AIR SELANGOR PERLU CARI SOLUSI SEGERA MASALAH PAIP UTAMA PECAH


Penduduk sekitar Shah Alam mendesak agar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) jalan mencari solusi segera agar kejadian paip air utama pecah di sekitar kawasan ini termasuk di Seksyen 15 agar tidak berulang pada masa akan datang.

Seorang penduduk, Latiff Ahmad berkata kejadian paip utama pecah di Seksyen 15 itu bukan pertama kali, malah turut terjadi tahun lalu sehingga menyebabkan bekalan air bersih terputus kepada penduduk selama beberapa hari.

Kata Latiff lagi, Air Selangor perlu mencari jalan penyelesaian termasuk menjalankan proses Air Selangor Perlu Cari Solusi Segera Masalah Paip Utama Sering Pecah

“Kes paip pecah ini bukan pertama kali berlaku. Kita di Batu 3 (Shah Alam) telah banyak kali berhadapan masalah ini.

“Kita harap kerajaan Selangor dan Syabas (Air Selangor) kena tukar paip lama agar kejadian paip pecah tak berulang,” katanya.

Seorang lagi penduduk juga peniaga warung makan, Siti Maisarah Abdul Rahman berkata banyak urusan seharian terganggu akibat terputusnya bekalan air.

Tambahnya lagi, kejadian paip utama pecah menyebabkan perniagaan turut terganggu kerana tidak menyimpan bekalan air disebabkan tiada pemberitahuan awal mengenai hal itu.

No comments: