Lebih kurang jam 6 petang saya kesana mencari juadah untuk berbuka puasa malangnya disebabkan kezaliman kerajaan yang ada hari ini banyak gerai di bazar tersebut tutup awal.
Saya sempat membeli sebungkus Nasi Bukhara dari peniaga mungkin berbangsa Arab dengan harga RM 7 dan itupun dia hanya tinggal beberapa bungkus sahaja lagi untuk dijual akibat diborong orang ramai.
Begitulah keadaan yang dikatakan zalim kerajaan yang memerintah hari ini sehingga rakyat terpaksa berpusu-pusu membeli juadah berbuka dan sanggup meletak kereta hampir sebatu jauhnya semata-mata untuk tujuan tersebut.
Berbalik kepada perkara pokok iaitu Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dimana YB Budiman Mohd Zohdi bertanding, bagi saya tidak sepatutnya pengundi menolak beliau.
Budiman seorang yang terpelajar, anak tempatan, mesra dengan sesiapa sahaja dan mudah dibawa berbicara tanpa protokol.
Pengundi hari ini wajib berasa selesa dengan apa yang dibawa oleh Kerajaan barisan Nasional (BN) dan terus menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Kemenangan Budiman akan memberi kesan kepada pembangunan dan kemakmuran Sungai Besar dan ianya akan dinikmati oleh mereka sekiranya tidak salah mengundi calon.
#inilahbuduman
2 comments:
Awal2 ni memang kedai tutup awal sebab orang sibuk baru masuk bulan puasa. Tambah pula nafsu makan tinggi TAPI tak sedar duit TAK BANYAK.
Lepas ni banyak gerai2 pula le yang tutup pula. Tinggal gerai yang makanannya sedap.
Otak mu penuh budu.
Post a Comment