Flotilla For Rohingya: A Voice to end Oppression


Food Flotilla for Myanmar (FFFM) has brought forth an important message; to end the systematic persecution and grave human rights abuse by authorities and Buddhist Nationalists against the Rohingya, according to Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mohd Azmi said that the purpose of the Flotilla exceeds its purpose of providing humanitarian aid to Myanmar, but rather accentuates the need to tell the global community that Myanmar should be held accountable for their actions towards Rohingya, who now seek refuge in neighbouring Bangladesh.

“Bangladesh is currently home to more than 500,000 refugees whom seek refuge since 1991, some much earlier than that going as far back as 1982 when the status of Rohingya as citizens in Myanmar was abolished. Since an incident, which took place on the 9th of October 2016, close 700,000 refugees are seeking refuge in Teknaf, Bangladesh.

“The main message of the Flotilla initiative is for Myanmar to be mindful of the international pressure. Malaysia has taken action via the Flotilla initiative to remind Myanmar that its continuous action to oppress will ultimately contribute to the instability of South East Asia.

“If Myanmar is allowed continuous oppression, it has the potential of creating a much bigger conflict as well as the potential of becoming another humanitarian disaster.”

Mohd Azmi explained that, the Rohingya is more than just a conflict between groups wanting independence from its colonialist, but is focused upon the issue whereby citizenship is denied. The aftermath of the incident has caused the Rohingya to become a stateless minority, exposing them to systematic persecution, ethnic cleansing and genocide.

“Following this, neighbouring countries like Bangladesh, Thailand, Malaysia, Indonesia and Pakistan are burdened with refugees seeking shelter and protection. Will the world continue to turn a blind eye or will they take action against Myanmar by enforcing them to reinstate the Rohingya as citizens?

The Flotilla initiative has caught the attention of the world, following oppression and sanctions, making access to the Rohingya nearly impossible, has caused Malaysia to launch the Flotilla initiative. The world will then bear witness as to the extent of how Myanmar will respond to the Flotilla initiative.

Mohd Azmi questions the Myanmar government as to the reasons behind their reluctance to refusal to allow humanitarian missions be given to refugee camps in Sittwe and Maungdaw, focusing to the question of what were they hiding?

Now Bangladesh is accused by Myanmar of providing a platform onto which Rohingyan freedom fighter are able to launch a response, thus resulting in further difficulties for humanitarian aid to be distributed to refugee camps.

As it stands, only two agencies will be able to provide humanitarian assistance which is the International Organization of Migrants (IOM) and the International Red Crescent (IRC).

The Flotilla initiative however faced several difficulties whereby authorities in Bangladesh cited security issues despite welcoming the presence of the Flotilla. Following intense discussions between the secretariat and the Bangladeshi authorities, only 25 members from the Flotilla is allowed passage to the refugee camps.

“We had to oblige, as the decision depended upon the approval of Bangladesh.

Despite top leadership from both countries intervening to ease the passage of the Flotilla, in the end all humanitarian aid were given to IOM and IRC for distribution.

We concur that the Flotilla is an important step in the right direction for Malaysians and several international activists to send a message to world that issues surrounding the Rohingya should not fall on deaf ears.

The FFFM secretariat is of the opinion that the difficulties faced during distribution in Myanmar and Bangladesh does not mean that it has failed to meet its purpose.

In retrospect, the impact and the message brought forth by the Flotilla initiative has opened the eyes of the world through its massive media attention, for the world is now seeking the best possible way to help the Rohingya.

Flotilla bawa mesej besar hentikan penindasan Rohingya


Food Flotilla for Myanmar (FFFM) membawa mesej sangat besar untuk menghentikan penindasan terhadap etnik Rohingya oleh pihak berkuasa dan puak nasionalis Buddhis Myanmar kata Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Bin Abdul Hamid.

Kata Mohd Azmi, membawa barang kemanusiaan dalam flotilla adalah sebahgian dari mesej untuk memberitahu dunia bahawa Myanmar harus bertanggungjawab terhadap pelarian yang dipaksa menderita dan mencari perlindungan di Negara jiran seperti Bangladesh.

“Bangladesh kini menanggung beban menerima lebih 500,000 pelarian Rohingya dari Myanmar sejak 1991, malah lebih awal lagi dari itu iaitu sejak 1982 apabila Rohingya digugurkan dari kerakyatan Burma. Kini sejak insiden 9 hb Oktober 2016 , hampir 70,000 pelarian Rohingya yang baru dari Maungdaw Myanmar melarikan diri ke Teknaf di Bangladesh.

“Mesej utama dari inisiatif Flotilla ini adalah Myanmar akan terpaksa mengambil perhatian kepada desakan dunia. Malaysia mengambil tindakan untuk menghantar bantuan dengan Flotilla kerana Myanmar melakukan penindasan berterusan dan membebankan dunia dengan satu lagi konflik yang boleh mecetuskan ketidakstabilan yang berpanjangan di rantau Asia Tenggara. 

“Jika Myanmar dibiarkan meneruskan penindasan ini, ia berpotensi mengundang konflik dan musibah kemanusiaan yang sangat besar di rantau ini, kata Mohd Azmi.

Jelas beliau lagi, isu Rohingya ini bukan isu konflik pertempuran antara golongan yang mahu kemerdekaan dengan satu pihak yang menjajah , tetapi adalah isu penafian kerakyatan. Akibat menafikan kerakyatan pada 1982 , etnik Rohingya tiba-tiba menjadi rakyat tanpa Negara dan dengan itu terdedah kepada pelbagai penindasan,termasuk pembersihan etnik (ethnic cleansing) dan genosid (pembunuhan massa ). 

“Natijah selanjutnya, Negara jiran seperti Bangladesh , Thailand , Malaysia , Indonesia , Pakistan terpaksa terbeban menanggung kedatangan mereka untuk mencari perplindungan. Apakah dunia hanya mahu memerhati isu Rohingya ini atau bertindak menekan Myanmar supaya mengembalikan kerakyatan Rohingya di Myanmar?,” kata Mohd Azmi lagi. 

Flotilla ini menarik perhatian dunia , bahawa akibat penindasan dan sekatan untuk mendapat akses langsung kepada kawasan etnik Rohingya yang terperangkap , Malaysia bertindak dengan pelbagai pendekatan termasuk melancarkan sebuah misi flotilla. Dunia akan mengikuti reaksi balas dan langkah yang akan diambil Myanmar selanjutnya terhadap Flotilla ini. 

Mohd Azmi mempersoalkan mengapa kerajaan Myanmar tidak membenarkan bantuan dihantar oleh Ngo kemanusiaan masuk ke kem pelarian seperti Sittwe dan daerah Maungdaw, apakah yang mahu dirahsiakan oleh Myanmar?

Kini Bangladesh dituduh oleh Myanmar memberi tapak kepada pejuang pembebasan Rohingya. Dengan yang demikian Bangladesh mengambil tindakan berhati-hati untuk tidak membenarkan mana-mana pihak luar yang mahu mengedar bantuan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh. Ini merumitkan operasi kemanusiaan.

Tuduhan bahawa pejuang Rohingya bertapak di Bangladesh menyebabkan Bangladesh tersepit antara mahu membantu pelarian Rohingya dengan alasan tidak mahu ujud gerakan bersenjata bertapak di Bangladesh.

Permohonan agensi antarabangsa untuk mengedarkan bantuan di Bangladesh menjadi rumit bila alasan keselamatan diguna untuk menolak permohonan. 

Polisi yang ditetapkan hanya dua organisasi sahaja yang diiktiraf boleh mengedar bantuan secara langsung kepada mangsa Rohingya iaitu International Organzation of Migrants (IOM) dan International Red Cresent (IRC).

Flotilla dari Malaysia berhadapan dengan alasan yang sama. Pihak Bangladesh menyambut baik inisiatif flotilla dari Malaysia namun tidak membenarkan delegasinya masuk ke kem-kem pelarian Rohingya.

Setelah berunding dengan sangat intensif, antara Urusetia dan pihak berkuasa Bangladesh, di pelabuhan Chittagong , pihak berkuasa Bangladesh hanya mengizinkan 25 orang wakil delegasi flotilla melawat kem pelarian. Alasan yang diberi adalah isu keselamatan. 

Kami terpaksa menerima, keputusan ini adalah hak Bangladesh. 

Walaupun rujukan kepada peringkat tertinggi kerajaan kedua-dua Negara telah diusahakan, flotilla terpaksa bersepakat bahawa bantuan kemanusiaan diserahkan kepada IOM dan IRC dan mereka akan mengedarlkan sendiri kepada mangsa pelarian. 

Kami tetap berpandangan bahawa flotilla adalah usaha penting dan berjaya mengembleng seluruh rakyat Malaysia dan penyertaan beberapa aktivis antarabangsa untuk menyampaikan mesej kepada dunia bahawa isu Rohingya tidak boleh dibiarkan berterusan. 

Myanmar akan dipertanggungjawabkan melakukan jenayah kemanusiaan ( crimes against humanity ) jika dunia tidak bertindak menghentikan dasar menindas kerajaan Myanmar. 

Sekretariat FFFM mengambil perhatian bahawa kerumitan untuk delegasi mengedarkan sendiri bantuan kemanusiaan kepada mangsa Rohingya di Myanmar dan Bangladesh tidak bermakna ia gagal, kerana jika sekadar untuk membawa makanan kepada mereka , ada cara lain boleh dilakukan.

Akan tetapi dengan flotilla, kesan dan mesejnya sangat berbeza. Liputan media yang meluas terhadap Flotilla, menyebabkan dunia kini berbincang mengenai sikap Myanmar dan pendekatan Bangladesh untuk merongkai isu Rohingya.

Nautical Aliya Pulang ke tanah air


Kapal Nautical Aliya belayar keluar dari Pelabuhan Chittagong di Bangladesh jam 1.48 petang waktu tempatan.

Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kesemua baki 2,100 tan barang bantuan kemanusiaan yang dibawa dalam Misi Food Flotilla For Myanmar Berjaya dipunggah keluar dan diserahlan kepada Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dan Bulan Sabit Merah Bangladesh.

Kata beliau, kerja memindah keluar barang-barang dari kapal Nautical Aliya mendapat kerjasama yang amat baik daripada pihak pelabuhan, Kastam dan Imigresen walaupun ia memakan masa yang lebih daripada jangkaan awal namun ianya berjalan lancar.

Mohd Azmi juga memberikan penghargaan buat kerajaan Bangladesh yang mengizinkan 25 perwakilan daripada delegasi flotilla bersama beberapa lori yang membawa barang bantuan pergi ke Cox’s Bazar untuk melawat beberapa kem pelarian dan mengagihkannya kepada pelarian di kem-kem tersebut.

Menurut beliau lagi, barang bantuan kemanusiaan yang diturunkan hari ini akan diedarkan oleh IOM dan Bulan Sabit Merah Bangladesh dijangka akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk disedarkan kepada kem-kem pelarian yang telah disenaraikan.

Kapal Nautical Aliya bersama 112 sukarelawan akan menempuh pelayaran selama 6 hari lagi untuk pulang ke tanah air.

Food Flotilla For Myanmar: bantuan diagih kem kem pelarian


Misi flotila kemanusiaan dari Malaysia semalam mula mengagihkan bekalan makanan di kem pelarian Rohingya Kutupalong selepas Nautical Aliya berlabuh kelmarin.

Di Kem Kutupalong sebanyak 300 pek keluarga dan kit kebersihan diagihkan kepada 300 keluarga pelarian di kem itu dengan dipantau Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Ketua Misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata penyerahan bantuan itu adalah simbolik kepada 2,000 tan bantuan yang disalurkan di Bangladesh.

Katanya, pengagihan sebenar akan mengambil masa satu hingga dua minggu dan membabitkan pemantauan oleh IOM dan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladeah (BRCS).

"Flotila ini bukan hanya mengenai bantuan sahaja tetapi menyedarkan komuniti dunia tentang isu pelarian Rohingya yang dihadapi rantau ini.

"Kita mahu isu ini diselesaikan dalam jangka masa panjang menerusi semangan negara ASEAN dan negara Islam," katanya selepas melawat Kem Kutupalong di Ukhiya kira-kira satu jam setengah dari Cox's Bazar.

Nautical Aliya yang berlayar dengan muatan 2,300 tan bantuan kemanusiaan digerakkan NGO ASEAN dan antarabangsa untuk membantu menyelesaikan isu pelarian Rohingya.

Ia dianjurkan KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan disokong lebih 30 NGO dalam dan luar negara.

Kapal Nautical Aliya dibenar berlabuh ke Chittagong


Misi Food Flotilla For Myanmar yang bersauh selama 5 jam di perairan Cox’ Bazar mendapat perkhabaran gembira petang ini apabila dibenarkan untuk berlabuh di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh seperti pelan asal misi.

Ketua Misi kemanusiaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kebenaran untuk berlabuh itu diberikan setelah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed untuk memberikan jalan terbaik bagi menjayakan misi ini.

Kata Azeez lagi, pelayaran ke pelabuhan tersebut akan memakan masa lebih kurang 7 jam akibat arus deras bawah laut jam dan dijangka sampai pada jam 11 malam ini.

Terdahulu, kapal Nautical Aliya diminta bersauh di perairan Cox’s Bazar sementara menunggu keputusan untuk menurunkan barang bantuan.

Kapten Mohammad Nizamul Haq dari Tentera Laut Bangladesh naik ke atas kapal Nautical Aliya untuk berbincang tentang jalan terbaik untuk menyampaikan bantuan yang dibawa kepada etnik Rohingya yang berada di kem-kem pelarian sekitar Cox’s Bazar.

Cadangan asal yang diberikan adalah memindahkan barang menggunakan “Baj” dari kapal Nautical Aliya ke jeti di Cox’s Bazar yang kemudiannya dibawa menggunakan lori.


Menurut Azeez, dua ‘Baj” diperlukan untuk memindahkan sejumlah 2100 tan bekalan makanan, ubatan dan keperluan asas yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia dan NGO dari 12 negara untuk etnik Rohingya yang amat memerlukan bantuan.

Cemas: Kapal Nautical Aliya Nyaris Berlanggar

Gambar hiasan
Kapal Nautical Aliya yang membawa barang-barang bantuan misi "Food Flotilla For Myanmar" terpaksa membuat belokan 120 darjah ke kanan akibat sebuah 'bot nelayan' seolah cuba menghampiri.

Keadaan itu menyebabkan sukarelawan terkejut dan terpinga-pinga apabila gegaran yang kuat dirasai di dalam dek kapal.

Belokan 120 darjah ke kanan itu mengundang panggilan Tentera Laut Myanmar yg mengesan perubahan haluan kapal dalam laluan pelayaran.

"Ketika kejadian, kapal sedang belayar pada kelajuan 7.7knot, 17 batu nautika barat Sittwe.

"Kita terpaksa membuat belokan berkenaan, kedudukan bot berkenaan terlalu hampir dgn laluan kapal dan hampir berlanggar," kata pegawai Kedua.

Sementara itu Kapten Firdaus yang mengemudi kapal berkata keadaan kini terkawal dan perjalanan diteruskan ke arah Chittagong, Bangladesh.

Tiada Barangan bantuan dirampas oleh Sami Budha atau Tentera Myanmar.


Ketua Misi Food Flotilla For Myanmar, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan tiada barang bantuan kemanusiaan yang diturunkan di Pelabuhan Yangon, Myanmar dirampas oleh Sami Budha atau tentera Negara tersebut.

Laporan media yang tular mengenai rampasan tersebut adalah berita pada bulan Disember 2016 dari Berita Harian yang dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan rasa tiak senang masyarakat terhadap misi ini.

Menurut Azeez, barang bantuan kemanusiaan tersebut masih berada dalam gudang di Pelabuhan Yangon dan masih menunggu tarikh dari tentera Laut Myanmar untuk dihantar ke Sittwe di Wilayah Rakhine.

Kata beliau, pengagihan barangan bantuan di wilayah terjejas tersebut akan disaksikan sendiri oleh pegawai kedutaan termasuk Duta Besar Malaysia di Myanmar seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan Myanmar.

Untuk makluman, membawa barang bantuan sebanak 500 tan dari Pelabuhan Yangon tersebut akan memakan masa 3 hari untuk sampai ke Sittwe menggunakan “Stimmer Ship” yang boleh memuatkan 1000 tan.

Azeez sekali lagi menegaskan bahawa berita mengenai rampasan barangan bantuan oleh Sami Budha dan tentera Myanmar adalah palsu semata-mata.




Menteri Kebajikan Myanmar Terima Barang Bantuan Misi Flotilla


Yangon: Lebih 500 tan barang bantuan yang dibawa Misi Food Flotilla for Myanmar diserahkan kepada kerajaan Myanmar melalui Menteri Kebajikan mereka hari ini.

Ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata, Kerajaan Myanmar akan berkerjasama dengan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia untuk menghantar barangan bantuan kepada masyarakat Islam rohingya di Sittwe, wilayah Rakhine.

Azeez berkata, bantuan beras sebanyak 300 tan bas, 50,000 cup mee segera, 12,00 0 botol air mineral dan juga 10,000 kit kebersihan akan diagihkan dan diharap dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Rohingnya di sana.

"Sekarang ni kita muat naik ke atas lori dan akan dibawa menggunakan tongkang ke Sittwe yang dijangka akan mengambil ambil masa 3 hari bermula hari ini," kata beliau.

Menurut Azeez lagi, kapal flotilla akan belayar ke Chittagong 12.15 tengahari ini untuk mengagih-ngagihkan lebih 1800 tan barang bantuan kepada 3 buah kem yang menempatkan lebih kurang 100,000 pelarian Rohingya daripada Maungdaw yang berada disitu.

Beliau juga berkata akan cuba meneruskan misi ini sehingga ke Teknaf untuk memberikan bantuan makanan kepada pelarian yang berada di tepi-tepi jalan dan tepi laut yang mendirikan khemah disana.

Azeez dalam sidang medianya meminta seluruh rakyat Malaysia terus mendoakan keselamatan seluruh sukarelawan yang akan belayar 3 hari lagi yang mana dijangka sampai di Chittagong pada 13 haribulan nanti.

Mengulas mengenai protes yang dilakukan di beberapa tempat di Myanmar, beliau berkata ia bukanlah masalah besar kerana mereka hanya kumpulan kecil sebaliknya pujian harus diberikan kepada Kerajaan Myanmar yang komited sudi menerima barangan bantuan dan meluangkan masa hampir 2 jam untuk menjayakan misi ini di negara mereka.

















Barang Bantuan "Food Flotilla For Myanmar" Selamat TIba di Myanmar


YANGON: Lebih 500 tan barang bantuan yang dibawa Misi Food Flotilla for Myanmar selamat tiba di Pelabuhan Antarabangsa Thilawa, di sini kira-kira pukul 5:30 petang waktu Malaysia hari ini.

Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau yakin Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Haniff Abdul Rahman akan terus memantau bagi memastikan barangan bantuan sampai kepada pelarian di Rakhine.


"Kami akan tunggu juga arahan seterusnya sama ada boleh atau tidak untuk singgah di Sittwe, dan yang pasti fasa pertama misi ini selesai," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya kini bekerjasama erat dengan kerajaan Myanmar bagi memastikan misi ini berjaya.

"Keterbukaan kerajaan Myanmar untuk terima bantuan ini menunjukkan ia sesuatu yang amat baik.

"Mereka turut akui wilayah Rakhine dan Sittwe antara yang amat memerlukan bantuan," katanya dalam sidang media sama.

Barangan seperti 300 tan beras serta 200 tan kit kesihatan, selimut dan makanan segera disampaikan Ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) kepada Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Dr Win Myat Aye sambil disaksikan oleh Duta Besar Malaysia, Mohd Hanif Abd Rahman, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Wilayah Rakhine dan Sittwe merupakan kawasan kritikal yang menempatkan hampir 200,000 pelarian Rohingya setakat ini.



Nautical Aliya selamat berlabuh di Myanmar.


Kapal Nautical Aliya yang menjadi kapal utama Misi Food Flotilla For Myanmar telah selamat berlabuh di "Pilot Station" Perairan Yangon, Myanmar pada jam 11.15 waktu Malaysia.

Ketua Misi Kemanusiaan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengumumkan melalui radio kapal bahawa kapal kini hanya menunggu kebenaran masuk ke pelabuhan pagi esok kerana waktu malam tiada pergerakan dibenarkan di pelabuhan ini

Jarak kapal melabuhkan sauh adalah lebih kurang 10 batu nautika dari Pelabuhan Yangon, Myanmar.

Sukarelawan dibenarkan berada di luar dek kapal untuk menghirup udara segar kerana keadaan selamat dimana sebelum ini pada jam 10 malam semua pintu sudah dikunci.


Nautical Aliya dijangka Sampai ke Yangon, Myanmar jam 11.30 malam


Kapal Nautical Aliya yang yang membawa barang bantuan misi kemanusiaan Malaysia, Food Flotila for Myanmar dijangka sampai di perairan berhampiran pelabuhan Yangon, Myanmar pada pukul 9.30 malam waktu tempatan iaitu 11.30 malam (waktu Malaysia).

Ketua misi Food Flotila for Myanmar, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kapal tersebut terpaksa berlabuh terlebih dahulu disebabkan keadaan air laut cetek.

Selepas air laut pasang pada pukul 10.15 waktu tempatan pada hari Khamis, kapal tersebut akan dipandu oleh jurupandu kapal Myanmar untuk memasuki pelabuhan Yangon.

Kata Azeez, kren kapal memerlukan masa 3 jam untuk menurunkan barang dari kapal manakala seramai 100 orang pekerja tempatan dan 100 orang sukarelawan misi akan bekerjasama memunggah barang tersebut ke pelabuhan.

Beliau berkata, barang bantuan yag diturunkan akan diserah kepada seorang menteri Myanmar dan berharap misi itu dapat diselesaikan dengan bantuan kerajaan Negara tersebut..

Kata Azeez lagi, jika semua perancangan berjalan lancar, kapal Naitical Aliya dijangka akan keluar dari Pelabuhan Yangon menuju ke Chittagong, Bangladesh seperti surat saranan yang dikeluarkan kerjaan Bangladesh melalui Pesuruhjaya Tinggi Malaysia semalam.

Beliau yang telah menghubungi Ahli Parlimen Chittagong berkata, pasukan tanjauan terlah bersedia menunggu ketibaan kapal dan akan terus membawa sukarelawan ke Cox's Bazar yang dijangka memerlukan 9 jam perjalanan dengan keadaan jalan yang tidak elok dan faktor keselamatan.

Kata Azeez lagi, keutamaan akan diberikan kepada 30ribu pelarian yang berdaftar dan bantuan akan diagihkan kepada kem di Kutupalong dan Nayapara selain beberapa madrasah dan sekolah yang telah dikenalpasni.

Menurut beliau, pasukan tinjauan juga sedang berbincang mengenai persedian lori untuk memindahkan barang ke kawasan tersebut.

Selain itu, sebuah “Baj” atau tongkang diperlukan untuk menarik barang bantuan ke kawasan Teknaf yang pelabuhannya kecil dan air cetek dan pasukan tinjaun sedang berbincang tentang jarak dan masa yang diperlukan untuk “Baj” tersebut sampai di Teknaf.



#FoodFlotillaForMyanmar Lewat 10 jam



Tiga orang penyelam mengambil masa 10 jam untuk memotong tali kapal berukuran 10 meter yang tersangkut pada kapal Nautical Aliya.

Kapal yang dibawa kembali berlabuh di Pelabuhan Utara untuk kerja pembaikan telah mengambil kesempatan mengisi lagi 500 tan barangan bantuan berupa kit kebersihan, selimut dan beras.

Kapal Nautical Aliya kembali belayar pada jam 7.05 pagi tadi dan kini berada di Perairan Selat Melaka.

Kekuatan terkini di atas Kapal adalah seramai 195 peserta mewakili 30 NGO dari 12 negara.

#FoodFlotillaForMyanmar – Day 1, Southpoint, Southport


Kapal Nautical Aliya mula berlabuh di zon perdagangan bebas Southpoint, Southport jam 10 pagi tadi. Sekurang - kurangnya 2300 tan makanan dan pakaian dan ubat - ubatan mula dinaikkan ke dalam Kapal Nautical Aliya di Pelabuhan Klang hari ini.

Ini termasuk beras hasil sumbangan orang ramai kepada misi Flotilla kemanusiaan yang dijangka belayar ke Yangon, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh pada esok 3 Feb 2017.

Suasana kapal hari ini amat sibuk dengan kerja-kerja memunggah masuk barang dari gudang ke atas kapal selain taklimat dan persiapan sukarelawan sendiri bagi memastikan misi ini berjalan lancer.


Sehinga sekarang 3hb Feb jam 1.30 pagi, kerja-kerja memunggah barangan sumbangan masih diteruskan dan dijangkan masuk sepenuhnya mejelang pagi nanti.