Amaran Zaid Ibrahim kepada Sultan Selangor, Tiada Siapa Yang Kebal Bila Negara Terbakar.


"Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar".

Zaid Ibrahim telah memberi amaran kepada DYMM Sultan selangor bahawa tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar termasuk sultan (kerana tweet itu ditujukan kepada DYMM Sultan Selangor).

Negara terbakar ini maksudnya apa?

Maksudnya jika negara ini telah jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang dan kemarahan rakyat akan menumbangkan Institusi Raja Melayu seperti yang dicita-citakan oleh DAP selama ini?

Mereka memang mahu menghapuskan Sultan yang selama ini mengganggu mereka mahu berpesta mabuk di tengah jalan, melarang mereka melakukan seks bebas ditengah jalan dan seks sejenis, menghalang mereka untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi dan menjadikan negara ini liberal.

Itulah amaran yang diberi oleh Zaid kepada Sultan Selangor dan keseluruhan Raja-Raja Melayu di dalam negara ini.

Zaid menegaskan tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selagi tidak dibuktikan bersalah.

Zaid mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter sebelum ini.

Katanya ia bukan satu kesalahan sebaliknya dibuat dengan niat untuk menegur pemimpin.

Kenyataan itu menurutnya adalah sebagai reaksi terhadap titah sultan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Menurut Zahid untuk memastikan sama ada dia bersalah atau tidak, proses siasatan oleh polis perlu dilaksanakan sebelum diikuti oleh perbicaraan di mahkamah.
"Biar mahkamah tentukan. Tapi setakat ini polis belum panggil saya lagi.
"Jika dipanggil saya akan beri penjelasan, tak ada masalah," katanya.
Pendapat Zaid kenyataan sultan Sharafuddin adalah tidak wajar dan baginda tidak sepatutnya memcampuri urusan politik.

Katanya, jika sultan berpolitik ia tidak menggambarkan prisip raja berperlembagaan seperti peranan raja pada zaman dahulu.
"Saya merasakan kita sebagai negara maju yang ada sistem demokrasi, jadi saya tegur.
"Saya tegur bukan nak bela sangat Dr Mahathir, tapi nak beritahu pada rakyat bahawa dalam politik, pentadbiran dan polisi, raja-raja berperlembagaan ini tidak boleh memihak," katanya.

Hebat Pakatan Pembangkang sekarang dan sangat berani memberi amaran kepada DYMM Sultan supaya berdiam diri atas segala kerosakan dan kekecohan yang dilakukan oleh Mahathir dan sekutunya DAP.

Polis tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana mereka ini berselindung disebalik undang-undang dan kebal daripada diambil tindakan.

Tapi dia lupa rakyat boleh melakukan perkara di luar jangkaan dan ianya sukar untuk dibayangkan apabila menyentuh hal yang sangat sensitif untuk disentuh. 

5 comments:

Anonymous said...

Some Ruler"s" tu maknanya lebih dari seorang, mungkin 2, 3, 5 atau sebagainya, ini amaran keras dari ahli dap. Mereka hanya menunggu masa sahaja... percayalah!

Anonymous said...

Serius kes ni bila ahli dap secara keras dan terbuka mencabar sultan2 @ rule"s". Perlu siasatan segera! Yg tersirat selama ini kini telah menjadi terang terangan...

Anonymous said...

Majoriti rakyat kurang pasti samada amaran keras kepada sultan2 ni dtg dari zahid sendiri atau dari parti dap? Harap pihak polis dapat prioritize kes ini dgn segera?

Anonymous said...

Zaman skrg ramai yg gunakan proxy untuk menyampaikan apa yg telah sekian lama terpendam?

المثالية للتنظيف said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

Powered by Blogger.