Hakikatnya, apabila berlaku sebarang perkara dan permasalahan yang mengganggu rezeki pesawah, segala kesalahan dan kesilapan dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional hari ini. Sedangkan usaha Kerajaan Barisan Nasional hari ini terhadap usaha meningkatkan taraf hidup pesawah, petani, peladang serta nelayan dengan pemberian pelbagai bantuan tidak pula diperkatakan.
Malah kerajaan PR Selangor sebolehnya cuba baling batu sembunyi tangan, pembiayaan Kerajaan Barisan Nasional terhadap projek kolam takungan bernilai RM6 juta di Parit 4 telah ditentang oleh Kerajaan PR Selangor, malah didenda sebanyak RM680,000, pokok ditebang dan mesin di sita turut di kenakan denda RM150,000 selepas denda dibayar. Kerajaan PR Selangor turut mengenakan bayaran T.O.L sebanyak RM64 ribu setahun. Bukan itu sahaja, kerakusan Kerajaan PR Selangor semakin ketara apabila menambah dan menindas lagi dengan penguatkuasaan cukai jeti RM600 setiap tahun. Jika masyarakat hanya melihat di sebelah pihak sahaja, menampakkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional yang salah, tetapi hari ini masyarakat sudah pun boleh melihat dan menilai sendiri mana yang betul dan mana yang salah.
"Begitu juga isu pemotongan harga padi basah, tidak sewajarnya dimainkan oleh calon pembangkang, memandangkan mereka sendiri tidak pernah membela nasib pesawah di Sungai Besar selama ini", kata Khairulna'im Abu Samah, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.
Para pengundi juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sekadar hanya mahu meraih undi dan kemenangan demi kepentingan politik semata-mata, bukan untuk masa depan dan kepentingan rakyat dan masyarakat Sungai Besar. - Nadi Rakyat Malaysia.
#inilahBudiman #NR_PRKSungaiBesarP093 #NadiRakyatMalaysia #NadiRakyat
No comments:
Post a Comment