"Langit Sebagai Atap Rumahku Dan Bumi Sebagai Lantainya" - Feed The Need Oleh Pewangsa.


LANGIT sebagai atap rumahku dan bumi sebagai lantainya, Hidupku menyusuri jalan, sisa orang yang aku makan. Itulah petikan lirik lagu Gelandangan oleh Rhoma Irama.

Menghayati bait-bait lirik ini menjadikan kita tertanya-tanya di manakah keluarga mereka? Mengapa memilih jalan begini sanggup meneruskan hidup sebatang kara? Tidur di kaki lima, makan sisa makanan, mengemis dengan wajah yang penuh dengan keperitan dan ketagihan dadah dan sebagainya tetapi kita tidak tahu apa puncanya.

Golongan yang dikenali sebagai gelandangan ini bergantung harap pada lantai simen di kaki jalan buat peneman tidur di kala malam.

Golongan gelandangan ini adalah individu yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat. Mereka juga tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum.

Malaysia adalah negara yang pemurah dan sering membantu dan menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan.


Justeru, tampil Pertubuhan Pemuafakatan Wangsa SeMalaysia (Pewangsa) menganjurkan program "Feed The Need" iaitu satu program titipan kasih dengan memberi makanan serta pakaian kepada golongan tidak bernasib baik dan gelandangan. Pewangsa telah melaksanakan program ini selama dua tahun berturut-turut dan tahun ini adalah kesinambungannya bagi tahun Ketiga pula. 

Kelana Putra Muhamad 
Timbalan Presiden Pewangsa Malaysia, Kelana Putra Muhamad menyatakan dalam konteks menghulurkan bantuan kepada gelandangan, golongan tersebut termasuk dalam kelompok yang perlu dibantu kerana tidak berkemampuan.

"Tindakan yang diambil badan bukan kerajaan (NGO), kerajaan dan pihak berkaitan menyediakan bantuan kepada golongan gelandangan adalah sangat wajar. Golongan gelandangan ini berada dalam kelompok yang wajib dibantu," katanya.

Bagaimanapun tegasnya, ia tidak bermakna Islam membenarkan umatnya hidup meminta-minta dan meneruskan kehidupan dengan ihsan orang lain.

"Hidup sebagai manusia menuntut kita berusaha untuk memperoleh kejayaan dan rezeki yang halal. Allah berfirman dalam surah al-Jumu'ah yang bermaksud, apabila selesai mendirikan solat maka, bertebaranlah kamu di muka bumi mencari rezeki. Ia jelas menunjukkan tuntutan berdikari dalam mencari rezeki.

"Malah, Nabi Muhammad SAW meninggalkan pesanan, sesungguhnya para nabi itu makan daripada hasil usahanya sendiri," katanya.

Menurut Kelana, program ini bertujuan menyantuni mereka sebagai golongan yang memerlukan pertolongan sambil memberi semangat, dorongan dan nasihat supaya mereka bangkit dan keluar dari kehidupan sebagai gelandangan dan kembali kepada masyarakat sebagai golongan yang normal.

Oleh itu, Pewangsa menjemput orang ramai yang ingin turut serta menyumbang boleh turut sama dalam;

"Program Titipan Kasih Pewangsa Malaysia Memberi Kepada yang memerlukan"

Tarikh : 31 Dis 2017

Tempat: dihadapan CIMB bank jalan tuanku Abdul rahman Kuala Lumpur. Bersebelahan Tune Hotel

Masa : 8.30 malam tepat

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.
(An-Nisaa' 4:114)









Amaran Zaid Ibrahim kepada Sultan Selangor, Tiada Siapa Yang Kebal Bila Negara Terbakar.


"Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar".

Zaid Ibrahim telah memberi amaran kepada DYMM Sultan selangor bahawa tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar termasuk sultan (kerana tweet itu ditujukan kepada DYMM Sultan Selangor).

Negara terbakar ini maksudnya apa?

Maksudnya jika negara ini telah jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang dan kemarahan rakyat akan menumbangkan Institusi Raja Melayu seperti yang dicita-citakan oleh DAP selama ini?

Mereka memang mahu menghapuskan Sultan yang selama ini mengganggu mereka mahu berpesta mabuk di tengah jalan, melarang mereka melakukan seks bebas ditengah jalan dan seks sejenis, menghalang mereka untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi dan menjadikan negara ini liberal.

Itulah amaran yang diberi oleh Zaid kepada Sultan Selangor dan keseluruhan Raja-Raja Melayu di dalam negara ini.

Zaid menegaskan tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Zaid mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter sebelum ini.

Katanya ia bukan satu kesalahan sebaliknya dibuat dengan niat untuk menegur pemimpin.

Kenyataan itu menurutnya adalah sebagai reaksi terhadap titah sultan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Menurut Zahid untuk memastikan sama ada dia bersalah atau tidak, proses siasatan oleh polis perlu dilaksanakan sebelum diikuti oleh perbicaraan di mahkamah.
"Biar mahkamah tentukan. Tapi setakat ini polis belum panggil saya lagi.
"Jika dipanggil saya akan beri penjelasan, tak ada masalah," katanya.
Pendapat Zaid kenyataan sultan Sharafuddin adalah tidak wajar dan baginda tidak sepatutnya memcampuri urusan politik.

Katanya, jika sultan berpolitik ia tidak menggambarkan prisip raja berperlembagaan seperti peranan raja pada zaman dahulu.
"Saya merasakan kita sebagai negara maju yang ada sistem demokrasi, jadi saya tegur.
"Saya tegur bukan nak bela sangat Dr Mahathir, tapi nak beritahu pada rakyat bahawa dalam politik, pentadbiran dan polisi, raja-raja berperlembagaan ini tidak boleh memihak," katanya.

Hebat Pakatan Pembangkang sekarang dan sangat berani memberi amaran kepada DYMM Sultan supaya berdiam diri atas segala kerosakan dan kekecohan yang dilakukan oleh Mahathir dan sekutunya DAP.

Polis tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana mereka ini berselindung disebalik undang-undang dan kebal daripada diambil tindakan.

Tapi dia lupa rakyat boleh melakukan perkara di luar jangkaan dan ianya sukar untuk dibayangkan apabila menyentuh hal yang sangat sensitif untuk disentuh. 

Terowong kenderaan pertama di Sabah


Terowong Sepanggar sepanjang kira-kira 600 meter yang memendekkan laluan menghubungkan pusat bandar raya Kota Kinabalu dengan Pelabuhan Teluk Sepanggar, di sini, akan dibuka secara rasmi mulai Sabtu ini.

Ia adalah laluan terowong pertama menembusi kawasan berbukit di negeri ini dengan kos pembinaan kira-kira RM81.5 juta, termasuk laluan empat lorong dua hala sepanjang 2.5 kilometer disiapkan pada tahun 2015 dengan tempoh pembinaan 56 bulan.

Pembukaan terowong itu akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan logistik dan sokongan kepada operasi eksport dan import.

Kemudahan ini dapat memendekkan lagi jarak perjalanan penghantaran barangan ke Pelabuhan Sepanggar sekali gus mempercepatkan lagi operasi dan pergerakan kontena selaras dengan rancangan untuk membesarkan pelabuhan berkenaan.

Di samping itu, laluan alternatif ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sekali gus membantu mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih selesa.

Selain memberi kemudahan kepada Pelabuhan Teluk Sepanggar, laluan baharu itu memberi manfaat kepada warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan Teluk Sepanggar dan aktiviti perindustrian berhampiran pelabuhan.

Kira-kira enam kilometer jarak perjalanan dipendekkan menggunakan laluan pintas itu atau penjimatan 15 minit berbanding laluan sedia ada Jalan Teluk Sepanggar sekali gus disasar sebagai pemangkin pertumbuhan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Infrastruktur baharu itu akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan dengan pembukaan kawasan baharu di sekitar KKIP sejajar kepesatan pemodenan di Sepanggar.


INFO

Terowong Sepanggar

- 600 meter panjang

- 2.5 kilometer laluan empat lorong dua hala

- RM81.5 juta kos projek

- 2011 pembinaan dimulakan dan siap pada Jun 2015

Tanah Tumpahnya Darahku


Oleh : Kelana Putra Muhamad

Perpaduan dan keharmonian didalam sesebuah negara adalah antara tiang-tiang penyokong untuk kesejahteraan dan kemajuan sesebuah negara. Tanpa keamanan maka porak peranda sebuah negara. Kestabilan ekonomi dan pembangunan tamadun masyarakat juga berkait rapat dengan keamanan dan keharmonian. Bersyukur kita dianugerahkan tuhan dengan keamanan didalam negara tercinta kita ini. Perpaduan antara kaum berbagai etnik yang bersatu didalam mentadbir negara Malaysia adalah antara faktor penyebab kita dapat hidup dengan aman dan makmur.

Pengalaman 23 hari belayar dalam misi bantuan kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar bersama 186 orang sukarelawan dan 29 NGO dalam dan luar negeri mengajar erti keamanan dan mensyukuri nikmat kedamaian. Melihat dan merasai kerenah birokrasi di negara lain berbeza dengan negara kita yang sangat teratur serta sistematik. Usai melihat penderitaan kaum rohingya yang dibunuh,ditindas dan dihalau dari tanah arakan menginsafkan diri. Bukan hanya rohingya sahaja tetapi rakyat dinegara lain yang turut hidup bergelumang dengan kemiskinan dan setiap hari berusaha untuk mencari sesuap nasi.

Menjaga Keamanan sesebuah negara bukan sahaja tugas sesebuah organisasi penguatkuasa undang-undang sahaja tetapi penerapan nilai-nilai harmoni dan bersatu padu sejak dari kecil. Doktrin untuk bersatu padu sentiasa ditiupkan pada masyarakat. Keamanan dan keharmonian negara sentiasa kita syukuri dan dipertahankan oleh semua penduduk dinegara ini. Realitinya segala bencana seperti banjir besar, tsunami, letusan gunung berapi, ribut dan peperangan tidak berlaku di negara kita seperti ditempat lain. Dalam ertikata lain, kita dijauhkan oleh tuhan dengan perkara2 tersebut.

Di negara Malaysia yang kita cintai ini,kita dapat hidup dalam kedamaian dan tanpa rasa takut untuk kemana- mana. Setiap agama bebas melakukan aktiviti keagamaan masing tanpa perlu takut dengan ancaman ekstrimis. Walaupun negara kita negara islam tetapi atas dasar perpaduan maka kita saling menghormati antara satu sama lain dan membentuk keamanan negara. Dengan keamanan juga peluang- peluang kerjaya begitu luas dalam sektor awam dan swasta.

Lihatlah betapa ramainya rakyat dari luar negara yang mencari rezeki di negara kita. Disebabkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan aman maka disinilah mereka melihat peluang mencari rezeki. Sedia maklum kita juga bebas dari wabak2 penyakit disebabkan pengurusan kesihatan negara yang diurusbaik. 

Suka diingatkan pada masyarakat, untuk mengekalkan dan memastikan keamanan ini terjaga maka kita mestilah mengamalkan cara hidup bertoleransi antara kita dengan mengambil kira kepentingan semua samada dari segi agama, budaya , politik, idealogi serta mengamalkan kesedaran sivik.

Sesungguhnya kita ambil iktibar dari nasib yang menimpa kaum rohingya dan yang berlaku di negara2 seperti syria dan palestin. Sama- sama kita berdoa semoga kesejahteraan mereka dan negara2 yang sedang bergolak akan pulih seperti sediakala.

Kita bangga menjadi rakyat malaysia. Kita sayang negara kita. Ini tanah tumpanya darah kita. Kita jaga dan pertahankan dari sebarang anasir anasir dan unsur2 yang cuba menggugat keamanan negara Malaysia.

Tanah Tumpahnya Darahku

Relevan sebuah NGO/ Persatuan dalam jatidiri masyarakat


Oleh : Kelana Putra Muhamad

Seperti menjadi satu arah aliran masakini di Malaysia budaya berpersatuan dan menubuhkan Berbagai NGO atau Pertubuhan Bukan kerajaan. Seperti satu kejutan budaya dimana setiap hari ada sahaja pertubuhan / persatuan ditubuhkan. Statistik dari Jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia/ROS menunjukan 57,570 senarai pertubuhan yang aktif di Malaysia. Dengan kemudahan pendaftaran atas talian maka berlumba- lumba setiap orang untuk menubuhkan pertubuhan atau persatuan.

Berbagai format dan halatuju setiap pertubuhan . Ada yag berteraskan amal dan kebajikan, agama ,ekonomi, seni beladiri, persatuan penduduk dan berbagai lagi. Malah ada yang berteraskan undang- undang dan cuba menjadi tangan ketiga dalam menasihati dan menjalankan tugas hakiki penguatkuasa undang - undang di malaysia. Sehinggakan sesuatu siasatan oleh pihak berkuasa terganggu disebabkan campurtangan pihak2 pertubuhan dan persatuan ini. Sedia maklum persatuan pengakap yg telah ditubuhkan sejak dari tahun 1908 dengan keahlian 48, 394 yang menjadi persatuan paling relevan dgn kemandirian diri dan persatuan bulan sabit merah malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1948 yang ironinya berteraskan penyelamatan nyawa. Kedua-dua persatuan ini tidak pernah menggangu tugas penguatkuasa dan antara persatuan yang menjadi pilihan pelajar2 di sekolah.

Setiap belia ada pertubuhannya sendiri. Setiap sekolah juga ada berbagai persatuan. Tidak terkecuali golongan-golongan profesional dan cendekiawan. Malah setiap kenderaan berjenama diatas jalanraya ada persatuannya sendiri. Sehinggakan persatuan penduduk juga didaftarkan selain rukun tetangga dengan matlamat untuk menjaga keselamatan penduduk setempat.

Dimanakah halatuju sebenar pertubuhan dan persatuan ini. Sekadar hangat ditahun pertama dan senyap bila masuk tahun kedua dengan alasan ramai ahli yang senyap dan tidak aktif dalam mengikut aktiviti persatuan. Ada yang terus berkubur disebabkan kekurangan dana. Tidak dapat menjalankan aktiviti disebabkan setiap aktiviti memerlukan dana untuk menarik kejayaan sesuatu program. Kerajaan juga tidak ketinggalan dalam menyokong NGO / pertubuhan dengan memberikan peruntukan. Malah program pertubuhan dibawah dana 1M4U juga disediakan. Buat kertas kerja dan peruntukan diberi jika berjaya.

Kredibiliti kejayaan sesebuah pertubuhan dianggap berjaya melalui bilangan ahlinya.tetapi adakah program yang dianjurkan berjaya didalam membentuk jatidiri dan kecemerlangan peribadi ahli tersebut. Seringkali ahli jawatankuasa sesuatu persatuan ditanya oleh bakal ahli soalan-soalan seperti apa yang persatuan boleh beri jika mendaftar sebagai ahli. Adakah dapat pelekat kereta. Dapat kemeja atau dapatkah persatuan menjaga kebajikan ahli. Soalan-soalan yang seringkali diutarakan dan berbagai jawapan diberikan oleh ajk tersebut.

Budaya berpersatuan sangat baik sebenarnya untuk meningkatkan jatidiri, siasah diri dan sebagai medium untuk bersahabat.

Pertubuhan dan persatuan yang bagus mempunyai undang-undang dan module yang perlu diikuti ahli ahlinya. Setiap pertubuhan pula akan cuba menerapkan nilai-nilai murni untuk ahli dan terpulang untuk ahli mengikuti dalam kehidupan seharian.

Pentingnya persatuan atau pertubuhan jangan sampai menggangu tugas-tugas penguatkuasa. Sesuai dengan maksud pertubuhan bukan kerajaan adalah mendidik ahli supaya patuh dengan perlembagaan dan rukun negara malaysia. Sosial media setiap pertubuhan sepatutnya digunakan untuk nenerbitkan perkara- perkara postif dan mengajar masyarakat tentang hidup yang berperaturan. Elakkan emosi menguasai diri semasa menulis bagi pihak persatuan didalam sosial media dan media elektronik. Jadilah persatuan yang sentiasa memberikan idea yang bernas untuk kerajaan menilai melalui morandum dan petisyen yang dihantar.

Bagi masyarakat pula nilailah sebuah persatuan tersebut sebelum menyertainya. Jangan sampai anda dipergunakan untuk tujuan tertentu dan menjadi tekanan jika tidak dapat berbuat perkara yang diminta oleh pihak persatuan. Nilailah sebuah persatuan itu melalui pemeriksaan latarbelakang ahli jawatan kuasanya dan apa aktivitinya. Yuran yang dibayar untuk menyertai persatuan tersebut mestilah diginakan secara bermanfaat dan bukan untuk agenda peribadi. Sentiasa meminta resit untuk pendaftaran dan pembaharuan keahlian.dan kadangkala jangan tanya apa yang persatuan boleh beri pada anda tetapi apa yang anda boleh sumbangkan untuk masyarakat sebagai ahli.

Selamat berpersatuan. Bahagikan masa antara kerja, persatuan dan keluarga. Utamakan mana yang perlu dahulu. Dan paling penting. Berpersatuan mendidik kita kearah kebaikan bukan menjadi sebaliknya. Fikirkan.

BELIA DAN JATIDIRI


Persepsi di dalam minda tentang jati diri adalah suatu pengetahuan tentang siapa diri kita. Ada yang mendefinisikan jati diri itu adalah suatu manifestasi ideologi hidup seseorang, kehidupan didalam bentuk positif terhadap apa jua keadaan juga membentuk jati diri. Sentiasa penuh keyakinan dan percaya pada keupayaan diri juga faktor mempengaruhi kehidupan.

Pada lingkungan umur akil baligh sehingga 30 tahun merupakan status yang memerlukan pembinaan dan pemupukan jati diri sebagai wahana untuk menumbuhkan nilai, persepsi dan sikap positif serta produktif dalam menjalani kehidupan selanjutnya.

Dalam proses mencari jati diri, pembentukan karakter yang sebenarnya pada diri seseorang, sudah tentu akan melalui masalah dan tentangan, baik masalah itu bermasalah dari dalam diri mahupun dalam lingkungan persekitarannya. Di sinilah Badan Bukan Kerajaan (NGO) memainkan peranan dalam memastikan belia-belia dapat memahami jati dirinya yang sebenar.

Selain dari pelajaran akademik di sekolah atau institusi pengajian. Kehidupan berpesatuan juga faktor pembimbing dalam membentuk jati diri belia. Sedia maklum belajar atau menuntut ilmu, yang merupakan kewajiban mutlak bagi setiap belia. Pengetahuan adalah instrumen penting dalam kehidupan.

Oleh itu, membaca kitab-kitab agama adalah jalan untuk menambah dan memantapkan akidah. Ilmu, amal dan berfikir secara sihat adalah pembimbing ideal dalam mengatasi setiap kejadian dan masalah kehidupan.

Dengan ilmu yang ada, seseorang mempunyai kemampuan memahami dan menyelesaikan permasalahan kehidupan. Setiap belia perlu menguatkan keimanan dengan meyakini hati terhadap pencipta alam semesta, menerima serta taat segala perintah dan firmanNya.

Semakin kuat iman seseorang, maka manifestasinya semakin jelas dalam berbagai dimensi wujud manusia. Belia juga harus bijak dalam pergaulan. Pengawasan yang ketat adalah harus dilakukan iaitu dengan memberi pengertian tentang akibat dan bahayanya pergaulan yang buruk.

Di sini NGO dan persatuan dapat menjadi tempat belia membuat rujukan melalui medium media sosial (FB, twitter, instagram) setiap NGO itu. Jati diri belia adalah hal penting untuk dibangunkan kerana belia memerlukan pemahaman tentang dirinya yang dilahirkan dan dibesarkan sebagai generasi penerus bangsa.

Rasa percaya diri itu faktor penting untuk membangun masa depan yang gemilang. Dengan menghadapi dunia globalisasi dan kearah pemantapan nilai2 murni supaya menjadi bangsa yang berjaya, kita mesti tingkatkan jati diri. Supaya bangsa kita sentiasa menjadi satu bangsa yang berjaya dan berdaya saing. Ayuh belia-belia kita tingkatkan jatidiri kita. Kerana kita lah penyambung legasi ibubapa dan negara kita.


KELANA PUTRA MUHAMAD

MENGHALALKAN PREMIS KEDIAMAN ASRAMA TAHFIZ DAN KEBAJIKAN

Gambar hiasan
Penulis berkata benar, sekarang sudah tidak kedengaran lagi riuh-rendah suara netizen tentang tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa. Kita tidak minta tetapi kejadian lain belum berlaku. Lalu.., apa tindakan kita mengelak ianya berulang lagi?

Berikut, penulis menggariskan beberapa perkara yang berkaitan untuk dipatuhi sebagai cadangan. Mari baca dan beri pandangan anda di ruangan komen. Saya tidak mengubahsuai, penulisan di bawah adalah seperti yang dikirimkan kepada saya.

MENGHALALKAN PREMIS KEDIAMAN ASRAMA TAHFIZ DAN KEBAJIKAN

Seperti yang saya jangkakan, tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah akan menjadi sejuk selepas tujuh hari (lihat http://penadaritanahmelayu.blogspot.my/2017/09/diharapkan-kematian-mereka-mengubah.html). Tambahan pula pihak Bomba telah mengeluarkan kenyataan bahawa punca kebakaran adalah perbuatan khianat; dan suspek-suspek yang terlibat sudah ditahan. Maka persepsi masyarakat adalah kes sudah selesai; biarlah sistem perundangan mengadili kes dan kehidupan diteruskan sehingga tragedi seumpama ini berlaku lagi. Lalu sarkis yang sama berulang semula.

Yang menarik ekoran tragedi ini terdapat pihak-pihak yang menawarkan perkhidmatan percuma untuk membantu sekolah-sekolah tahfiz melengkap premis dengan sistem pencegah kebakaran malahan mengadakan latihan keselamatan. Tidak kurang juga individu-individu yang memberi sumbangan dalam bentuk kewangan; bahkan ada selebriti yang sanggup membawa mangsa-mangsa kebakaran ini menunaikan umrah secara percuma. Sikap suka menghulurkan bantuan ini memang digalakkan oleh Islam; bahkan dituntut penganutnya, tetapi diharapkan janganlah ianya datang berkala-kala, tatkala berlaku tragedi seumpama ini sahaja.

Di pihak penguasa pula, berbagai gesaan diutarakan tentang pendaftaran, penguatkuasaan, pemeriksaan berkala, mengadakan akta khas tahfiz dan berbagai lagi. Soal pokoknya, sebarang pendaftaran atau akta khas tahfiz tidak memberi apa-apa kesan sekiranya persoalan pokok masih tidak ditangani. Negara kita ada berbagai-bagai akta, tetapi kita masih terbelenggu di takuk lama kerana ketiadaan kesedaran di kalangan masyarakat berkenaan soal kedaulatan undang-undang. Bayangkan bagaimana negara-negara seperti Jepun atau Sweden menangani isu sebegini sekiranya ia berlaku di sana. Contoh mudah seperti masalah pembuangan sampah merata-rata. Di bandaraya Tokyo tidak disediakan tong-tong sampah di tepi-tepi jalan sebanyak di Kuala Lumpur, tetapi tidak kelihatan sampah-sampah di buang merata-rata. Dibandingkan dengan negara kita, kawasan sekitar tong sampah merupakan paling banyak sampah berlonggok!

PEMATUHAN KEPADA KEPERLUAN MENGHALALKAN ORGANISASI DAN PREMIS

Bagi pengusaha premis-premis kediaman untuk pusat tahfiz atau rumah anak-anak yatim yang berhasrat untuk memenuhi keperluan penguasa, saya gariskan di sini panduan untuk menghalalkan premis anda.

Pertama, pertubuhan yang mengendalikan premis ini mestilah berdaftar samada sebagai yayasan, pertubuhan atau syarikat. Bagi pendaftaran sebagai yayasan, biasanya dikendalikan di bawah Jabatan Perdana Menteri; manakala untuk pertubuhan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Bagi yang mendaftar sebagai syarikat, pendaftaran diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sebagaimana biasa, keperluan pendaftaran seperti lembaga pemegang amanah atau pengarah, perlembagaan dan lain- lain kehendak jabatan perlulah disediakan sebagai syarat kelulusan pendaftaran. Setelah pendaftaran di luluskan, barulah sebarang yayasan atau pertubuhan itu boleh beroperasi secara sah.

Sudah pasti perkara kedua setelah penubuhan pertubuhan itu perlukan sebuah premis untuk beroperasi. Dalam artikel ini, saya menumpukan kepada kes di mana pertubuhan itu beroperasi di bangunan yang tersedia di bina. Kita andaikan pertubuhan ini menggunakan sebuah rumah bungalow berkeluasan 500 meter persegi yang diwakafkan. Justeru, sijil CCC atau CF asal diperolehi berdasarkan bangunan kediaman.

Pada asasnya kegunaan bangunan tersebut telah bertukar dari kediaman ke institusi. Biasanya, rumah tersebut perlu diubah-suai untuk menyediakan ruang-ruang untuk pejabat, dormitori, ruang makan, dapur dan sebagainya. Sekiranya pengubahsuaian ini melibatkan perubahan rekabentuk, maka permohonan pertukaran syarat guna perlu dikemukakan ke pihak berkuasa tempatan (PBT). Seperti biasa, PBT akan mendapatkan ulasan dari jabatan-jabatan teknikal dalaman mahupun luar seperti Jabatan Bomba.

Artikel ini menyenaraikan keperluan kebombaan yang perlu dipatuhi. Keperluan kebombaan terbahagi kepada dua elemen iaitu 1) keperluan pasif; 2) keperluan aktif. Bagi keperluan kebombaan pasif, ia melibatkan keperluan rekabentuk arkitek termasuk penggunaan jenis bahan-bahan binaan. Perkara- perkara ini dinyatakan di dalam UBBL 1984 Part VII By-law 133 hingga 224. Seksyen ini menerangkan keperluan kebombaan berkaitan dengan perkara-perkara rekabentuk pasif. Pada amnya arkitek akan mengambilkira keperluan-keperluan ini semasa mereka-bentuk bangunan tersebut. Kebanyakan keperluan-keperluan ini seperti contohnya By-law 136 (Provision of compartment walls or compartment floors), By-law 141 (Separating wall), By-law 143 (Beam or column); merupakan By-law umum untuk semua bangunan. Untuk kes institusi bangunan dua tingkat bungalow ini, keperluan khusus yang diperlukan antara lain seperti berikut:

 By-law 134 – Designation of purpose group
 By-law 162 – fire doors in compartment walls and separating walls
 By-law 165 – measurement of travel distance to exits
 By-law 166 – exits to be accessible at all times
 By-law 172 – emergency exit signs
 By-law 175 – Calculation of occupant load
 By-law 176 – Computing number of staircases and staircase widths
 By-law 181 – Width of means of egress
 By-law 182 – Rate of discharge
 By-law 194 – Building with single staircase
 By-law 204 – Classification of restriction of flame over surface of walls and ceilings
 By-law 205 – Classification of interior finish materials
 By-law 206 – Classification of surface of wall or ceiling

Sepertimana dinyatakan di atas, terdapat 92 By-law melibatkan keperluan rekabentuk pengubahsuaian bangunan. Sudah pasti pengusaha atau pengurusan institusi yang tiada pengetahuan dan kompetensi dalam bidang rekabina tidak mengetahui perkara-perkara yang diperlukan.

Justeru, dalam kes pengubahsuaian bangunan seperti bungalow ini, semua perkara-perkara di atas perlulah dipatuhi sebagai syarat mendapatkan kelulusan. Pihak pengurusan institusi perlu mendapat khidmat professional seperti arkitek atau pelukis pelan berdaftar sebagai orang berkelayakan mengemukakan pelan-pelan tersebut ke PBT. Mengikut keperluan rekabentuk sekiranya pengubahsuaian ini melibatkan perubahan struktur, maka pihak arkitek perlu mendapatkan khidmat jurutera struktur untuk memastikan keperluan struktur bangunan selamat diduduki.

Bagi keperluan-keperluan pencegahan kebakaran aktif pula, ianya melibatkan rekabentuk sistem-sistem pencegahan dan melawan kebakaran secara aktif. Sistem aktif ini bermaksud sistem-sistem yang digunakan untuk mengesan kebakaran di peringkat awal dan peralatan untuk digunakan semasa memadam api apabila api telah mula merebak. Perkara-perkara ini dinyatakan di dalam UBBL Part VIII (Fire alarms, Fire detection, Fire extinguisher and Fire Fighting Access). Keperluan-keperluan khusus sistem pencegahan and melawan kebakaran untuk bangunan institusi adalah digariskan seperti dibawah:

 By-law 225 – Detecting and extinguishing fire
 By-law 227 – Portable extinguishers
 By-law 237 – Fire alarms
 By-law 251 – Smoke vents to be adequate to prevent dangerous accumulation of smoke
 By-law 252 – Smoke vents to be openable by Fire Authority

Sekiranya keperluan-keperluan ini tidak melibatkan reka-bentuk peralatan sistem pam dan perpaipan yang memerlukan kepakaran jurutera mekanikal dan elektrikal, perkara-perkara di atas boleh dimasukkan di dalam skop kerja arkitek untuk dikemukakan ke Bomba.

Seringkali kita terdengar punca kebakaran disebabkan oleh pendawaian elekrik. Pendawaian sistem elektrikal termasuk di dalam Akta Bekalan Elektrik 1990. Masalah pendawaian elektrik biasanya disebabkan oleh litar pintas; manakala litar pintas ini berpunca dari 1) pendawaian lama atau tidak mengikut spesifikasi 2) beban melebihi kapasiti pendawaian (electrical overload). Sudah tentu pendawaian lama boleh mengakibatkan kebakaran oleh kerana sambungan longgar, penyalut PVC dawai koyak kerana digigit tikus, tergesel dengan besi trunking kerana getaran dan sebagainya. Manakala masalah “overloading” biasanya disebabkan salah guna punca-kuasa. Sering kita melihat satu punca kuasa yang disambung dengan berbagai-bagai peralatan elektrik; contohnya pemanas air dan alat hawadingin menggunakan punca-kuasa yang sama! Kehendak beban yang tinggi melebihi kapasiti dawai ini menyebabkan dawai menjadi panas sehingga salutan penebat PVC cair dan seterusnya pembakaran bermula jika dawai tersebut menyentuh bahan mudah-bakar.

Selain dari itu, pemasangan sistem pendawaian dan alat-alat elektrik perlu mengikuti piawaian yang terpakai; contohnya Malaysia Standards (MS), International Electrotechnical Commission (IEC), dan Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE). Penggunaan komponen yang tidak mengikut piawaian juga boleh mengakibatkan berlaku kebakaran. Di Malaysia, alat-alat komponen pemasangan elektrikal hendaklah menggunakan peralatan yang mendapat pengesahan kualiti daripada SIRIM. Terdapat banyak lambakan peralatan elektrik di pasaran yang tidak mematuhi piawaian yang dibawa masuk dari Negara China.

Walaupun pengubahsuaian sebuah rumah bungalow ke bangunan institusi dianggap kecil dan remeh, tetapi proses pematuhan seperti yang saya nyatakan di atas bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula bagi orang awam yang tiada pengetahuan proses permohonan, pasti sukar melaksanakan kehendak-kehendak PBT dan mematuhi piawaian keselamatan. Bukan sahaja itu, kos-kos yang terlibat juga perlu menjadi satu pertimbangan organisasi.

APA TINDAKAN PBT?

Bagaimana tindakan PBT untuk menangani isu ini? Persoalan yang mudah tetapi sukar untuk memberi jawapan. Pastinya pihak PBT mahukan premis-premis mematuhi setiap satu perkataan di dalam UBBL itu. Bagi saya, nawaitu semua agensi-agensi penguasa perlulah bermatlamat memastikan premis-premis ini mematuhi peruntukan sediada dengan kos yang minima; memandangkan premis-premis ini biasanya dibiayai oleh derma orangramai yang pada asasnya berniat baik. Tindakan yang bersifat punitive tidak akan mencapai apa-apa kesan positif; sebaliknya menggalakkan lagi ketidakpatuhan kepada undang- undang. Contoh mudah seperti keperluan mendapat lesen restoran di mana pengusaha restoren perlu menyediakan jubin di sekeliling dinding kedai dan menghadiri kursus penyediaan makanan; walhal di hadapan kedai tersebut terdiri sebuah gerai haram yang tidak mematuhi sebarang peruntukan. Apakah perasaan anda sekiranya anda sebagai pengusaha restoran berbelanja besar untuk memastikan lesen diperolehi tetapi jiran anda sigerai haram, dengan mudah berniaga di hadapan restoren anda?

Justeru, satu tindakan bersepadu semua agensi dengan kerjasama NGO-NGO (seperti Persatuan Arkitek Malaysia, Persatuan Jurutera Perunding Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan lain-lain) perlu berganding kepakaran bagi membantu premis-premis ini. Setiap kes premis ini perlu dinilai berdasarkan sesuatu kes bukan semata-mata mengikut senarai-semak sahaja. Perlu ada pertimbangan (discretion) terhadap keperluan mengadakan dokumen-dokumen tertentu di pihak PBT supaya harapan menghalalkan premis jagaan ini tidak dikecewakan di tengah jalan.

Hanya dengan niat yang ikhlas dan kesedaran mematuhi undang-undang dari semua pihak barulah matlamat menghalalkan premis kediaman institusi tahfiz atau kebajikan ini akan selesai. Kalau PBT boleh berusaha menghalalkan kilang-kilang haram, pastinya premis kediaman kebajikan lebih mudah jika dibandingkan. Di samping itu, bagi mudir-mudir dan pengusaha pusat tahfiz dan jagaan perlulah mendapatkan khidmat nasihat dari golongan professional yang berkelayakan dalam urusan memastikan keselamatan premis mereka terjamin; disamping mengamal sikap mengutamakan keselamatan anak-anak didik. Setelah semua ikhtiar sudah dijalankan, barulah boleh dikatakan takdir menentu segalanya.

Ditulis oleh:
Ir. Hj Arul Hisham b Abdul Rahim
Kota Damansara


**** Ir. Arul Hisham has a wide range of experience for over 20 years of practice. He specializes in Ice andThermal Energy Storage system design, building Air Conditioning systems and Energy Conservation. He was one of the pioneering trainers to provide training for the Certification of Energy Managers and currently he is professional engineer interviewer with Institution of Engineers Malaysia.
He has worked on various projects such as Cyberjaya District Cooling System, DELL Cyberjaya data center, KLIA chilled water tariff study, Pokok Sena and Johor Bahru prisons, UiTM Engineering Faculty Complex and many more others. Currently, Ir Arul Hisham is working on the new District Cooling plant at Putrajaya Core Island utilizing thermal storage with more than 100,000 RTh storage capacity.
He also actively involved in the academia as Industrial Advisor Panelist for the Faculty of Engineering University Industry Selangor (UniSel) and has been giving lectures to students at UIAM, UPM and UiTM engineering faculties.

Jangan Biar PLUS Jadi Macam Perwaja



Pada bulan Ogos Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Tan Sri Abu Sahid Mohamed berkata beliau mahu memperoleh PLUS dengan membeli 51 peratus saham yang dipegang oleh UEM Group Bhd dan 49 peratus yang dipegang oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam pengambilalihan RM30 bilion atau lebih.


Abu Sahid juga berjanji bahawa sekiranya pengambilalihan itu akan berlaku, tidak akan ada kenaikan caj tol sehingga akhir konsesi pada tahun 2038. Hanya janji sahaja, belum tentu buat lagi. Sebab itulah Kementerian Kewangan minta buat kenyataan yang sahih dan bertulis.


Apakah rancangan pembelian ini ada ‘udang di sebalik batu’? Mengapa pembelian PLUS ini dikaitkan dengan kegagalan Perwaja?


Perwaja Steel dimulakan pada tahun 1982 sebagai satu syarikat usahasama antara Heavy Industries Corp of Malaysia (HICOM) dan Nippon Steel Corp of Japan. Perwaja Steel selepas itu berhutang banyak dan mula mengalami masalah kewangan. Jumlah faedah yang tinggi terpaksa dibayar kerana hutang kebanyakkanya dalam mata wang Yen.


Selepas 6 tahun, pada tahun 1988, Mahathir membawa masuk rakannya, Eric Chia ke dalam Perwaja. Sejumlah RM2 billion disuntik masuk dalam Perwaja dengan dana kerajaan dengan pinjaman sejumlah RM860 juta dari Bank Bumiputra dan KWSP sebanyak RM130 juta. Bangunan baru dibina di Terengganu dan Kedah.


Eric Chia hanya bertahan selama 7 tahun sahaja sehingga tahun 1996. Jumlah kerugian meningkat bila kawan Mahathir itu ambil alih Perwaja. Kerugian naik daripada RM1 billion kepada RM2.49 billion. Malah lebih teruk lagi, keseluruhan hutang Perwaja dianggar sejumlah RM5.7 billion.


Habis itu apa jadi kepada duit KWSP yang dilabur dalam Perwaja?


Anwar Ibrahim pernah buat laporan polis mengenai Eric Chia pada tahun 1999. Eric Chia dikatakan salah guna kuasa beri kontrak bernilai RM957 juta kepada syarikat yang dia ada kepentingan sendiri. Bila disoal, Eric Chia menyatakan bahawa dia melakukan semua itu atas arahan daripada Mahathir.


Selepas Mahathir berhenti jadi PM barulah Eric Chia didakwa di mahkamah atas kesalahan pecah amanah.


“Eric Chia didakwa melakukan pecah amanah dengan meluluskan pembayaran sejumlah RM76.4 juta ke akaun Frilsham Enterprise Incorporated di American Express Bank Ltd., Hong Kong” Utusan Malaysia 11 Februari 2004.


Kemudian Eric Chia dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta selepas tidak mengaku bersalah. Selepas tiga tahun perbicaraan, Eric Chia didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Seksyen.


Pada tahun 1996, Maju Holdings yang dimiliki oleh Tan Sri Abu Sahid Mohamed telah mengambil alih Perwaja selepas Eric Chia disiasat kerana rasuah. Abu Sahid juga adalah kroni Mahathir. Bertahun tahun Abu Sahid menunggu di depan pagar dan pejabat Mahathir untuk mendapatkan kepercayaan dan projek dari Mahathir.


Bila Perwaja rugi sampai RM10 billion, Mahathir boleh kata Perwaja diuruskan oleh orang yang tidak sepatutnya. “Perwaja Steel gagal kerana orang yang bertanggungjawab mengurusnya tidak begitu memahami proses membuat keluli dan teknologi yang diperlukan” kata Mahathir pada 15 Oktober 2003.


Bila sudah rugi baru tahu orang itu tidak pandai. Pada peringkat awalnya, siapa yang melantik Eric Chia secara terus ke Perwaja? Siapa pula yang serah Perwaja kepada Maju Holding selepas itu? Dua orang ini adalah orang yang rapat dengan Mahathir.


7 Januari 1999, 200 orang pekerja Perwaja di Gurun telah dibuang kerja oleh Maju Holding selepas membuat demonstrasi dan menyiarkan berita sebenar tentang Perwaja dalam Utusan Malaysia.


19 November 2014, kilang Perwaja yang diuruskan oleh Maju Holding juga menutup terus operasinya. 1,500 orang pekerja diberhentikan selepas tidak dibayar gaji dalam tempoh yang lama.


Selepas gagal uruskan Perwaja sehingga ditutup sepenuhnya pada tahun 2014, kini syarikat Maju Holding ingin mengambil alih lebuhraya PLUS pula. Kenapa nampak bersungguh sungguh sangat kroni Mahathir itu mahu membeli PLUS?


Mengapa perlu meminta wakil PKR untuk bertanya hal mengenai pembelian PLUS ini dalam parlimen? Hee Loy Sian, Ahli Parlimen PKR Petaling Jaya Selatan bertanyakan soalan berkaitan pembelian ini dalam parlimen pada 26 Oktober 2017


Dalam kenyataan balas, Kementerian Kewangan menyatakan kerajaan tidak berhasrat untuk melepaskan kepentingannya dalam PLUS Malaysia Bhd kepada Maju Holdings disebabkan oleh ketidakpastian, risiko dan sumber pembiayaan yang tidak jelas berkaitan dengan rancangan tindakan pengambilalihan.


Kementerian Kewangan memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan mengalu-alukan sebarang cadangan berhubung pengambilalihan syarikat konsesi lebuh raya itu tetapi ianya harus praktikal untuk mengelakkan PLUS daripada mengalami nasib yang sama seperti Perwaja Steel Sdn Bhd, yang telah menghentikan operasinya selepas diswastakan.


Selaras dengan ini, kementerian berkata sumber pembiayaan yang jelas dan mantap mesti menyokong rancangan pengambilalihan itu untuk memastikan pengurus aset strategik negara ini dapat menahan sebarang kejutan ekonomi dan ketidaktentuan pertukaran mata wang asing.


“Kami mengalu-alukan semua cadangan, tetapi semuanya perlu praktikal supaya tidak wujud situasi seperti Perwaja yang dahulu di beri privatisation (penswastaan) akhirnya tutup dan tidak beroperasi lagi. Kita berdepan dengan banyak masalah ketika itu” kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani


PLUS tidak perlu diberi kepada Maju Holding yang sudah terbukti gagal dalam pengambilalihan Perwaja. Malah syarikat itu juga rapat dengan Mahathir. Apa apa sahaja boleh terjadi di masa hadapan. Perwaja sudah rugi terkumpul hampir RM10 billion. Jangan biar PLUS jadi projek yang gagal seperti Perwaja.




Tulisan :
Beruang Biru
BB641, Rabu
1 November 2017

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam Pindah Operasi


Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Kilometer (Km) 0.65 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan beroperasi di lokasi baharu di Km 1.0 laluan berkenaan, mulai jam 6 pagi esok.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan kutipan tol di plaza baharu bagaimanapun hanya akan berkuat kuasa sehingga 31 Disember ini.

Ia susulan pengumuman pemansuhan tol Plaza Bukit Kayu Hitam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak dalam Bajet 2018, Jumaat lalu.

Lokasi baharu adalah sebahagian daripada projek pembangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam yang baharu.
Pembukaan plaza tol baharu itu juga serentak pembukaan Kompleks ICQS berkenaan.

Kenyataan sama turut memaklumkan, mulai esok, tempoh operasi plaza tol baharu Bukit Kayu Hitam akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi setiap hari berbanding 12 tengah malam sebelum ini.

Dalam Bajet 2018, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.



ALKISAH CERITANYA SEBUAH HIKAYAT BAKAL-BAKAL KETUA MENTERI PULAU PINANG

ULASAN l Tak ramai yang mahu menebang hutan. Terpaksa berdepan dengan binatang buas, mungkin disengat ular, kala jengking atau tebuan. Di sana juga ada duri-duri berbisa selain hantu jembalang yang khabarnya berpuaka.
Begitulah ibaratnya ketika idea ketua menteri Melayu pertama Pulau Pinang julung kali saya lontarkan. Umpama menebang hutan—terutama ketika belum pernah dalam sejarah Malaysia mempunyai ketua menteri Melayu di Pulau Mutiara.
Pembenci akan terus membenci dan yang otaknya negatif kekal keras kepala.
image: https://i.malaysiakini.com/1118/50765ed8bf92c78454b4acea1079767d.jpeg

Samalah halnya ketika gesaan menukar menteri besar Selangor selepas PRU ke-13 lalu. Ramai yang melatah dan mengamuk seperti orang dirasuk saka.
Konon kalau MB Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan tumbang. BN akan mengambil alih. Paling tidak setahun setengah selepas PRU diperlukan untuk akhirnya idea itu berjaya.
Selepas Khalid diganti, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor berjalan elok. Rizab negeri tak berkurang sesen pun.
Saya menyebutkan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai calon ketua menteri Melayu Pulau Pinang dalam forum di pejabat Malaysiakini Jumaat lepas sebagai reaksi balas kepada cadangan seorang lain panel, Khalid Samad. Beliau sebelumnya ditanya siapakah calon terbaik AMANAH dan diberikan nama Dr Mujahid Yusuf Rawa.
image: https://i.malaysiakini.com/1159/da1f6f5b558283308a504c8add19905d.jpeg

Sebagai ahli panel saya juga punya cadangan. Bagi berlaku adil, saya tak menamakan hanya Dr Wan Azizah. Terlebih dahulu saya sebutkan pimpinan dari DAP iaitu Datuk Zaid Ibrahim, dan dari AMANAH iaitu presidennya, Mohamad Sabu. Juga berlegar nama-nama lain seperti ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan mantan ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.
Nama Zaid daripada DAP saya tegaskan dengan keyakinan beliau bukan sahaja boleh diterima oleh Melayu Pulau Pinang, tetapi juga kaum Cina, India dan lain-lain. Beliau seorang pemimpin yang terbuka, selalu rasional dan punya pengalaman sebagai menteri di era PM Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Tidak ada alasan kenegerian Zaid tak boleh diangkat, kerana ketua menteri sekarang pun bukan anak jati Pulau Pinang. Pelantikan Zaid akan sangat menguntungkan DAP.
image: https://i.malaysiakini.com/1164/0aa790b7fdc4dac5c11754786ecb447a.jpeg

Begitu juga dengan nama Mohamad, atau mesra dipanggil “Abang Mat”. Umum tahu hubungan baik antara Abang Mat dengan Lim Guan Eng menjadikan Abang Mat ada kelebihan berbanding calon lain. Saya amat yakin wakil-wakil DAP tidak akan menolak Abang Mat. Dalam sekian banyak isu, Abang Mat mempertahankan DAP mati-matian.
Memang saya tak begitu pasti apa alasan sebenar Khalid menamakan Dr Mujahid. Mungkin kerana Dr Muhajid anak jati Pulau Pinang. Mungkin juga kerana Dr Muhajid merupakan pengerusi AMANAH negeri atau berkeperibadiannya yang berhemah sebagai antara pemikir utama di dalam AMANAH.

NGO perempuan sangat teruja
Sama ada Abang Mat atau Dr Muhajid, keduanya datang dari parti yang mendukung perjuangan Islam sebagai “rahmatan lil-alamin” yang sangat cocok dengan keperluan politik Pulau Pinang.
image: https://i.malaysiakini.com/1142/e76005f3843f6e362e449d6accf4ffb7.jpeg

Antara semua calon itu, yang berlegar dalam kepala saya sebagai anggota PKR yang taat tidak lain adalah presiden PKR, Dr Wan Azizah. Beliau pun anak Pulau Pinang.
Tidak sesiapa boleh menafikan keperibadian Dr Wan Azizah yang mudah mesra menyebabkan pengundi bukan Melayu pun cukup senang apabila bersama beliau.

Memperlekeh Dr Wan Azizah kononnya hanya tahu memegang kipas, lembik dan tak tahu berhujah adalah penghinaan terhadap wanita dan semua anggota PKR. Beliau wajar diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebagai pentadbir dalam kerajaan.
Saya juga diberitahu bahawa NGO perempuan jadi sangat teruja dengan cadangan nama Dr Wan Azizah. Keperluan memenangi hati pengundi wanita adalah sangat penting sebagai faktor kemenangan Pakatan Harapan.
image: https://i.malaysiakini.com/1161/315cd314f5f0148f757ee75044eee8cc.jpeg

Nama Dr Wan Azizah dikemukakan tanpa sedikit pun niat mahu melaga-lagakan beliau dengan Guan Eng. Bukan juga kerana Guan Eng tak cukup baik berbanding ketua-ketua menteri di era BN. Gesaan ini tidak lain dibuat dengan asas Guan Eng sudah dua penggal memegang tampuk pemerintahan negeri.
Beliau secara moral wajar menghormati hasrat dan manifesto Pakatan Harapan untuk mengehadkan jawatan tertinggi seperti PM, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal.
Maka, jawatan ketua menteri Pulau Pinang seakan-akan sudah pun ‘kosong’. Guan Eng hanya menunggu waktu tamat tempoh apabila dewan undangan negeri dibubarkan. Atas kesedaran dan keperluan ini maka sangat mustahak kalau calon penggantinya dibincangkan sekarang. Jadi mudahlah kempen dalam PRU nanti.
image: https://i.malaysiakini.com/455/95bd1533da0df28cbc2f6cf7ac0a3313.jpg
Dalam PRU lalu, ramai ADUN Pakatan Harapan di Pulau Pinang menang dengan majoriti besar. Ada yang menjangkau berbelas ribu.
Ketakutan konon pengundi bukan Melayu akan berbalik mengundi BN disebabkan faktor ini adalah tak berasas. Kalau ada peratusan yang berlaku, takkan menjejaskan keseluruhan undi kepada calon Pakatan Harapan yang akan ditampung lebih besar dengan undi Melayu yang beralih dari Umno-BN kepada Pakatan Harapan. Keadaan juga mendesak apabila kemungkinan pertembungan tiga penjuru dengan PAS.
image: https://i.malaysiakini.com/1064/2485b451085d7d42e0a9345ec8322e1b.jpg

PAS dan Umno pun tak berani melontarkan gesaan ini. Undi Melayu kepada mereka akan terhad.
Kesilapan “Langkah Kajang” jangan diulang apabila mahu menggantikan ketua negeri hanya selepas PRU; selepas MB mengambil jawatan. Kalau seseorang itu sudah mengangkat sumpah, susahlah hendak turun dengan rela. Keadaan lebih buruk kalau rakyat diseret untuk menyelesaikannya.

Kalaulah mulut saya masin
Kalaulah mulut saya masin dan pintu langit terbuka dengan terciptanya sejarah seorang ketua menteri Melayu—apatah lagi seorang wanita—pertama Pulau Pinang, parti yang berasaskan kaum seperti Umno dan PAS bakal dilihat tidak lagi relevan. Lebih-lebih lagi di mata orang Melayu di Pulau Pinang dan di seluruh negara.
image: https://i.malaysiakini.com/904/c6c2ff6e6754798ecc5b4554971274d8.jpg

Fikirlah sebelum melatah. Kelak seraya hutan dapat ditebang sehingga menjadi dusun dan tanah lapang, di waktu itu berduyun yang akan muncul. Di atasnya kelak mahu membuat rumah dan menuai hasilnya bersama.

Kekallah di Pulau Pinang warga berbilang bangsa hidup rukun dan damai. Tanpa perlu lagi benci serta prasangka antara kaum dan agama.

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/397860#KC3LUUA5IvtlBM5b.99

Larang Pesta Arak: Malaysia Jadi Negara Ektremis bawah Umno-PAS, Kata DAP


Kata Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen,

"Ini adalah satu petanda jelas bahawa negara, di bawah Umno / BN yang bekerjasama dengan PAS, bergerak ke arah negara yang lebih ekstremis dan kurang toleransi.

"Apa yang selalu menjadi perayaan dan sambutan tahunan kini dilihat sebagai pantang larang oleh pakatan Umno BN-PAS"


Soalan saya, sejak bila pula PESTA ARAK sambutan utama atau perayaan di Malaysia?. 

Nyatakan di mana kedudukan Pesta Arak dalam kalender negara yang ianya diiktiraf sebagai acarta tahunan atau perayaan?

Menuduh UMNO-PAS sebagai EKTREMIS adalah satu tiundakan provokasi buat umat Islam dan bangsa Melayu. Pesta Arak Oktoberfest tidak ada pun dalam kalender Malaysia, Jadi dimana keperluan untuk menganjurkannya? dimana kewajiban untuk menganjurkannya?

Mengapa Cina-Cina DAP ini beria-ia sangat mahu PESTA ARAK itu diadakan?

Tujuan utamanya adalah untuk menimbulkan kebencian terutamanya Bangsa Cina di dalam negara ini dan bangsa lain yang bukan beragama Islam kononnya tindakan melarang penganjuran PESTA ARAK telah melanggar hak dan keperluan orang bukan Islam di dalam negara ini.

Bila mereka marah kerajaan akan tumbang pada Pilihan Raya akan datang, bangsa lain dan orang bukan Islam tidak akan undi BN kerana ada UMNO dan tidak undi PAS kerana tidak duduk dalam pakatan pembangkang. Itu motif mereka. Tapi adakah cara ini yang orang bukan Islam dan kaum lain dalam negara ini mahukan?

Tindakan ini mencari gaduh namanya. Tak habis-habis Cina-Cina DAP ini mahu mencari gaduh dengan Bangsa Meayu dan Umat Islam dalam negara ini. Semakin lama semakin berani kerana Umat Islam dan bangsa kita ini lemah, tterpengaruh kononnya hidup susah, kerajaan zalim dan sebagainya. 

Cina-Cina DAP ini KOMUNIS alaf baru. Mereka bukan komunis yang dulu tinggal di dalam hutan yang terpaksa mencuri makanan dari kampung-kampung sambil merogol dan membunuh orang kampung yang dirompak atau yang melawan.

Cina-Cina komunis kini pakai baju kot, naik kenderaan "Vellfire", tinggal di perumahan elit, miliki "bodyguard" bersenjata dan ada dikalangannya bercakap di dalam DEWAN RAKYAT. Hari ini kita perrcaya komunis lebih dari kita percaya Ulama. Kenyataan ini saya merujuk kepada rakan-rakan dalam PAS yang keluar parti masuk ke Parti Amanah Negara (PAN) dan kemudian menghina Presiden PAS yang mereka pernah agungkan dulu sebagai Ulama besar. Tuan Guru Haji Hadi kini adalah sampah di mata pengikut Mat Sabu (PAN).

Apa lagi saya nak kata?...

Tak boleh nak kata apa lagi. Kita ni orang Melayu beragama Islam sikit pun tak rasa malu dengan kenyataan Cina-Cina DAP yang setiap hari menghina bangsa kita, hina agama kita, hina Raja kita, hina Ulama kita... hina semua yang kit amalkan hingga kita terpaksa tunduk dan perlahankan Laungan Azan hanya kerana mahu menjaga ketenteraman mereka kononnya. 

Kita bangsa Melayu beragama Islam ini apa?. Kita pandang BABI itu najis berat, jijik, kotor.. Cina-Cina DAP ini pula pandang kita Melayu ISlam ini macam BABI. Siapa hina? Babi atau Melayu Islam?

Yang bercakap itu Pengerusi DAP Sarawak. Orang Sarawak marah dengan kita orang semenanjung kononnya tidak boleh tolak ansur. Selama ini orang Sarawak tidak bebaskah? Orang Sabah tidak bebaskah? Orang Semenanjung tidak bebaskah?... PESTA ARAK ini untuk apa?

Tahu tak apa Octoberfest ni?

Oktoberfest adalah satu pesta atau festival tahunan yang berlangsung di Munich, Bavaria, Jerman. Diadakan pada akhir bulan September hingga awal bulan Oktober,[1] pesta ini adalah salah satu pesta yang terkenal di negara dan yang terbesar di dunia dengan lima hingga enam juta pengunjung setahun. Oktoberfest merupakan sebahagian daripada budaya penduduk Bavaria kerana pesta ini pertama kali diadakan pada tahun 1810. Bandar lain di dunia juga mengadakan pesta Oktoberfest dengan menggunakan pesta ini di Bavaria sebagai model malahan dengan nama yang sama.
Sumber Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Oktoberfest

Pesta itu adalah pesta orang Jerman! Kenapa yang gila nak bawa ke Malaysia!


Lihat dua berita di atas. 1-"Polis selamatkan bayi selepas bapanya mabuk sampai tak boleh berdiri di Oktoberfest." 2 - "Polis Munich mengambil hak penjagaan bayi dari lelaki Texas yang mabuk di Oktoberfest."

Apa sebab yang gila sangat Cina-Cina DAP ini sampai menetang kerajaan semata-mata mahu pesta itu diadakan?

Sebab mereka mahu timbulkan ketegangan. UMNO-PAS dituduh mahu jadikan negara ini negara Ektremis. Sejak bila Cina-Cina DAP ini dibunuh oleh orang-orang UMNO-PAS?

Orang PAS ini pun buta. Sombong bodoh! 24 jam bercerita tentang Islam tapi mereka sendiri tak tahu Islam mereka di mana?. Sekarang ini PAS dihina, Ulama mereka dimaki hamun tapi mereka ini tak ada telor!

Saya pun tulis sudah melalut tak tahu nak "landing" macamana. Hati sakit tapi nak buat macamana kalau saya seorang saja yang marah. harapan saya moga orang lain juga terasa dan buat sesuatu.

Orang Sarawak dan Sabah janganlah ambil hati. Negara kita ini aman damai. Pelbagai kaum-etnik hidup dalam kepelbagaian. Bebas anuti agama masing-masing. Nikmati dan jagalah negara ini bersama. 

Komunis jahanam DAP akan melakukan apa sahaja untuk merampas negara ini. kalau mereka dapat bukan sahaja Melayu dan Islam yang akan susah tetapi seluruh rakyat negara ini.

Setakat itu dululah.. komenlah ikut pandangan masing-masing apa yang saya tulis ini adalah pandangan saya.











Berenang Dalam Arak



Keratan berita ini dipetik dari portal berita Malaysiakini bertajuk "Kilang arak: Umno ludah ke langit, kata Khalid Samad," bertarikh 26 Ogs 2010, 5:35 petang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ada membuat pengakuan berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun gagal berbuat demikian. Janji ini mengingatkan kita kepada ceramah-ceramah kempen Pilihanraya yang lepas, mereka berkata, "Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Tutup Kilang Arak"



Saya tertanya-tanya, mungkin sahabat-sahabat yang membaca boleh memberitahu saya, masih adakah lagi kilang arak itu di Shah Alam?

Jika ada, masih beroperasi, apakah tindakan kerajaan Pakatan Harapan?

Pesta Arak Selangor Lulus

Majlis Perbandaran Klang (MPK) meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman tetapi melarang penganjur menggunakan perkataan “Oktoberfest”.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dipetik Sin Chew Daily berkata, penganjur juga perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan perlu mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis.

gambar kiriman sahabat
SIAPAKAH yang kerajaan Pakatan Harapan Selangor cuba perbodohkan? Orang Melayukah, orang Islamkah atau rakyat Malaysia? Kedegilan pakatan harapan dalam penganjuran pesta arak dilihat sebagai satu usaha untuk mencabar orang Melayu dan pihak polis.

Mereka hanya tukar nama sahaja, hakikatnya pesta arak yang dirancang akan tetap berlangsung dan mendapat restu kerajaan negeri Selangor walaupun mendapat bantahan 2 ahli MPK daripada PAS, iaitu Kahar Muzakkir Munawir dan Prasad Hanif dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan itu semalam.

“Centro German F&B Party” dijadual diadakan di pusat beli-belah berkenaan mulai 5 petang hingga 11 malam pada 12 dan 13 Oktober ini.

Mereka tak boleh tutup kilang arak yang mereka janji nak tutup selepas subuh, mereka luluskan juga pesta arak yang telah dibatalkan oleh negeri lain. Kita ni orang Selangor moden sangatkah? Arak ini lambang kemodenan kah?

Saya baru tadi dikirimkan sahabat sekeping gambar. Cawan yang terlekat sticker "Centero" dan "Oktoberfest" (ejaan oktober dalam bahasa melayu). Saya bersangka baik tapi seingat saya ada larangan dari kerajaan negeri Selangor yang meluluskan bahawa tidak boleh ada sebarang perkataan "OKTOBERFEST" digunakan dalam acara tersebut.

Bagamana Jika Syarat Gagal Dipatuhi?

Itu persoalan yang timbul. Bagaimana jika syarat yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor gagal dipatuhi sedangkan acara itu nanti telahpun berlangsung. Inilah yang saya katakan alasan untuk meluluskan acara itu hanya tukar nama. Pesta arak ini memberi keuntungan besar kepada kerajaan negeri Selangor tidak kiralah dari segi kewangan mahupun sokongan politik. Yang pasti ianya memberi keuntungan. Maka dengan itu mereka tidak peduli apapun yang terjadi, yang penting bagi mereka adalah acara itu tetatp kena terus berlangsung.

Dalam pada itu kerajaan negeri sebenarnya wajib berhati-hati amaran yang telah dikeluarkan oleh PDRM mengenai ancaman keselamatan jika acara itu berlangsung. Kerajaan negeri nampak tidak mengendahkan. Mereka pasti akan salahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jika kejadioan tidak diinginai berlaku. 

Terpulang kepada mereka. Jangan nanti"Berenang dalam arak" bertukar menjadi "Berenang dalam darah". Saya bukan mengugut atau menakutkan. Saya hanya mengulangi amaran PDRM yang mengakui kejadian seperti itu mungkin berlaku. Jika degil juga maka jangan kata amaran tidak diberikan.


Akhir sekali, keratan ayat ini sepatutnya saya letakkan di sebelah atas sekali tulisan sengaja saya letakkan di penghujung tulisan ini sebagai pertanyaan; Demikian juga ada disebutkan dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang antara lainnya bermaksud.


“Dilaknat Allah akan arak dan orang yang membuatnya dan orang-orang yang meminumnya serta membelinya.: Disebutkan juga laknat paling besar kepada mereka yang menggalakkan orang ramai terutama orang Islam menerusi iklan di kaca-kaca televisyen, majalah, akhbar-akhbar tempatan, poster-poster di tepi jalan raya, persimpangan jalan, tayangan gambar dan segala macam iklan supaya meminum beer, brandy atau apa sahaja jenis arak yang nyata mendatangkan petaka kepada si pemimnumnya.

Siapa yang meluluskan acara ini? Siapa yang mengiklankan acara ini? Siapa yang bertangunggjawab ke atas acara ini?....