Terowong kenderaan pertama di Sabah


Terowong Sepanggar sepanjang kira-kira 600 meter yang memendekkan laluan menghubungkan pusat bandar raya Kota Kinabalu dengan Pelabuhan Teluk Sepanggar, di sini, akan dibuka secara rasmi mulai Sabtu ini.

Ia adalah laluan terowong pertama menembusi kawasan berbukit di negeri ini dengan kos pembinaan kira-kira RM81.5 juta, termasuk laluan empat lorong dua hala sepanjang 2.5 kilometer disiapkan pada tahun 2015 dengan tempoh pembinaan 56 bulan.

Pembukaan terowong itu akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pembuatan, perkhidmatan logistik dan sokongan kepada operasi eksport dan import.

Kemudahan ini dapat memendekkan lagi jarak perjalanan penghantaran barangan ke Pelabuhan Sepanggar sekali gus mempercepatkan lagi operasi dan pergerakan kontena selaras dengan rancangan untuk membesarkan pelabuhan berkenaan.

Di samping itu, laluan alternatif ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas sekali gus membantu mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih selesa.

Selain memberi kemudahan kepada Pelabuhan Teluk Sepanggar, laluan baharu itu memberi manfaat kepada warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pangkalan Teluk Sepanggar dan aktiviti perindustrian berhampiran pelabuhan.

Kira-kira enam kilometer jarak perjalanan dipendekkan menggunakan laluan pintas itu atau penjimatan 15 minit berbanding laluan sedia ada Jalan Teluk Sepanggar sekali gus disasar sebagai pemangkin pertumbuhan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Infrastruktur baharu itu akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan dengan pembukaan kawasan baharu di sekitar KKIP sejajar kepesatan pemodenan di Sepanggar.


INFO

Terowong Sepanggar

- 600 meter panjang

- 2.5 kilometer laluan empat lorong dua hala

- RM81.5 juta kos projek

- 2011 pembinaan dimulakan dan siap pada Jun 2015

1 comment:

شركة المثالية said...


شركة تنظيف منازل بالخبر

شركة تنظيف منازل بالخبر شركة المثالية هي افضل شركة تنظيف بالخبر يمكنكم التواصل معها للحصول علي افضل خدمات تنظيف المنازل والشقق والفلل والبيوت والمجالس والكنب والسجاد والموكيت والمفروشات بجودة عالية ومواصفات قياسية حيث تعد شركة تنظيف منازل بالخبر اولي الشركات التي التي تخصصت في مجالل التنظيف بالخبر ولديها خبرة كبيرة وعمالة ماهرة وادوات تنظيف حديثة وطاقم عمالة مدرب علي اعلي مستوى فلا تترددوا في الاتصال بشركة المثالية للتنظيف بالخبر وسوف تحصلون علي افضل الخدمات المنزلية من نظافة ومكافحة حشرات بارخص الاسعار

Powered by Blogger.