JAMAL SERAH DOKUMEN PENYELEWENGAN DANA YAWAS KEPADA SPRM


Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, petang ini, bagi menyerahkan dokumen penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) melalui Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Khairat Kematian Negeri Selangor berjumlah RM200 juta.

Jamal berkata, tindakannya menyerahkan dokumen tersebut untuk meminta SPRM menjalankan siasatan melibatkan penyelewengan dana rakyat yang disalurkan kepada ahli parlimen tertentu di daerah Hulu Langat, Gombak dan Petaling.

Kata beliau lagi, dana tersebut turur disalurkan kepada beberapa ahli parlimen Wilayah Persekutuan termasuk Parlimen Pandan, Cheras, Kepong, Batu, Wangsa Maju, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Seputeh dan Segambut.

Tambahnya lagi, wujud keraguan apabila dana skim itu yang disalurkan kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bukan melalui akaun Pejabat Khidmat Ahli Parlimen, sebaliknya melalui akaun individu atas nama Muhammad Firdaus Hashim.

Menurutnya lagi, dana SMUE yang dikendalikan oleh Dr Tan Kee Kwong dipercayai telah disalah guna pihak tertentu.

Tindakan Jamal menghantar dokumen kepada SPRM itu susulan protes dilakukannya dua hari lalu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam yang mendapat perhatian orang ramai apabila beliau membawa 15 van jenazah dan keranda sebagai simbolik penyelewengan dana Yawas.

No comments:

Powered by Blogger.