumbangkan kerajaan terdahulu berjaya mengangkat komunis menjadi kerajaan. Tabik hormatlah komunis yang membunuh datuk, nenek moyang kita dahulu. Itupun kalau kalian ada perasaan patriotik-lah dalam diri. Jika tak ada lupakanlah dan makan sahaja gaji yang dibayar oleh komunis itu.
Maaf, saya bukan mahu menunjuk hebat tetapi saya sedih melihat pasukan keselamatan yang sejarahnya dahulu bertumpah darah menyelamatkan negara hingga dibunuh, dibakar hidup-hidup tetapi hari ini sukarela menjadi hamba kepada komunis itu juga.