Fitnah barang bantuan “Food Flotilla For Myanmar” disamun Tentera Myanmar terjawab.


Sittwe : Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) mengadakan lawatan susulan ke beberapa kem penempatan dan kampung yang menempatkan pelarian Rohingya bermula 6 hingga 8 Mac lalu.

Ketua Penerangannya, Datuk Razali Ramli menjelaskan antara kawasan itu termasuklah kem Thet Kay Pyin dan Shwe Yoe Kha selain kampung Dar Paing dan Tae Chang yang menempatkan lebih 5,000 keluarga.

“Selaku penganjur, KP1M berpuas hati dengan penyerahan barangan Food Flotilla For Myanmar di semua kawasan terbabit dan ia membuktikan bahawa semua sumbangan menerusi misi itu sampai kepada penerima,” kata beliau.

Razali berkata, dalam pertemuan bersama penduduk, delegasi Malaysia juga diberikan penerangan mengenai keperluan asas yang mendesak di Sittwe ini dan sedang menyusun atur program bersama masyarakat muslim selepas ini seperti program bulan Ramadan dan hari raya Aidilfitri.

Tambah beliau, KP1M komited untuk berada di Maungdaw selepas ini khususnya dalam program bulan Ramadan dan akan memohon kebenaran pihak berkuasa untuk masuk ke daerah berkenaan.

“Ia akan turut disertai pertubuhan bukan kerajaan lain yang mempunyai pengalaman membantu masyarakat di sini sebelum ini.

“Hasrat kita ialah untuk membantu ummah yang dihimpit kedaifan kerana kehidupan yang terlalu susah serta kekangan mendapatkan kemudahan pendidikan dan pembangunan ekonomi seperti yang disiarkan media sejak krisis tercetus pada 2012,” kata Razali

Selain itu dalam pertemuan ini, penduduk juga menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan seperti mana sepatutnya dan kita merayu masyarakat dunia menyuarakan pandangan itu supaya didengari pihak berkuasa Myanmar.

Turut sama dalam lawatan ini ialah Duta Besar Malaysia ke Myanmar Mohd Haniff Abdul Rahman yang melawat ke tiga buah kampung di daerah Maungdaw, lokasi yang terjejas akibat konflik sejak 9 Oktober tahun lalu.

Delegasi Malaysia turut disertai Setiausaha Agung KP1M Abdul Khalid Chairul bersama wakil media yang membuat liputan majlis berkenaan yang dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu di Sittwe dan Maungdaw.

Gambar-gambar sekitar penyerahan barang bantuan #FoodFlotillaForMyanmar :


Gambar-gambar dikawasan kem pelarian:

1 comment:

Anonymous said...

Please share and forward to all friends

We would like to inform everyone about YIP KUM FOOK, president of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, YIP KUM FOOK has never embarrassed people about him always lying, cheating, insulting Buddhist teachings, etc.

Recently a lot of people are talking about his character, before this he was a truck driver who sends furniture everywhere, then he studied law courses at some universities but we don’t know he studied courses or not because he doesn’t know law, he deceives people. everywhere. and how lawyers can deceive people without fear of the law

Hope everyone should care about this name YIP KUM FOOK (LAWYER OR MCA GOMBAK CHAIRMAN AND PRESIDENT OF SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE), also needs to be shared and forwarded to all. If you make a mistake, you will lose everything, this man or YIP KUM FOOK is very dangerous and his son (YIP JIUN HANN) is also the most dangerous.

By KOK MENG, KEPONG
Translated by Dr. Chew