BN Menang Besar Dengan Majoriti 15,086 Undi Di Tanjung Piai


BN Menang Besar Dengan Majoriti 15,086 Undi Di Tanjung Piai

Barisan Nasional berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan dengan majoriti besar 15,086 undi.
Pegawai Pengurus Suruhan Pilihan Raya (SPR), Zulkifly Mohd Tahir mengumumkan Wee Jeck Seng mendapat 25,466 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PH, Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.
Calon Gerakan, Wendy Subramaniam sekadar meraih 1,707 undi, Badhrulhisham Abdul Aziz yang mewakili Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) mendapat 850 undi dan dua calon bebas, Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar masing-masing memperoleh 380 undi dan 32 undi.
Zulkifly berkata, 595 undi ditolak dan peratusan keluar mengundi selepas semua 27 pusat mengundi ditutup 5.30 petang tadi ialah 74.5%.

No comments: